Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Setelah semakin ramai yang join peraduan Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop , aku pun kepingin hendak menyertainya. Setelah melihat kesemua rakan-rakan blogger yang lain memaparkan kehebatan wallpaper pc masing-masing membuatkan aku bertambah teruja untuk menayangkan wallpaper dan muka desktop aku yang tak seberapa ini.

Dengan menggunakan monitor jenama BenQ berskrinkan  19 inci, screen resolution pada 1400 x 900 membolehkan aku menonton video pada screen yang besar. Puas hati. Memang puas hati.

 

Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop

 

Ini rupa desktop aku. Korang memang nampak kosong aje tanpa shortcut aplikasi sebab aku dah setting untuk menghilangkan setiap shortcut itu. Aku tak suka desktop aku nampak berselerak sebab ianya mengganggu pemandangan belakang tandas rumah aku.

Cantikkan picture belakang tandas rumah aku (aku gurau je).

Dengan menggunakan Windows Aero untuk Windows 7, aku berjaya optimuskan setiap gambar desktop aku. Tapi picture ini memang diambil daripada wallpaper yang disediakan oleh Microsoft.

Ikutkan, garget kalendar dan jam yang terletak di hujung sebelah kanan itu pun boleh aku hilangkan. Tapi untuk memudahkan aku melihat masa, jadi ianya kekal berada di situ.

Untuk memudahkan aku pergi ke menu desktop dan menu shortcut yang lain, aku telah cipta shortcut di sebelah jam di bawah menu itu. Kalau di buka kepada menu desktop itu, memang akan berseleraklah shortcut aplikasi yang aku guna dan tidak guna.

 

Selalunya aku hanya akan buka aplikasi

 

Flock : Browser yang aku gunakan setiap kali aku online, update blog, buka facebook dan twitter serta menonton video youtube. Flock sebenarnya lebih laju dan lancar berbanding kebanyakkan browser yang lain. Tak percaya korang trylah.

Mozilla Firefox : Aku jarang buka Firefox melainkan aku buka akaun Ebay ataupun ketika mencari sesuatu yang ingin aku download sampai muntah.

ACDsee Pro 3 : Aku menggunakannya untuk melihat picture yang aku download dan simpan. Kerana ianya mampu manage kebanyakkan format gambar. Ia boleh digunakan untuk edit dan crop serta melakukan beberapa kerja yang ringan. Selain daripada itu, aku turut menggunakan Gimp 2.6 untuk proses editting.

iMesh : tempat aku download lagu dan mp3 yang aku minat. iMesh juga menjadi tempat untuk aku memainkan lagu dan movie. Kadang-kala aku turut chatting di sini.

Jdownloader : Aplikasi yang aku guna untuk download software dan movie dengan membelakangi rapidshare dan sebagainya. Menggunakan jdownloader membolehkan aku tidak memerlukan penggunakan akaun Premium Rapidsahre dan sebagainya yang berkaitan.

 Aku menggunakan Antivirus Microsoft Security Essentials bersama Comodo Firewall. Ianya tidak memberatkan desktop aku ini. Untuk menambah optimus kelancaran desktop aku ini, aku menggunakan software TuneUp Utilities.

Untuk pengetahuan korang, rupa desktop netbook (menggunakan Windows XP) yang aku bagi kepada anak sulung aku menggunakan kaedah yang sama iaitu kosong tanpa ada shortcut aplikasi. Cuma netbook milik isteri yang menggunakan Windows 7 Starter sahaja rupa dekstopnya tidak berubah settingnya kerana Windows 7 Starter tidak dilengkapi fungsi Theme.

 

 Korang boleh tengok peserta lain bersama desktop diaorang yang cun melecun kat sini

Post Popularity 46.28%  
Popularity Breakdown
Views 9.8%  
Comments 82.76%  

Comments

Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop — 48 Comments

  1. Pingback: The 2010 Show Me Your Desktop Contest Participants List. | Anwar's BlogShop

    • picture bunga tu akan bertukar setiap 10minit.
      satu cara lagi yg senang, buat quick shortcut icon kat menu, senang nak klik terus tanpa shortcut lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge