Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tahun lepas (sebenarnya minggu lepas) aku berkesempatan bawa isteri aku makan tengahhari di luar memandangkan ibu bapa aku pulang ke kampung halaman di Sungai Manik bersama Ladfe Ali Ridha.
Ada satu restoran yang dah lama aku target jika aku berkesempatan bersama-sama isteri aku, makan tengahhari di luar.
Nama restoran tersebut adalah Restoran Tasik Raban. Restoran ini terletak berhampiran Stadium Perak dan Stadium Hoki Sultan Azlan Shah (dalam kawasan komplek sukan).
Apa yang menarik tentang restoran ini? Restoran ini menghidangkan juadah makan tengahhari dengan menyediakan pelbagai jenis lauk masakan kampung. Antara lauk yang sempat aku jenguk-jenguk adalah:
- ikan bakar air tawar, paling aku perasan adalah ikan talapia, baung dan ikan ikan keli.
- pelbagai sayur-sayuran masak lemak tempoyak. antara yang aku perasan pucuk paku masak lemak tempoyak, pucku ubi masak tempoyak, nangka masak lemak.
- pelbagai ikan pekasam, ikan masin dan ikan goreng.
- pelabgai ulam ulaman.
- perbagai lagi lauk masakan kampung seperti gulai telur, kurma daging.
Jika makan di sini perlu cepat, seawal pukul 11 pagi mesti sudah ada. Masa aku datang di sini sekitar 1.30 petang, hampir semua sayur masak lemak sudah tinggal kuah.
Aku tidak snap picture, cuma picture apa yang aku makan sahaja jadi rujukan untuk korang
Lauk yang aku ambil ialah Ulam Pucuk Gajus, Sambal Ikan Bilis, Sambal Tempoyak dan Kurma Daging. Sebenarnya adalah lauk kegemaran aku kat mana-manapun terutamanya lauk kurma.
Isteri aku memilih lauk Ikan keli Bakar bersama Sambal, Sayur Nangka Masak Lemak.
Aku memilih air kopi o manakala isteri memilih milo ais.
Memandangkan aku tidak snap picture yang lain, korang boleh rujuk kat blog berikut iatu blog yang ini serta blog yang ini juga untuk melihat menu lauk yang lain.
Cuma aku nak bagitau, restoran ini memang menjadi kunjungan ramai termasuklah hari ahad. Ianya kurang sesuai untuk dijadikan tempat lepak-lepak. Kalau korang ke Ipoh, bolehlah makan-makan di sini dan jangan lupa untuk inform kat Puan Suri Cahayacinta. Manatau, nanti dia yang akan belanja.
↓




wah..kebetulan tengok gambar tu tengah hari..terus rasa lapar nih
@etomyam,
kena cepat2 singgah kedai makan ni
perghhhh!!! telioq sungguh ni adussss…mlm2 cenggini pulak..ujan renyai pulak tuh mana mau cari..kalo ada bini bleh suh bini masak..ni bini pun xde huhuhu
kena masak kat kedai la jawabnya ataupun belajar masak
Tengok je dah tau sedap. Patutlah cepat sold out.
@RozaniGhani,
memang restoran ni ibarat kantin sekolah di waktu rehat. padat dan sesak
Ni yang aku malas nak masuk sini di waktu malam…
dah dua kali dah aku kena macam ni kat blog kau MIr.. ari tu kat Alissara taksilap aku …:D
Ps : mana nak cari makan ni …
dnoBiz menulisPelakon Faizal Yusuf – Faizal Yusuf Meninggal dunia akibat serangan jantung Gambar-video
@dnoBiz,
sorrylah bro.
entri ditulis tanpa mengira masa dan waktu.
@ladfeamir, Aku dah tukar waktu melawat blog ni heheheh :D
dnoBiz menulisBila Bapa Bangap – Mungkin dia hanya pandai Buat
tak pasal-pasal pagi-pagi buta,aku kena jadi tukang masak kat dapur – tak boleh tahan maaa !
@sangilapi,
masak apa di waktu dinihari? maggi ke?
ulam dgn sambal tempoyak tu yg tak tahan..he
bro, sambal belacan tak makan?
@tengkorak emas,
mmg tak tahan bila tgk ulam2an tu.
aku lbh suka sambal tempoyak jika ada.
selamat tahun baru 2011 bro :D
@tengkorak emas,
selamat tahun baru juga. semoga azam tahun lepas berjaya dicapai
Maskan lauk kampung selalu buat aku kecur air liur…
@adamfaiz,
ada antara lauk di situ, tidak terdapat di tempat lain
Disebabkan antry kau ni petang tadi aku singgak kat nasik Ulam di KB :D
Ps :sesi balas dendam
dnoBiz menulisYang terbaik BagiMu – Kepada Pengulas Yang terbaik
@dnoBiz,
wah..macam menarik tu. nanti boleh kasi review kat situ lak
@ladfeamir,
Tak sempat nak ambil gambar pun Mir…
nampak je nasik ngan Ulam terus lupa dunia hahaha
dnoBiz menulisMancester United – Alex Ferguson Berminat melamar Khairul Fahmi
Alahai… Laparnye perut nengok lauk2 menyelerakan nih… nasik3…ngee..
@deCrewz,
jgn paksa diri jika lapar. sebat aje apa yg patut
stadium perak
aku rasa pernah lalu.
tapi tak singgah la.
Selamat tahun baru 2011.
@Ali ridha, aku pernah singgah dan makan….
zik menulisTransformasi zikrihusainicom 2011
jauh tak Restoran Tasik Raban dengan
stadium indera mulia ipoh.
@Ali ridha,
dekat aje. jalan kali pun boleh
ulam kenduri bulan Dec 2010.
terlepas aku nak makan.
kena cari restoran tasik raban.
minta kak suri belanjakan.
@Ali ridha, dah pernah jumpa ker..hehe..
zik menulisTransformasi zikrihusainicom 2011
nanti ada masa aku
pergi Ipoh.saya ni orang Taiping.
@Ali ridha,
InsyaAllah..pasti berkesempatan untuk pergi
layan th makan2 macam nie..sekali -sekala bersama keluarga.. apa salahnya… mengeratkan hubungan sesama isteri dan anak2…
zik menulisTransformasi zikrihusainicom 2011
@zik,
betul tu bro. sesekali bila ada masa tak rugi bawa mereka menjamah makan di luar.
Aku baru tengok sikit jedah terbuka nafsu makan.. mantap!
@samdaddycool,
kalu pergi betul2..lagi terbuka nafsu untuk try lauk itu ini
fuh…gambar tu buat aku tak keruan… menggoda betl…
@intankuterpilih,
ada 2 pilihan..
masak sendiri lauk tu
atau cari di kedai makan berhampiran jika ada
hehe..lama tak makan makanan macam tu..
cikgufaezah menulisHeadache always attack me everyday
mai ramai2 makan kat tasik raban ipoh..cawangan nye kat station 18,blakang tesco je…kat lenggong pun ade jgk cawangan tasik raban..mcm2 lauk ade..kat tasik raban mcm2 lauk ade..ayam bakar..ikan bakar..ulam-ulaman..pekasam..lauk2 kampung..mcm2 lg…