Rindukan Lailatulqadar

 

Aku sekadar ingin berkongsi kisah yang aku tidak pernah lupa setiap kali menjelangnya 10 malam terakhir Ramadan. Bukanlah aku berniat ingin berlagak atau menunjuk-nunjuk tetapi aku dibebani dengan bedan yang berat kerana menyimpannya sekian lama. Rindukan Lailatulqadar. Lalu membuatkan aku ingin berkongsi dengan kesemua pembaca entri di blog aku. Peristiwa ini berlaku sekitar 7 tahun dulu, waktu anak sulung aku Ladfe Ali Ridha masih lagi bayi dan aku masih menyewa di apartment Sri Begonia, Bandar Puteri Puchong.

rindukan lailatulqadar

malam lailatulqadar

Allah telah menarik sebahagian ingatan aku pada malam itu. Menyebabkan aku lupa bila ianya berlaku, waktu dan apa yang aku lakukan pada malam itu. Yang aku ingat ialah, ia berlaku pada 10 malam terakhir, selepas waktu 3 pagi dan aku melakukan solat terawih bersendirian di ruang tamu sambil memasang TV kerana ada bacaan ayat suci Al-Quran.

Kemudian, atas urusan yang aku tidak ingat, aku masuk ke bilik tidur. Mata aku memerhati pokok bunga kecil (tidak ku tahu bunga apa) yang diletakkan di meja solek. Sepanjang aku menjaganya, pohon kecil ini tegak sahaja batang-batangnya kecuali sesekali menghadap ke tingkap iaitu bahagian timur rumah aku. Di sebabkan ia selalu condong mencari cahaya matahari, aku terpaksa mengikat batang-batangnya supaya ia kekal tegak.

Tetapi pada malam tersebut, sesuatu yang berlainan berlaku. Batang-batang kecil pokok bunga kecil itu condong ke arah barat, atau tepat sekali condong mengadap kiblat. Aku kaget melihat pokok bunga kecil itu. Aku memeriksanya dan membelek-beleknya. Sambil aku memeriksa arah kiblat menggunakan jam tangan aku yang ada kompas menunjukkan arah kiblat. Benar, pokok bunga kecil itu sememangnya condong ke arah kiblat.

Aku memeriksa akuarium di ruang tamu jika ada lagi tanda-tanda ganjil seperti ais di dalam air, tetapi tanda ini tiada di situ. Kemudian aku buka tingkap dan menilai suasana luar, keadaan tenang dan damai tanpa angin. Aku kembali ke pokok bunga kecil itu, ianya masih dalam keadaan yang aku lihat sebentar tadi. Dalam keadaan terkejut dan terpegun aku berkata pada diri sendri. Adakah ini tanda Lailatulqadar yang disebut-sebut dan dinanti-nanti oleh kesemua orang.

Aku kembali mengerjakan amal ibadah sedaya upaya sampai aku terlupa untuk mengerakkan isteri aku yang tidur lena.

Tapi seperti aku katakan pada awalan entri, aku tidak ingat amal apa yang aku lakukan selepas melihat fenomena itu. Waktu ia berlaku dan malam ramadan ke berapa ia berlaku.

Itu sahaja tanda yang dapat dilihat dengan jelas tetapi aku tidak pernah ceritakan kepada sesiapa pun kecuali sekarang ini di entri ini.

Untuk pengetahuan semua. Pokok bunga kecil itu kekal pada posisi condong ke kiblat dan aku tidak bagitau pun pada isteri aku keadaan itu. Pokok bunga kecil itu mati 3 hari sesudah peristiwa itu.

Jika korang menyatakan malam itu adakah malam Lailatulqadar? Dan aku berpeluang menemuinya. Alhamdulillah. Tetapi aku masih lagi akan menyebut Wallahualam kerana ia termasuk dalam keadaan ghaib. Hanya Allah sahaja berhak menentukannya.

Aku masih mencari dan menanti saat itu kembali. Sesungguhnya peristiwa itu membuatkan aku sangat rindu untuk menemuinya lagi. Rindukan Lailatulqadar.

Wallahualam.

Post Popularity 9.38%  
Popularity Breakdown
Views 8.42%  
Comments 10.34%  

Comments

Rindukan Lailatulqadar — 6 Comments

    • InsyaAllah. moga ia benar lailatulqadar. tapi masih perlu usaha yg gigih n brterusan utk jadi muslim yg berjaya di dunia n akhirat.

    • InsyaAllah.. samaada betul atau tidak masih banyak lg amalan baik yg saya perlu lakukan demi kejayaan di dunia n akhirat.

    • InsyaAllah bro. usaha masih diteruskan utk menjadi muslim yg berjaya.

      selamat hari raya aidilfitri juga. maaf zahir n batin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge