Irama Dan Lagu Blogger Yang Terkentut

Irama dan Lagu Blogger Yang Terkentut

Irama dan Lagu Blogger Yang Terkentut | Kredit to Jung Sun DeviantART |

Blogger yang terkentut adalah tajuk kerja rumah yang seterusnya yang diberikan oleh Tuan Rohaizad. Pada mulanya Ana ingin hantar entri bertajuk Raja Kentut, tapi memandangkan ianya tiada kaitan dengan Ana dan hanya cerita sahaja, Ana membatalkannya pada saat-saat akhir. Menyebabkan Ana terpaksa mencari idea untuk mencipta entri yang baru. Akhirnya dapat juga. Sebagaimana lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan, begitu juga dengan kentut, bau dan bunyi. Ianya berkaitan. Cerita Ana kali ini tidak sepanjang entri kerja rumah sebelum ini sebelum ini, tetapi tetap memakan masa untuk membacanya. Lalu terciptalah entri ini, Irama dan Lagu Blogger Yang Terkentut.

Cerita bermula begini. Ana ini sebenarnya lelaki yang suka badan. Diet orang putih cakap. Sarapan pagi, sure tengahhari tak makan. Tengahari makan, sure makan malam dilewatkan. Bila Ana start diet tanpa kerelaan perut, mulalah perut Ana ini mogok, mulalah nyanyi lagu keroncong. Lagu keroncong untuk Ana (aku). Lagu macam kat bawah ni.

Habis nyanyi aje pasti perut Ana mula berubah saiznya. Korang mesti fikir Ana pandai bikin trick. Dari bentuk SIX PACK..diulang six pack terus jadi bulat-bulat pack. Mestilah Ana cakap,

oh tidak..perut Ana sudah boroi la…


seluar saiz 28 terus bertukar jadi 33. Terus Ana jadi segan.

Perut Ana sesudah masuk angin bila dijentik, akan buat bunyi Teng…

jentik sekali bunyi Teng

jentik dua kali bunyi Teng.Teng

jentik 3 kali bunyi Teng Teng Teng…

kalau banyak kali jentik..jadi bunyi macam video kat bawah. Sebiji macam bunyi piano tu..

Bila perut dah boleh menyanyi dua lagu yang best sudah pasti Ana akan angin… Ana mesti buat sesuatu. Hanya satu cara sahaja, iaitu masuk angin keluar asap. Ana mesti kentut. Mesti kentut, kalau tidak Ana akan hilang Six Pack milik Ana.

Ana akan sapu minyak panas pada perut Ana. Ana akan buat senaman Push Up dan Sit Up. Janji perut Ana kembali slim. Janji Ana boleh kentut. Biarlah Ana terkentut kat gym atau ruang tamu. Ataupun Ana akan urut-urut perut Ana kat jamban untuk turunkan angin tu ke lubang keluarnya.

Bunyi Ana dan bunyi kentut yang terkeluar memang mengasyikkan. Macam lagu kat okestra . Lebih kurang bunyi macam lagu kat bawah ini. Muzik tu mewakili bunyi kentut Ana. Korang dengar dan tengok sampai habis sebab ada klue untuk ayat yang seterusnya kat video ini.

Mesti korang semua kagum dengan Andrea Boccelli tu masa tarik nada tinggi. Selamba dan cool aje mukanya. Sebenarnya, macam itu lah juga coolnya dan selambanya muka Ana masa terkentut kat khalayak ramai. Kagum tak korang?

p/s: Aku dapat idea ni lepas terdesak dan tersepit memikirkan jalan cerita entri ini sambil mata mengantuk semasa buat kerja kat production. Dulu bolehlah usha dan skodeng Ustazah Cun buat kerja. tapi lepas dia tak ada lagi, mengantuk mata aku tengok awek-awek lain buat kerja. Tapi tak adalah sampai terkentut-kentut.

Share

19 Thoughts on “Irama Dan Lagu Blogger Yang Terkentut

  1. pergh..ada saje video untuk dijadikan selingan..eh ana ni,selamber lak kentut di khalayak ramai..

    • ladfeamir on August 30, 2010 at 14:00 said:

      @khairolghani.
      ana bkn selalu kentut kat khalayak ramai. kadang-kadang je, tapi melarikan diri juga la bila berkesempatan

  2. hehe ni kira kentut bunyi tanpa bau atau kentut senyap taoi disertai bau yang ‘membunuh’? :D

    • ladfeamir on August 30, 2010 at 15:48 said:

      @tengkorak emas
      kedua2 situasi pun pernah berlaku. tp kentut tu mmg satu anugerah daripada Allah, kenapa kita mesti menolaknya dan segan.

  3. eh…. kenalah segan kalau terkentut kuat dan berbau pulak tu… sebab menyebabkan orang lain sesak nak bernafas…tapi kalau dah tua-tua nanti agaknya saya tak kisah dah kentut kat mana pun

    setuju, kentut memang anugerah Allah…

    • ladfeamir on August 30, 2010 at 21:29 said:

      @cikgu normah
      malu pun anugerah dari Allah. tak salah pun kita ikut majoriti utk segan terkentut kat khalayak ramai

  4. haha..
    kentut di khalyak ramai xsalah pon..
    asalkan suasana masa tu bising..
    so kalau kentut kuat pon tak kedengaran..

    • ladfeamir on August 31, 2010 at 01:42 said:

      @Adi
      betul tu. lagipun, bknnya kita sengaja nak kentut kat semua org. suasana yg tidak boleh dikawal lagi

  5. heheh…kentut pembunuh senyap nie…
    kalau kentut tak bunyi, dan buat muka cool je, mesti orang susah nak detect

  6. wahh kreatif tui! huhuhu..bila ang ckp kentut dan bunyi ibarat irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan..terigt pulak lagu p ramlee getaran jiwa hehe..igt ada lagu tu td masa awal2 baca huhu

    • ladfeamir on August 31, 2010 at 21:19 said:

      @aimannajmy
      lagu tu takde sbb nak sesuaikan dengan jalan cerita. lgpun internet tgh slow giler. aku hadapi masalah masa nak pilih lagu yg sesuai utk diletakkan kat entri

      @noreed
      dah kurang sikit pasal ustazah cun. tapi mmg betul masa tgh cari idea tu,teringatkan yg sudah berhenti.

  7. sabar jerlah, dalam ape jua entry mesti terselit ustazah cun. sian dia di sana asik tersedak jer…hehehe

  8. hehe. sabar jer la. ustazah cun tu sure tingat kat u. haha. love reading this! :)

    • ladfeamir on September 1, 2010 at 14:27 said:

      @Pn Nana
      harap-harapnya begitulah.hehehe.
      tp maybe pasni takde cite pasal dia lagi. saja nak memajukan diri lebih ke dpn ttg penulisan.

  9. aku pun naik keliru,tak silap aku,entry terkentut blog ni cerita pasal ulama yang buat-buat pekak tu atau kat blog lain?

    apa pun kentut adalah suatu nikmat dariNya,kentutlah sepuas hati jangan sampai niat terkentut tu terbantut :)

    • ladfeamir on September 5, 2010 at 16:13 said:

      @sangilapi
      entri pasal ulama tu kat blog lain. entah knp ia tiba2 hilang dr pandangan kat google index.

      betul Bro. kat dunia ni aje kentut kita bau busuk, dapat kentut..perut pun rasa ringan je

  10. kesianlaa M.Nasir, Elvis & Andrea Bocelli tu.. lagu-lagu diorang jadi ilham blogger yang terkentut ye. hehehe :P

    • ladfeamir on September 6, 2010 at 00:03 said:

      @Dila.13
      lagu2 tu dijadikan lagu latar sbb
      org selalu ckp, perut akan berkeroncong bila lapar. tu yg ganti diri aku jd Ana
      lagu elvis tu sbb terikut jalan cite movie lakonan Stephen Chow (A Chinese Odyssey) sbb ada lagu elvis tu.
      lagu Bocelli..sbb saya mmg sukakan lagu tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>