Country Chic Steak Menu Baru Kenny Rogers Roasters

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari Selasa 7hb Mei tempoh hari, aku memenuhi jemputan dari pihak Kenny Rogers Roasters untuk mencuba dan review menu terbaru KRR iaitu Country Chic Steak.

Country Chic Steak disediakan dengan cara Ayam tersebut diperap dalam rempah khas dan herba beserta dengan sos cendawan berkrim. Country Chic Steak dihidangkan bersama 3 hidangan sampingan dan Muffin Kenny Rogers dengan harga RM20.90

Aku memilih Garden Pasta Salad, Fresh Fruit Salad, Macoroni & Cheese. Tidak lupa Kenny Home-made Muffin berperisa Golden Vanilla.

image

Turut disertakan dengan menu ini ialah Ice Blends berperisa buah yang berharga RM 9.90

Breezy Island – Campuran buah-buahan menyegarkan dan mangga

Kiwi Kisses – Ciuman manis si Buah Kiwi.

Veryberry Wave – Perisa segala jenis berries macam strawberries, rasbery, blueberries.

image

Aku memilih untuk mencuba Minuman Kiwi Kisses. Tidak pasti mengapa aku memilihnya, barangkali kerana aku sukakan warna hijau.

Keseluruhannya, menu ini memang menarik untuk dicuba. Ayam yang dihidang memang lembut serta tidak bertulang. Nampak seperti sikit, tetapi apabila makan separuh. Aku sudah kenyang.

image

3 menu tambahan memang aku suka. Pasta, macoroni serta keju dan juga buah-buahan memang sentiasa menjadi pilihan aku setiap kali jika berpeluang makan di Kenny Rogers.

Korang boleh cuba menu tambahan yang lain mengikut selera korang. Rakan-rakan Blogger yang lain masing-masing memilih menu tambahan mengikut selera perut masing-masing.

Kiwi Kisses memang berperisa asli. Sedikit masam. Tapi aku suka. Manakala Muffin berperisa Vanilla memang sedap dan lembut.

Memang kenyang.Sebab itu cuma tinggal Muffin sebagai hiasan sementara. Lepas tangkap gambar terus ngap.

image

Apa lagi. Jika korang suka makanan yang sedap serta berkhasiat lagi-lagi peminat Kenny Rogers Roasters, korang memang patut mencuba menu ini. Sebab ianya memang sedap dan berkhasiat.

Tidak Semudah ABC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masa aku belajar dulu, BFF aku yang Cantik Jelita pernah bagitahu pada aku. Aku ini ada potensi berkahwin lebih dari sorang.

Ketika itu aku tidak berminat sangat untuk ambil tahu. Cuma BFF aku ini ada bagitahu bukan kerana aku ini gatal atau playboy. Tapi aku ada perangai yang buat Wanita lain suka dan sanggup jadi Isteri kedua atau seterusnya.

Sehingga ke hari ini, memang betullah kata-kata BFF aku ini. 3 tahun berkahwin, sudah ada Anak Dara Orang sanggup jadi Isteri no.2. Pernah juga ada seorang wanita berbangsa India sanggup jadi Isteri no2.

Dalam sebulan ini ada sorang lagi Anak Dara berasal dari Utara sanggup jadi isteri ke2 aku. Padahal aku cuma kenal dia lebih kurang 6 minggu sahaja. Belum pernah berjumpa tetapi berminat nak jadi Isteri No.2

Nak kata aku mengatal dengan mereka. Tidak pernahlah pula. Hairan betul aku dibuatnya. Nak kata aku jatuh hati pada mereka, perasaan aku pada mereka tidak lebih melebihi batas sebagai rakan biasa.

Mereka kata mereka tidak pandang paras rupa fizikal aku. Part ini lagilah aku tidak faham. Aku sebenarnya tidak ambil port sangat dengan kata-kata mereka. Malas nak jalin hubungan baru. Nak kena dating balik. Kena belanja makan, kena bayar masa dating. Alahai. Malasnya.

Aku rasa itulah perkara yang menyedihkan. Aku makan kat luar dengan perempuan lain tapi Isteri dan anak-anak cuma makan Nasi Lemak sambil menanti kepulangan aku. Aku rasa lebih baik aku habiskan masa bersama anak-anak dan Isteri berbanding menghabiskan masa dengan perempuan lain.

image

Minah berbangsa India itu mengalah dan tahu cabaran yang bakal datang. Jadi dia ambil sikap mengundurkan diri. Beza agama memang satu masalah yang besar.

Manakala anak dara orang pula, aku terpaksa ambil sikap yang kejam. Mereka aku kasi sedikit dugaan atau cabaran yang menyebabkan mereka BLOCK aku dari kehidupan mereka.

Sebelum diduga dan diuji, semuanya di mata mereka Semudah ABC. Macam makan kacang. Tapi bila diuji,mereka terus buang aku. Aku sakit hati? Takdelah. Aku cuma ucap Alhamdulillah. Lepas satu ujian.

Oh ya. Isteri aku memang beri aku kebenaran untuk berkahwin lagi. Tetapi aku belum pernah mencuba peluang. Belum jumpa juga wanita lain yang layak untuk bermadu dengannya. Baru diuji sekali sudah menyerah kalah, macammana nak ridha bila hidup bermadu.

Ada lagi anak dara yang ingin diuji dan diduga?

Jangan Sebarkan Hadis Palsu Dan Hadis Dhoif

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Bulan Rejab, Bulan Syaaban yang datang ini. Maka ramailah yang share kelebihan serta fadhilat Bulan- bulan terbabit. Semuanya dikongsi tanpa merujuk dahulu kepada Ulama yang betul-betul pakar dalam Hadis.

Kesemua hadis yang menceritakan kelebihan Bulan Rejab palsu belaka melainkan Bulan Rejab termasuk dalam Bulan Haram. Bulan Haram memang kita disarankan berpuasa dan bersedekah. Tetapi jangan sampai terlalu mengutamakan Rejab tetapi mengabaikan bulan Haram yang lain.

Ilmu Hadis tidak boleh dikongsi secara suka-suka tanpa membuat kajian dan semakan terlebih dahulu.

Kita dilarang menggunakan Hadis Palsu sebagai sandaran untuk beramal mahupun berhujah. Manakala Hadis Dhoif, kita masih boleh beramal menggunakannya tetapi masih perlu melalui syarat yang paling ketat dan sukar. Pada masa yang sama ianya tidak boleh digunakan untuk berhujah.

 

Ketetapan hadis

Ada beberapa perkara yang perlu diletakkan di hadapan bagi menilai kedudukan hadis yang didakwa atas nama Rasulullah s.a.w.

Pertama, kandungan matan mesti diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan ia selaras dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih yang lain serta prinsip-prinsip Islam.

Kedua, jika kandungannya bercanggah maka ia harus diketepikan dan tidak mempunyai sebarang nilai.

Ketiga, jika ia menepati atau termasuk di bawah prinsip-prinsip Islam maka para perawinya perlu dinilai untuk menentukan kesahihannya. Kaedah ini lebih dikenali sebagai Usul Dirayah dan Usul Riwayah.

 

Tanda-tanda hadis maudhu (palsu) ialah:

Pertama, bercanggah dengan ayat al-Quran. Maksud hadis mestilah sesuatu yang tidak bercanggah dengan al-quran dan maksudnya sama ada secara tersurat atau tersirat. Kerana adalah mustahil al quran itu bercanggah dengan hadis dan sebaliknya.

Kedua, bercanggah dengan prinsip dalam Islam. Maksud hadis juga tidak boleh bercanggah dengan prinsip Islam. Umapanya hadis yang mengatakan bersalam sambil mengucapkan sesautu perkataan boleh membawa masuk syurga adalah bercanggah dengan prisnsip Islam yang memerlukan seseorang itu mempunyai akidah dan amal Islam utk syarat ke syurga.

Ciri hadis maudhu` ketiga ialah menjanjikan ganjaran yang besar-besar kerana perbuatan yang tidak seberapa. Umpamanya mendapat 1000 pahala dan masuk syurga hanya kerana menuang air kepada suami dll.

 

Apa yang perlu dilakukan sebelum menyebarkan Hadis

 

1) Periksa MATAN (teks Hadis dalam bahasa Arab) bersamaan dan seiringan dengan kandungan Al-Quran dan juga bersamaan dengan Matan Hadis yang lain tetapi berkaitan (perkara yang sama).

2) Periksa SANAD iaitu rantaian perawi (mereka yang menyebarkannya) sebagai contoh

Dari Ibnu Umar r.a beliau mendengar dari Anas bin Malik r.a beliau mendengar dari Aishah r.a Rasulullah SAW bersabda.

3) Ada perawi yang turut tidak dipercayai berada dalam rantaian Perawi yang turut boleh  menjadikan hadis tersebut Palsu ataupun Dhoif. Bab ini memerlukan anda belajar ilmu Hadis dengan lebih khusus lagi.

4) Rujuk kepada Ustaz atau Penceramah yang menpunyai tauliah dan ada kelulusan dalam bidang hadis samaada bertanya terus , melalui google mahupun Youtube.

 

 

 

 

Pakar Hadis Di Negara Kita

Untuk mengetahui Ustaz atau Penceramah tersebut memiliki tauliah atau ijazah dalam Bidang Hadis, perlulah dirujuk Biodata Pengajian mereka. Ramai penceramah yang hanya berceramah mengikut kaedah dengar dan kongsi. Lantaran itulah banyak kesilapan berlaku dan penceramah ini turut menyebarkan Hadis Palsu.

Penceramah seperti Ustaz Azhar Idrus ataupun Ustaz Kasim Elias (sekadar contoh) bukanlah pakar hadis. Mereka kita boleh anggap sekadar seperti Doktor biasa di klinik. Permasalahan Hadis dan ilmu hadis perlu dipelajari melalui Pakar Hadis yang sememangnya belajar tentang ilmu Hadis sejak mula-mula lagi.

 

Berikut adalah antara rujukan untuk kita semak Hadis.

1) Maulana Muhammad Asri Yusoff

Maulana Asri merupakan seorang penceramah Hadis yang HAFAL keseluruhan Kitab Hadis Bukhari.

 

2) Ustaz Dr Mohd Asri Zainal Abidin (bekas Mufti Perlis)

Ustaz MAZA ada  Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) . Beliau juga ada IJAZAH HADITH: mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).

 

3) Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya

Ustaz   Fathul Bari memiliki kelulusan

  • Fakulti Hadis dan Pengajian Islam, Universiti Islam Madinah peringkat ijazah Sarjana Muda B.A Hadith dan Pengajian Islam (2000-2004)

semasa belajar di Madinah dan Jordon, beliau turut banyak belajar dengan beberapa orang Ulama Hadis yang terkemuka.

 

Walaupun Ustaz Fatrul Bari berada dalam kelompok UMNO, diharapkan kita tidak melihat fahaman politik sebagai syarat untuk belajar.

 

4) Ustaz Adlan bin Abdul Aziz . Blog Ustaz Adlan ialah ALITANTAWI

5) Saudara . Blog beliau adalah Ansarul-Hadis

6) Darul Kautsar

 

 

Diharapkan kita semua berlapang dada dalam bab-bab ini. Sudah pasti ada yang akan berhujah mempertahankan Hadis Palsu untuk beramal. Jangan terlalu tabsub dengan Ulama dan Kitab-kitab tertentu. Lebih baik kita baca dan kenal Kitab-kitab Hadis yang sememangnya ada dijual dan dipelajari.

Lebih baik kita beramal mengikut sunnah dan hadis Sahih. Tidak perlu nak tunggu hari tertentu dan bulan tertentu untuk melaskukan kebaikan. Hari ini juga kita boleh buat.

Hadis berkaitan seperti Solat Dhuha, Solat Witir mahupun Solat Tahajud Sahih. Hadis berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, berpuasa 3 hari sebulan mahupun berpuasa cara Nabi Daud a.s semuanya adalah Sunnah Nabi s.a.w

Ganjaran yang Allah beri sudah pasti melebihi apa yang kita bayangkan sekiranya kita melakukannya dengan ikhlas kerana Allah Taala

 

 

 

 

 

 

[Hadis Palsu] Kelebihan Dan Fadhilat Serta Keistimewaan Bulan Rejab

Bulan Rejab sudah datang. Maka ramailah rakan-rakan yang tulis serta share di blog mahupun Facebook berkaitan kelebihan ,fadhilat mahupun keistimewaan Bulan Rejab.

Ketahuilah. Kesemua hadis yang dikongsikan berkaitan bulan Rejab adalah Palsu dan Dhoif. Tiada satu pun yang Sahih

Continue reading

Kisah Salman Al Farisi r.a , Huzaifah Al Yamani r.a , Jabir bin Abdullah r.a

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kisah Salman Al Farisi r.a , Huzaifah Al Yamani r.a , Jabir bin Abdullah r.a

Ada kisah yang menakjub berkaitan ketiga-tiga sahabat r.a ini. Mereka berjuang bersama-sama di Perang Khandak /Ahzab.

Salman Al Farisi r.a yang mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w agar membina parit sekitar Kota Madinah. Hampir kesemua umat Islam ketika itu bekerja sama bergotong royong membina parit.

Jabir bin Abdullah r.a kemudian melihat Nabi s.a.w keletihan lalu menjemput Nabi s.a.w makan di rumahnya (Jabir bin Abdullah r.a). Pada mulanya Jabir r.a ingin menjemput juga beberapa orang sahabat r.a yang lain tetapi Rasulullah s.a.w menjemput kesemua orang Islam pergi ke rumah Jabir bin Abdullah r.a.

Melihat kehadiran orang Islam yang ramai ke rumahnya membuatkan Jabir bin Abdullah r.a. serta isterinya berasa risau makanan tidak cukup. Rasulullah s.a.w berpesan beberapa perkara kepada Jabir bin Abdullah r.a yang mesti dituruti antaranya periuk tidak boleh dibawa turun dari dapur.

Di sinilah mukjizat Rasulullah s.a.w mencukupkan makanan yang sedikit sehingga kesemua orang Islam yang pergi ke rumah Jabir bin Abdullah r.a. dapat makan dengan kenyang. Bahkan makanan di dalam periuk masih berbaki dengan banyak.

Manakala Huzaifah Al Yamani r.a pula diarahkan oleh Rasulullah s.a.w menjadi pengintip dan menyelinap ke kubu musuh. Beliau sempat mendengar dan melihat Ketua Musuh iaitu Abu Sufyan b Harb kerisauan dan gelisah. Ketika itu khemah musuh sudah mula ditiup angin kencang lalu membuatkan Abu Sufyan b. Harb mengarahkan tentera pakatan berundur. Mujur Rasulullah s.a.w mengarahkan sebelum itu agar Huzaifah r.a tidak melakukan apa-apa, jika tidak Huzaifah r.a berkemampuan memanah Abu Sufyan.

Salman Al-Farisi r.a meninggal dunia sekitar tahun 32Hijrah atau 35Hijrah dan dikebumikan di Kota Madain.Waktu itu beliau memegang jawatan Gabenor Madain.

Huzaifah r.a pula terbunuh sebelum berlakunya Perang Jamal di zaman Khalifah Ali bin Abu Talib r.a. Beliau juga adalah salah seorang gabenor di Madain.

Manakala Jabir bin Abdullah r.a dianugerahkan usia yang panjang. Beliau hidup sehingga zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan iaitu salah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Beliau sempat bertemu dengan Ciut Rasulullah s.a.w iaitu Muhammad Al-Baqir b. Ali Zainul Abidin b. Hussain r.a. Waktu itu Jabir bin Abdullah r.a berusia 94tahun dan matanya telah buta. Beliau sudah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w akan pertemuannya dengan Ciut Rasulullah s.a.w

“Jabir bin Abdullah r.a memberitahu, “Suatu hari aku sedang duduk bersama Rasulullah, sedangkan Husain r.a berada di ribaannya. Beliau s.a.w berkata padaku, ‘Hai Jabir, putraku ini kelak mempunyai seorang anak yang bernama Ali. Dan pada Hari Kiamat, seseorang akan memanggilnya ‘Sayyidul Abidin’. Kemudian melalui Ali, seorang anak yang bernama Muhammad Al-Baqir—yang memiliki keluasan ilmu—akan lahir. Bila engkau berjumpa dengannya, sampaikan salamku kepadanya.”

Rasulullah s.a.w juga memberitahu kepada Jabir b. Abdullah r.a usianya tidak panjang selepas pertemuan bersejarah itu. Beliau diracun oleh Hajjaj bin Yusof . Jabir bin Abdullah dikebumikan berhampiran makam Huzaifah Al Yamani r.a di tepi Sungai Tigris.

Pada tahun sekitar 1932, berlaku banjir besar yang menyebabkan makam Jabir bin Abdullah r.a dan Huzaifah Al Yamani r.a dibanjiri dengan air sungai Tigris. Huzaifah Al Yamani r.a kemudian datang di dalam mimpi pemerintah Iraq ketika itu tetapi tidak diendahkan lalu beliau r.a hadir pula di dalam mimpi Mufti Besar Iraq.

Berikutan itu, Pemerintah Iraq dan Mufti Besar Iraq segera mengarahkan proses pengalian semula makam kedua sahabat r.a. Semasa dikeluarkan dari makam jasad kedua sahabat r.a ini masih utuh tidak terjejas biarpun sudah lebih seribu tahun dikebumikan di situ.

Jasad Jabir bin Abdullah r.a dan Huzaifah Al Yamani r.a kemudiannya dikebumikan berhampiran sahabat mereka yang turut berbakti di Perang Khandak iaitu Salman Al-Farisi r.a .

Semoga Allah berikan kebaikan kepada ketiga-tiga sahabat r.a. ini dan memberi kesempatan untuk kita semua mengucapkan salam kepada mereka bertiga. In shaa Allah . Aamiin.

P/s: maaf, tiada gambar. Takut tersalah letak gambar yamg sepatutnya.