Dahulu tidak terlintas di hati aku untuk miliki akaun Facebook, aku hanya menganggapnya sebagai tindakan buang masa. Namun setelah dikaji dan berfikir panjang, aku membuka akaun Facebook dan mula bersosial sikit dan mencari kawan. Maklumlah di dunia nyata, aku sibuk dengan makan gaji di kilang terbesar di Malaysia. Jadinya, aku masih punya masa untuk mencari rakan-rakan melalui facebook serta mencari sesuatu di internet.
Diam tak diam sudah setahun lebih usia facebook aku. Aku masih ingat lagi, antara kenalan awal aku di Facebook adalah di kalangan mereka yang aktif sebagai usahawan internet. Kemudian aku agak leka bermain Mafia War di Facebook membuatkan aku mencari kenalan semata-mata untuk menguatkan pasukan Mafia aku di Facebook.
Facebook memberi satu pengaruh yang kuat buat diri aku. Jika tidak membukanya, seolah-olah seperti tidak mandi di waktu pagi lalu mengakibatkan badan gatal-gatal (lebih kurang begitulah keadaannya). Aku tidak menggunakan facebook sebagai tempat untuk bersosial sepenuhnya. Kebanyakan masa aku di Facebook hanya berstatuskan offline dan aku cuma update status dan memberi komen terhadap status rakan-rakan lain.
Maaflah sebab aku tak berada dalam keadaan online kerana aku sudah boring dengan dunia chatting. Masa waktu belajar dulu aku dah start chatting kat Mirc, pastu chatting kat Napster. Belum campur chatting kat YM (Yahoo! Messenger) , ICQ dan Imesh. Hidup dengan chatting sahaja membuatkan hidup semakin bosan dan merimaskan. Jadinya, kat Facebook… no chatting-chatting. Jadinya, sapa-sapa yang mengenali aku..rajin-rajinlah tanya khabar ye melalui wall atau message.
Facebook sebagai pemangkin membina dan mencipta pengaruh. Bukan sahaja digunakan untuk mencari kenalan ataupun rakan-rakan lama. Tetapi juga mampu menjadi ruang yang khusus untuk sesiapa yang ingin berniaga, ingin mencari jodoh serta berdakwah semata-mata kerana Allah swt. Bagus juga dijadikan sebagai autoresponder untuk memperkenalkan sesuatu perkara dan produk serta sebagai pengganti email bila anda ada senarai kumpulan ahli/kenalan yang ramai. Asalkan ianya digunakan dengan cara yang betul dan tidak melanggar etika atau melakukan spamming.
Jika dilihat melalui ranking Alexa.com, Facebook berada di ranking no1 di Malaysia meninggalkan Google.com.my di tangga ke2 dan Yahoo! di tangga ke3. Menunjukkan pengguna internet di Malaysia lebih banyak menghabiskan masa di Facebook paling tidak pun mempunyai akaun Facebook untuk kegunaan peribadi, berbanding bertanya kepada Pakcik Google.com (tangga ke4) dan menonton video bersama Makcik Youtube (ranking ke 5).
Kebenaran tentang pengaruh Facebook sangatlah tepat. Aku dapat mencari rakan-rakan lama zaman persekolahan, juga gadis-gadis yang aku minati waktu zaman muda remaja (baru cukup umur) serta terjumpa dengan Pendorong aka Role Model di Facebook. Hampir kesemua mereka aku cari sewaktu mula-mula membuka akaun Facebook tetapi kebanyakan mereka aku hanya temui baru-baru ini dan kenal melalui dasar kawan kepada kawan. Wanita yang aku minati waktu zaman sekolah dan kolej semuanya hidup bahagia dengan pasangan masing-masing dan kahwin dahulu sebelum aku!. Bagus..bagus..bagus sekali.
Realitinya dan ironiknya, Facebook sesuai dijadikan pemangkin atas apa jua urusan. Tetapi dasarnya, ia lebih bagus digunakan untuk tujuan yang baik-baik bukannya atas tujuan yang tidak baik. Berkawanlah dengan penuh hikmah bukannya mencipta onar dan permusuhan, kerana ianya bukan tujuan Facebook itu sendiri. Setiap keputusan dan dorongan menggunakan Facebook perlu disertakan dengan niat yang betul kerana Facebook direkacipta oleh seseorang yang berketurunan Yahudi. InsyaAllah, semua usaha kita akan mendapat perhatian-Nya dan menuju ke arah kebaikan.
Sharing Is Caring.
↓





Pingback: Takzirah Daripada Seorang Rakan Facebook |
Pingback: Blogger Yang Tersepit |
Pingback: |
Pingback: Doa Yang Dimakbulkan |
Pingback: Peribahasa Yang Buruk |
Pingback: Nostagia Dan Memori Kad Raya |
hidup ku kadang2 happy,kdg2 happy
kenapa pula begitu?
Pingback: Cara Setting Opera Mini Dalam Handphone |
Pingback: Cinta Yang Ditolak |
Pingback: Jika Kalian Junub Maka Mandilah |
Pingback: SOLAT TAHAJJUD |
Pingback: Tergamaknya |