Aku Blogger Yang Kental dan Kenyal

 

Aku masih lagi baru dalam dunia blogging . Orang cakap masih merangkak lagi. Tapi aku belajar dan terus belajar untuk jadi blogger yang kental dan kenyal. Aku tahu aku boleh menulis, tetapi yang aku tidak tahu ialah bagaimana hendak mencari pembaca untuk membaca setiap entri yang ditulis. Bagaimana hendak meletakkan entri di page google pada kedudukan yang bagus.

Semuanya aku masih belajar. Untuk menulis perlukan idea. Idea perlu dicari. Kadang-kala idea datang secara spontan. Kadang-kala ianya berdasarkan pengalaman aku. Dulu aku sangka hasil entri aku tiada sesiapa yang membacanya. Maka aku seolah-olah hilang semangat nak berblog. Tapi pada satu hari aku menaip salah satu tajuk kesayangan aku iaitu LALANG di Google. Alangkah terkejutnya aku melihat artikel aku diciplak bulat-bulat. Pada masa yang sama SEO (Search engine optimization) aku berada di kedudukan yang lebih rendah berbanding tukang punya ciplak. SEO adalah perkara yang penting untuk menjadikan entri anda berada di kedudukan page yang baik di google ataupun yahoo.

Jadi aku belajar SEO sedikit dan pasang plugin All In One SEO Pack. Di sini aku berjaya memintas blog si tukang ciplak. Sekarang ini kebanyakan entri aku berada di kedudukan yang baik dari segi SEO. Ada yang di kedudukan pertama muka surat pertama. Paling teruk pun setakat ini adalah muka surat 3. Syukur pada Allah. Namun aku masih perlu banyak belajar untuk bersaing dengan blogger yang lebih lama di bidang ini dari segi SEO. Aku boleh jadikan mereka sebagai sifu dan pendorong.  Buktinya entri skandal aku iaitu Blogger Yang Tersepit semakin hari semakin jauh ke belakang setelah blogger lain mengedit entri masing-masing.

Juga menjadi masalah utama kepada blogger baru seperti waktu google memasukkan entri ke dalam senarai page untuk dilihat oleh pengunjung ataupun lebih mudah dikenali dengan panggilan index. Blogger yang baru seperti aku  akan mengalami masalah index yang lambat. Paling cepat entri aku diindex adalah entri Blogger Yang Tersepit. Tidak sampai 15 minit sudah masuk ke senarai untuk dilihat pengunjung google. Ada yang memberi pandangan, kita boleh gunakan bantuan social bookmarking seperti digg.com, delicious.com ataupun stumbleupon maupun facebook. Aku biasa gunakan digg.com, sekitar sejam selepas dihantar ke digg.com, entri aku akan kelihatan di senarai pencarian.

Ada juga yang menyarankan penggunakan ping server seperti pingomatic ataupun pingler tetapi aku belum pernah menggunakan cara ini. Barangkali aku akan menggunakan sebentar lagi.

Juga penting kita melakukan backlink dengan entri kita yang terdahulu ataupun berkongsi backlink dengan blogger yang lebih senior. Aku setakat ini belum pernah melakukan backlink dengan blogger lain memandangkan aku ada 2 blog yang berlainan. Aku ada memadankan backlink aku ke entri yang lama ataupun entri di blog satu lagi. Ianya bagus jika entri yang digunakan sebagai backlink itu bagus dari segi SEO, maka entri yang baru dapat menumpang ranking SEO yang baik sedikit.

Penting juga kita melawat blog penulis lain lalu menjalinkan persahabatan dengan meninggalkan komen di ruangan komen. Ianya akan membantu untuk meningkatkan pengunjung ke blog kita. Aku turut memasang plugin Feedjit Live Traffic Feed, di sini aku dapat melihat akan trafic pengunjung yang melihat entri yang aku hasilkan

Itulah sedikit sebanyak info yang boleh digunakan pakai untuk blogger baru seperti aku. InsyaAllah ia boleh membantu. Jika ada salah dan silap aku mohon maaf banyak-banyak. Dan harap boleh diperbetulkan.

Post Popularity 3.46%  
Popularity Breakdown
Views 3.47%  
Comments 3.45%  

Comments

Aku Blogger Yang Kental dan Kenyal — 2 Comments

    • @norred
      w’salam
      SEO tidak kenal blogspot n WP. Buktinya kalau taip ‘Blogger Yang Tersepit’, ada juga pengguna blogspot yg dapat first page. Saya punye di page 3.
      ikutkan saya takdelah terrer sangat,tapi saya kongsi apa yg saya buat.
      1) Pastikan semasa menulis entri, pastikan tajuk n entri saling berpaut. Ada ulangan tajuk pada entri (cth: tajuk blogger yg tersepit, kat entri ada ulangan perkataan blogger, yang , tersepit.) walaupun berasingan, google masih menganggapnyaa sebagai SEO.
      2)Jika meletak picture, pastikan juga ada ulangan tajuk pada picture tersebut. cth pada picture gaban, ada dimasukkan tajuk.
      3) tag – sangat penting. maaf, saya tak tau fungsi kat blogspot, tapi mesti ada ruang utk kita letak ayat yg kita nak tag. ayatt yg ditag..mesti ada juga pada tajuk.
      4) menggunakan simbol | untuk mengantikan ‘coma’ semasa menaip tag..cth: blogger | yang | tersepit |
      5) buat backlink dengan tajuk entri kita yg lama (lbh2 lagi jika ada kaitan..n ada SEO) ataupun tumpang backlink website org lain.

      tu yg biasa saya buat. cubalah.. InsyaAllah berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge