Aku Yang Hilang

 

Assalamualaikum

Fuhh..lama betul aku tak update blog aku. Seolah-olah aku sudah menjadi orang yang hilang di google. Bukannya aku dah lemah semangat nak berblogging, tapi banyak perkara yang menimpa aku buat masa ini. Jadinya sekarang ini aku berkesempatanlah untuk menulis dan berkongsi serba sedikit tentang misteri kehilangan aku.

Kekangan Waktu Berkerja

Habis sahaja cuti Raya Aidilfitri, aku mula sibuk melayan board reject yang semakin banyak. Disebabkan department aku bercuti sepanjang cuti raya TETAPI tidak di bahagian Drive, menyebabkan board reject datang mencurah-curah ke department aku berkerja.

Tambahan pula bangunan Drive di P6 sudah running sepenuhnya menyebabkan reject daripada Drive semakin bertambah. Semalam aku baru lepas sign untuk terima board reject daripada Drive untuk shift lain, kira-kira 2700 board. Fuhh.. letih tu memanglah letih. Tapi dah cari makan dengan berkerja makan gaji, terpaksalah kerjakan.

Broadband Yang Hampeh

Aku melanggan pakej broadband daripada syarikat yang menggunakan warna hijau sebagai trandmark mereka. Disebabkan aku ada tunggakan sebanyak separuh bulan, jadi akaun aku di blok.

Tentang service, memanglah mendukacitakan. Tapi aku dah banyak tulis post tentang ini. So, aku taklah nak ungkit lagi kat sini.

Tapi aku bersyukur kepada Allah, walaupun aku tidak dapat online internet di desktop dan netbook, aku ada cara lain yang aku boleh guna. Syukur.

Nanti aku cerita kat entri aku yang lain yer.

Mencuba Cabang Lain Di Internet

Sebelum aku berblog, aku pernah menjana pendapatan dengan menggunakan eBay. Dapatlah duit poket untuk bayar bil dan beli software original di internet.

Tetapi setelah akaun aku kena suspend, mood aku telah hilang untuk berkawan dengan eBay. Setelah hampir setahun aku meninggalkan eBay, aku mula terasa rindu untuk listkan barang.

So, aku pun belajar kembali perihal eBay lalu menyebabkan aku agak sibuk kebelakangan ini. Maklumlah, banyak polisi yang sudah berubah dan aku juga belajar macammana nak buat kajian tentang produk yang boleh dijual.

Desktop Sudah Rosak

Aku baru berjaya selasaikan masalah broadband aku, tetapi entah kenapa desktop kesayangan aku menjadi lembap sebab running 100% CPUnya. Aku tidak pasti apa masalahnya, Malware ke ataupun Virus tetapi ianya menjadi bertambah lembap sejak aku bertukar warna broadband. Ianya menjadi terlalu lembap sampai semua benda pun tidak boleh dibuat.

Bila aku gobek-gobek buku penerangan Motherboard, aku perasan sesuatu iaitu motherboard desktop aku boleh melakukan fungsi OverClock. Dengan tidak berfikir panjang aku terus tukar switch kepada fungsi OverClock. Tetapi ianya gagal, terus menjahanamkan Desktop aku.

Tetapi aku masih bersyukur yang aku masih lagi Netbook comel yang aku hadiahkan kepada wife aku. Lagipun, minggu depan aku akan dapat satu lagi netbook.

Jadi aku terus think positif untuk kembali berblogging.

Walaupun aku masih dilanda kekangan masa yang membataskan banyak ruang waktu aku, aku cuba manage semuanya dengan smart. Syukur, Allah banyak permudahkan urusan aku. Dengan ini aku akan terus berblogging tanpa henti selagi ada kudrat di jiwa ini.

Aku yang Hilang…. kini tidak lagi.



Post Popularity 9.65%  
Popularity Breakdown
Views 7.23%  
Comments 12.07%  

Comments

Aku Yang Hilang — 7 Comments

  1. Selamat kembali ke alam maya.

    Nak buat kerja full time dan berblogging / ber-ebay perlukan ‘hati kering’ apatah lagi kalau service internet macam *&%$# ..

    all the best bro

    • Thank bro.
      Alhamdullilah, segala urusan aku dipermudahkan. Mmg akan bertambah sibuk, tetapi sesuatu perlu dilakukan utk mengubah taraf hidup dan batasan diri.

    • Matlut:
      aku baru dok study balik. baru je kumpul feedback, kena suspend akaun tu sbb manipulasi feedback kata si eBay.
      akaun satu lagi blm sampai tempoh matang, so kena tunggu 3 bln lagi baru boleh buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge