Sempena hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang ini, tiba-tiba aku teringatlah akan nostalgia dan memori pasal Kad Raya. Dulu aku dan adik beradik sibuk dok kira berapa banyak kad raya yang kami perolehi. Masa itu aku dan adik beradik lain masih muda remaja, duduk bawah ketiak mak abah lagi. Kad Raya yang diperolehi sama ada melalui rakan-rakan terdekat dan jauh mahupun peminat.
Tapi kebanyakkan nostalgia dan memori kad raya semakin hilang dalam kamus hidup aku kecuali beberapa peristiwa.
Nostagia Memori Kad Raya – Buat Isteriku
Yer..masa bercinta yang singkat, bertunang yang singkat dan dalam masa yang singkat juga, isteri aku kini kekal di sisi aku sebagai teman hidup aku. Ada beberapa kad raya samaada kiriman aku maupun kiriman isteri aku yang masih tersimpan rapi. Ada kad raya besar, ada juga kad raya yang keluar muzik. Lepas berkahwin juga, kami pernah juga bertukar kad raya. Thank buat isteri aku. I love you.
Nostagia Memori Kad Raya – Ustaz Majid
Ustaz Majid adalah ustaz yang selalu datang ke asrama SM Vokasional Ipoh untuk bagi kelas Agama. Tidak dipastikan sekolah memberi bayaran ataupun beliau mengajar percuma. Beliau adalah bekas imam besar Madjid Sultan Idris Shah 11 (Masjid Negeri Perak). Pada hari terakhir kami sebagai pelajar, beliau meminta alamat kami semua sebagai tanda ingatan. Jadinya, setiap hari raya yang menjelang aku akan dapat surat putih bertulisan jawi tanda ingatan daripada beliau setiap tahun. Tetapi bila aku mula berhenti terima surat tersebut beberapa tahun kemudian, ini tandanya ustaz Majid sudah meninggal dunia. Semoga Allah membalas segala kebaikannya. InsyaAllah
Nostagia Memori Kad Raya – Untuk Ila
Kat SM Vokasional Ipoh aku minat dengan seorang rakan. Tapi aku tak berjaya mengoratnya sebab dia dah ada pakwe kat sekolah lama. Aku cuba nak menghubunginya selepas habis sekolah tapi takut. Kemudian aku menghubungi rakan baiknya si Ila. Entah macammana, aku dan Ila kemudiannya menjadi rakan baik. Aku dah lupa pada awek yang aku minat tu (best friend Ila).Satu hari di bulan ramadan pada aku bertanya padanya, kad raya macammana yang dia nak aku kirimkan. Dia menjawab, dia nak kad raya yang paling besar.
Aku mencari kad raya paling besar itu dan kirim kepadanya. Memang dia terkejut bila balik kerja, ada kat raya besar terselit kat peti surat rumahnya.
Aku sudah lost contact dengan Ila sejak dia berkahwin. Aku pun sebenarnya lupa untuk jadi adik iparnya. Aku harap aku boleh bertemu kembali dengannya sebagai sahabat kerana aku dah bertemu kembali dengan best friend nya itu di Facebook. Dah berkahwin dengan pakwenya dan dikurniakan 4 orang cahayamata.
Nostagia Memori Kad Raya – Untuk Nas
Masa aku belajar di PUO dulu, aku minat habis kat sorang awek bernama Nas. Tapi aku takut nak mengorat sebab fikiran aku dah diblok berikutan kegagalan aku semasa di SM Vokasional dulu. Dalam otak aku dok bergayut kenyataan, awek cun semuanya sudah berpunya maka dengan itu aku dilanda ketakutan untuk mengorat.
Tapi bila aku berada di semesta akhir, aku mula terfikir untuk mendekatinya. Memang rasa terdesak dan tersepit.Lantaklah kena reject ke, sebab lebih baik cuba daripada tidak dapat apa-apa.
Kebetulan masa itu ramadan di bulan februari. Aku pun belilah kad Valentime sebagai ganti kad raya. Aku tidak tulis nama cuma tulis nombor id PUO aku dan suruh rakan sekelasnya jadi posmen. Nas terima dengan kad itu, kemudian bertanya kepada rakan-rakan perempuan kelas aku tentang nombor id PUO. Dengan itu aku kantoi dengannya dan juga rakan-rakan perempuan kelas aku. Nas cakap nama aku macam nama pelakon Hindustan (Amer Khan la tu)….
Tapi, aku cuma terhenti kat situ aje. Bila cuti raya dah selesai. Aku bertembung dengan Nas yang dikeliling oleh rakan-rakan perempuan, mereka sibuk membelek cincin di jaris manis Nas. Aku mula rasa pening sebab terfikirkan sesuatu dalam kepala aku. Benda yang aku fikirkan itu betul-betul terjadi, bila rakan-rakan perempuan aku bawak berita buruk.
“Sorrylah Ladfe..kitaorang ada berita buruk. Nas dah bertunang masa raya tempohari.
Aku senyum aje. Rasa nak gelak pun ada. Dalam hati, inilah padahnya jika lambat mencuba. Tapi semua itu ada hikmah-Nya kan. Maka, aku berfikiran positif menghadapinya.
Nostagia Memori Kad Raya – Datuk Siti Nurhaliza
Masa aku tinggal di ASRAPOL dulu , aku ada kad raya yang berlebihan. Kepala otak aku berfikir ligat pada siapakah lagi aku ingin kirimkan kad raya ini. Aku terpandang kaset Siti Nurhaliza terselit antara kaset kumpulan Megadeth, Metallica dan Sepultura milik aku. Aku minat kat Siti yang masa itu baru popular dengan Jerat Percintaan dan Aku Cinta Padamu.
Jadi, aku pun tulislah kad raya untuknya ke alamat Kuala Lipis (rumah kampung).
Seminggu lepas raya, rakan ASRAPOL hulurkan surat untuk aku yang berbau wangi. Bila aku bukak…..
” Siti Nurhaliza bagi aku kad raya! . Hahahaha
Habis satu ASRAPOL aku jaja akan kad raya itu. Siap aku framekan lagi kad raya itu (tapi dah hilang ).
Itu adalah nostagia dan memori kad raya yang paling aku ingat. Aku pasti korang juga ada memori yang indah untuk dikenang. Betul tak?
↓






tahun ni dapat 1 je kat raya hehehe….
oklah dapat satu. tahun ni sama mcm tahun lepas.. saya tak dapat langsung kad raya
saya pula dapat ekad raya dari internet je… :D
samalah dengan saya. nasibbaik ada facebook, kalau tak takdelah sapa2 ucap hari raya
salam,hahahahaa..gua jugak ada citer pasal kad rayer….hehehe..dulu ader kwn gua yang slalu antar@dapat kad rayer yang besar bagak..gua pn musykil cmaner ble lepas plak masok kat peti pos?hahahahahahahaah…ada lg laguk 2!
@gagak d great..asrapolian,
zaman masa kad raya dulu mmg tak boleh. skrg je takde lagi kad raya. kalau kat semua org pun aku htr termasuk hang.
tahun nie tak dapat langsung kad raya…sama dengan tahun lepas…. sms jer lah dapat banyak..huhu
zik menulisJutawan Kosmetik Datuk Sosilawati kena culik
kad raya dah pupus. aku cuma dapat ecard setakat ni. sms biasanya pada malam raya baru dapat. InsyaAllah
banyak juga dapat kad raya, kad raya kenangan suami isteri tu memang best, bro tak nak cite lak mcm ne ngorat isteri hehe
selamat hari raya maaf zahir batin, :D
selamat hari raya aidilfitri juga utk hang. maaf zahir n batin
pasal cite part mengorat wife aku tu. maybe nanti aku akan story. InsyaAllah
Pingback: Sempena Hari Raya Aidilfitri |