AntiVirus Percuma Tetapi Berkuasa

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Aku sebenarnya baru balik dari shift malam dan belum melelapkan mata lagi. Tetapi aku berminat nak berkongsi satu info dan maklumat untuk korang semua. Sebenarnya, antivirus yang aku pakai iaitu Bid Defender Internet Security akan tamat tempohnya sekitar 1 bulan lagi. Aku pun mula berfikir-fikir apakah aku akan membeli update baru antivirus ini ataupun mencuba dengan antivirus yang lain. Sebelum ini aku pernah menggunakan Panda Internet Security 2008, kemudian Kaspersky Internet Security 2009 sebelum aku beralih arah ke Bid Defender.

Akhirnya aku teringat sesuatu iaitu selain Bid Defender Internet Security 2010 yang aku install, aku juga turut men install Antivirus daripada Microsoft iaitu Microsoft Security Essentials (MSE). MSE adalah antivirus percuma daripada pihak Microsoft tetapi ianya merangkumi dengan Anti Spyware dan juga Anti Malware.

antivirus percuma tetapi berkuasa -microsoft security essentials

antivirus percuma tetapi berkuasa -microsoft security essentials

Setelah membuat keputusan, sebentar tadi aku telah  uninstall Antivirus Bid Defender daripada sistem desktop aku membolehkan MSE menjadi wakil tunggal melindungi dan menjaga pertahanan desktop aku ini. Dan aku juga telah membaca review tentang MSE, kebanyakan pengguna memang berpuas hati menggunakannya.

Namun aku pasti kebanyakan daripada korang tidak mengetahui kewujudan MSE ini. Lalu membuatkan korang lebih senang mendownload antirus cap lanun. Aku tahu ramai yang lebih rela menghabiskan masa mencari antivirus cap lanun daripada membuat keputusan untuk membeli antivirus yang berbayar.

Saranan aku jika korang menggunakan Windows yang Tulen (Original) ataupun Genuine. Bolehlah korang mendownloadnya secara percuma di SINI.

Aku tahu ramai di kalangan korang yang menggunakan netbook dan notebook berserta  Genuine Windows (kerana MSE hanya boleh di install sekiranya Windows korang Genuine atau Tulen). Korang bolehlah mencubanya. Setakat yang aku guna bersama-sama antivirus Bid Defender, ianya tidak mendatangkan masalah yang ketara iaitu PC jadi berat atau berlawanan satu sama lain.

Keperluan Minimum Sistem


Sistem Operasi: Windows XP (Service Pack 2 atau Service Pack 3); Windows Vista (Gold, Service Pack 1, atau Service Pack 2); Windows 7 yang SAH (Genuine atau Tulen)

  • Untuk Windows XP, sebuah komputer dengan kelajuan jam CPU 500 MHz atau lebih tinggi, dan 256 MB RAM atau lebih tinggi.
  • Untuk Windows Vista dan Windows 7, sebuah komputer dengan kelajuan jam CPU 1.0 GHz atau lebih tinggi, dan 1 GB RAM atau lebih tinggi.
  • Paparan VGA 800 × 600 atau lebih tinggi.
  • Ruang cakera keras sebanyak 140 MB.
  • Sambungan Internet untuk memasang dan memuat turun definisi virus dan spyware terkini untuk MSE.
  • Pelayar Internet: Internet Explorer, Mozilla Firefox , Google Chrome dan Flock.

Kelebihan Yang Disediakan

  • Sistem perlindungan yang lebih canggih pada komputer
  • Percuma dan antivirus kukuh dan mantap
  • Menyediakan perlindungan yang diperlukan untuk melawan cecacing, Trojan, Spyware, Malware.
  • Penyediaan Auto Scan
  • Cepat untuk membersihkan data yang rosak bagi memastikan komputer dalam keaadaan selamat
  • Menyediakan perlindungan bagi memuat turun dan Instant Mesenggers
  • Keselamatan dalam melayari internet.

Ciri-ciri

  • Memori yang rendah – Cuma 16.79MB. Masa idle ianya menggunakan cuma 4MB memori
  • Sistem yang cepat, berkesan dan cekap.
  • Boleh digunakan oleh mana-mana sistem operasi , terutama Windows 7
  • Memantau muat turun fail oleh tools dan menyekat  serangan harker dalam internet.
  • Memantau dan mengimbas pemindahan data dari web mesengger.
Post Popularity 14.09%  
Popularity Breakdown
Views 9.21%  
Comments 18.97%  

Comments

AntiVirus Percuma Tetapi Berkuasa — 11 Comments

    • @tengkorak emas
      aku dulu pakai spybot gak..tp dah ada antispam yg lain..so aku remove je spybot tu.
      malwarebytes aku guna gak..tp jarang bkk pun.

      remove virus guna manual? sll kena virus ke?

  1. Pingback: Ajaibnya Windows Cap Lanun Diaktifkan |

  2. tak selalu kena, baru 2 kali, paling latest pasal malware menyerang blog tu, laptop aku terkena, malware jenis redirecting host,

    kalau nak halang virus dari thumb drive, aku guna ikill

    • @tengkorak emas
      mmg leceh bila kena virus n malware.. tp aku lagi suka guna anti virus je walaupun aku tahu gak sikit2 nak remove manual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge