Bersyukur aku tidak terkira apabila banyak sekali doa aku dimakbulkan Allah swt. Doa yang dimakbulkan telah mewujudkan perasaan gembira dan terharu bercampur syukur yang keterlaluan. Hajat aku untuk mencari kenalan lama telah membuahkan hasil dan dipermudahkan Allah swt. Walaupun aku cuma menemui jejak mereka di Facebook dan jarang dapat menemuramah mereka lantaran kesibukan diri, adalah lebih baik daripada tidak bertemu langsung. Kebanyakan mereka hanya aku temui selepas berjaya dijejaki oleh rakan-rakan yang lain terlebih dahulu. Paling penting sekali doa yang dimakbulkan benar-benar menyentuh hati aku lebih-lebih lagi di Ramadan yang berkah ini.
Benar aku mengingati mereka sebelum aku bertemu dan menemui jejak mereka. Syukur pada Allah, Solat Hajat yang aku lakukan berserta doa-doa yang diamalkan telah membuahkan hasil walaupun situasi kelihatan seperti menghampiri ke arah mustahil. Juga aku tidak melupakan kaedah Law Of Attarction (Hukum Tarikan) yang aku amalkan mengikut apa yang aku inginkan.
Aku bertemu dengan Zaitul Amri di Hospital Putrajaya semasa membawa anak aku berjumpa dengan doktor pakar. Melalui Zaitul Amri, aku menemui rakan-rakan Asrapol yang lain termasuklah Muhadir dab Bob.Melalui rakan Facebook yang lain aku bertemu dengan Abdul Razak Omar yang aku ingat dan cari sejak akhir-akhir ini.
Juga melalui Solat Hajat yang dimakbulkan juga aku bertemu dengan seorang bidadari yang senyum pada aku beberapa tahun yang lalu di dalam mimpi. Kini aku bertemu dengannya di dunia sebenar. Walaupun dia masih muda remaja, aku yakin Allah akan memeliharanya dan menjadikannya ahli syurga lalu menjadi ketua bidadari di istana persinggahan akhir nanti. Lantaran dia sudi berkawan dengan aku serta mengubah diri aku melalui Penjenamaan Diri yang baru, aku mengingatinya setiap hari. Ini sebenarnya jasa yang paling besar yang dilakukan olehnya kepada aku, tetapi belum sempat aku berterus-terang kepadanya tentang perkara ini.
Oh ya..barangkali dia tak baca message aku ingin jadikan dia sebagai saudara angkat.. adik angkat ke. Harapan aku agar permintaan aku ini akan dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya.
Doa aku untuk menjadi Blogger yang aktif juga dimakbulkan Allah. Selama ini aku cuma mencuba-cuba , dihantui dengan sikap malas dan rasa rendah diri ketika merasakan entri aku tiada siapa yang sudi membacanya. Tetapi aku silap, asalkan entri aku membawa kebaikan sudah pasti akan ada orang yang membacanya. InsyaAllah, aku akan menjadi blogger sepenuh masa yang kental dan kenyal. Allah akan memakbulkan keinginan aku di satu masa nanti.
↓





alhamdulillah, bersyukur pada Allah yang maha esa kerana memakbulkan doa hambanya, sesungguhnya Allah S.W.T maha pemurah lagi maha penyanyang
Madlut
betul tu. kekadang kita lupa byknya anugerah yg kita dapat setiap hari. bila tau ianya dimakbulkan, terasa rendahnya diri kita yg slalu leka tapi Allah tetap memberi apa yg dihajati. Syukur
salam sahabat..
Allah itu Maha Pendegar Lagi Maha Mengasihani..
@suri
salam sahabat
terima kasih sbb sudi singgah
betul..Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia mengabulkan setiap permintaan hamba-Nya
Memang Allah itu Maha Mendengar tapi sebagai hambaNya, kita dikira sombong kalau kita tak memohon apa yang ktia hajati dariNya. Alhamdulillah, banyak juga doa saya dimakbulkan terutamanya bab berkaitan dengan kerjaya sampingan saya ni. Tapi LOA tu je saya tak pernah amalkan lagi :P
@Dila.13
LOA pun satu konsep doa. kadang kala kita dah melakukannya tanpa sedar bila kita asyik fikir benda2 yg ita inginkan.
maksudnya bila kita dok terfikir nakkan sesuatu dengan kerap, secara automatik kita akan menggerakkan diri kita ke arah tu ke, Ladfe? secara sedar atau separa sedar ye?
@Dila.13
betul tu. semua yg kita fikirkan dan inginkan akan diset masuk ke minda bawah sedar. sbb tu tak boleh fikir nrgatif kerap sangat. kalu nak pakai Audi TT :) kena set dlm minda dan berusahalah. baru boleh dapat. InsyaAllah
Pingback: Doa Di Dalam Al-Quran |
facebook mmg dpt membantu sy cr teman2 lama..kalau btul guna facebook..dptlah kebaikan..kalau x, sbaliknya lah..rmai muda mudi skrg update status yg ntah pape..heboh nk bjiwang aje..huhu
baru sahaja dapat bersua muka dengan rakan2 sekolah lama setelah berpisah hampir 20 tahun
Pingback: Jangan Ditolak |
LOA? ape tu?tak tau la… erm.. adakah memohon jodoh juga dibolehkan selain memohon rezeki.. sbb kan kite tau jodoh pertemuan ajal maut rezeki sume di tangan ALLAH.. menjadi kesalahanke bile kite mintak jodoh dengan si fulan?
@hanieda,
terima kasih kerana sudi singgah.
LOA tu merujuk kepada Law of Attraction ataupun Hukum Tarikan.
hukum tarikan ini serupa seperti kita bercakap atau meminta sesuatu yg baik/buruk setiap kali hingga ianya menjadi kebiasaan.
cth, bila kita selalu cakap kita ni selalu susah dalam hidup, maka kesusahan akan datrang ke hidup kita.
jika kita bercakap benda2 yang baik, insyaAllah..benda2 yang baik akan menyinari kehidupan kita.
ttg soal meminta jodoh dengan seseorang yg kita suka, ia adalah satu usaha. kita meminta kpd Allah.. insyaAllah akan dimakbulkan. jika tidak dimakbulkan, bermaksud Allah memberikan sesuatu yg jauh lebih baik untuk kita. InsyaAllah
@ladfeamir, thanks coz sudi balas komen saya… oo saya tak tau namanye.. tapi saya tau yg kalau kite slalu ckp takde duittak cukup duit.. mmg itulah yg akan terjadi… sbb kata² itu satu doa kan?? opah saya selalu pesan… jgn cakap camtu.. lagi satu kalau org duk marah anak.. seeloknya disebut budak bertuah bukan budak jahat ke ape ke.. itu lah yg saya selalu dgr.. rupenye in short LOA.. hihii.. ceteknye ilmu saya… mekasih atas komen soal doa minta jodoh dgn si fulan tu.. sangat bermakna untuk memberi kekuatan pada saya agar tidak berputus asa n terus berusaha… mudah² ALLAH mendengar… sahabat² yg ada dalam ni tlg doakan sama ye?? mudah²an doa saya dimakbulkan….
@hanieda,
InsyaAllah semuanya akan berkeadaan baik sahaja.
Janji Allah..bila kita meminta kepada-Nya, Allah akan makbulkan.
yang penting kena usaha, percaya dan sabar. InsyaAllah
@ladfeamir, camne kite leh tau bila masanya ALLAH makbulkan… adakah bila si fulan menyatakan kemarahnnya kepada kita sebagai tanda ALLAH tidak makbulkan? atau kita ambil itu sebagai satu dugaan yang ALLAH menguji keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita dalam meminta padaNYA?
@hanieda,
ttg tanda doa itu dimakbulkan, ianya terletak kepada individu tersebut..
Allah memakbulkan setiap doa berdasarkan permintaan kita. jika ianya berlawanan dgn keinginan kita, bermaksud Allah memberikan kita sesuatu yg jauh lbh baik.
Diharapkan anda sentiasa bersabar n berserah.
Tak lupa juga utk mencari dan berdoa di waktu2 yg mustajab. insyaAllah pasti akan jawapan yg lbh baik utk anda.
@ladfeamir, thanks.. syukur alhamdulillah sejak dugaan yg menimpa saya ni, saya semakin dekat denganNYA… n syukur juga saya sedang berusaha untuk istiqamah dlm apa yg sya lakukan skrg… saya ada meminta padaNYA andainya mengasihi,merindui,menyayangi,mencintai serta bersama dgn si fulan mendatgkn kebaikan pada sya, agama n ibadah saya maka permudahkanlah segalanya, n jika tidak maka hapuskan lah segala perasaan kasih sya pada si fulan.. anehnya walau apa pun yg si fulan kata atau lakukan pada sya, dlm hati ni masih yakin hanya ALLAH yg mampu mengubah segalaNYA.. n ALLAH masih belum berkehendakkan untuk mengubahnya… sya juga tenang setiap kali berdoa agar dipermudahkan jodoh saya dgn si fulan setiap sepertiga malam.. wallahualam..
@hanieda,
bagus..teruskan usaha anda.
yg baik dtg dari Allah, yg kurang sebenarnya diri kita sendiri
@ladfeamir, thanks kerana sapot usaha saya… moga ALLAH memakbulkan sumenye.. amin
Pingback: Antara Bersyukur Dan Tidak Bersyukur |
assalamualaikum,
terimakasih atas info yg bermanfaat ini, nak minta izin share ya
Alhmdulillah sy skrg gmbra krna ada doa sy telh d’mkbulkn…bnykkn zkir n lakukan solat hajt…insyaAllah doa kita akn d’mkbulkan…
I feel so much happier now I udnresantd all this. Thanks!
assalamualaikum….sekian kalinya hati sy tersentuh dgn blog anda ini…..bersama2 lh kita berdoa agar kita semuanya diberikan kasih sayang sesama kita…tanpa pilih kasih…tanpa kira umur..tanpa kira pangkat dan darjat…..moga doa kita semua di makbulkan oleh allah swt….sy juga turut berdoa agar suami sy serta isteri baru nya bahagia dunia dan akhirat…..kini sy akan menruskan hidup saya tanpa suami….janda….adakah sy bersedia menerima status janda ini?jawapan nya YA..sy bersedia…krn ada hikmah disebalik apa yg berlaku dlm hidup ini….sabarlah…moga kesabaran sy ini dpt mendekatkan diri sy pd yang Maha kuasa….Maha Pengasih..Maha Penyayang….Maha Adil dan Saksama….yg paling berkuasa di dunia dan akhirat….AMIN….WASALLAM…..
@FARAH,
w’salam. semoga anda trus tabah dan sabar dlm mengharungi kehidupan ini. Allah menguji anda kerana anda mampu menghadapinya serta Allah sayangkan anda.