Makan-makan Di Restoran Tasik Raban Ipoh

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahun lepas (sebenarnya minggu lepas) aku berkesempatan bawa isteri aku makan tengahhari di luar memandangkan ibu bapa aku pulang ke kampung halaman di Sungai Manik bersama Ladfe Ali Ridha.

Ada satu restoran yang dah lama aku target jika aku berkesempatan bersama-sama isteri aku, makan tengahhari di luar.

Nama restoran tersebut adalah Restoran Tasik Raban. Restoran ini terletak berhampiran Stadium Perak  dan Stadium Hoki Sultan Azlan Shah (dalam kawasan komplek sukan).

Apa yang menarik tentang restoran ini? Restoran ini menghidangkan juadah makan tengahhari dengan menyediakan pelbagai jenis lauk masakan kampung. Antara lauk yang sempat aku jenguk-jenguk adalah:

- ikan bakar air tawar, paling aku perasan adalah ikan talapia, baung dan ikan ikan keli.

- pelbagai sayur-sayuran masak lemak tempoyak. antara yang aku perasan pucuk paku masak lemak tempoyak, pucku ubi masak tempoyak, nangka masak lemak.

- pelbagai ikan pekasam, ikan masin dan ikan goreng.

- pelabgai ulam ulaman.

- perbagai lagi lauk masakan kampung seperti gulai telur, kurma daging.

 

Jika makan di sini perlu cepat, seawal pukul 11 pagi mesti sudah ada. Masa aku datang di sini sekitar 1.30 petang, hampir semua sayur masak lemak sudah tinggal kuah.

Aku tidak snap picture, cuma picture apa yang aku makan sahaja  jadi rujukan untuk korang

 

Makan-makan Di Restoran Tasik Raban Ipoh

Lauk yang aku ambil ialah Ulam Pucuk Gajus, Sambal Ikan Bilis, Sambal Tempoyak dan Kurma Daging. Sebenarnya adalah lauk kegemaran aku kat mana-manapun terutamanya lauk kurma.

 

Makan-makan Di Restoran Tasik Raban Ipoh

Isteri aku memilih lauk Ikan keli Bakar bersama Sambal, Sayur Nangka Masak Lemak.

Aku memilih air kopi o manakala isteri memilih milo ais.

Memandangkan aku tidak snap picture yang lain, korang boleh rujuk kat blog berikut iatu blog yang ini serta blog yang ini juga untuk melihat menu lauk yang lain.

Cuma aku nak bagitau, restoran ini memang menjadi kunjungan ramai termasuklah hari ahad. Ianya kurang sesuai untuk dijadikan tempat lepak-lepak. Kalau korang ke Ipoh, bolehlah makan-makan di sini dan jangan lupa untuk inform kat Puan Suri Cahayacinta. Manatau, nanti dia yang akan belanja.

Post Popularity 47.73%  
Popularity Breakdown
Views 29.93%  
Comments 65.52%  

Comments

Makan-makan Di Restoran Tasik Raban Ipoh — 38 Comments

  1. mai ramai2 makan kat tasik raban ipoh..cawangan nye kat station 18,blakang tesco je…kat lenggong pun ade jgk cawangan tasik raban..mcm2 lauk ade..kat tasik raban mcm2 lauk ade..ayam bakar..ikan bakar..ulam-ulaman..pekasam..lauk2 kampung..mcm2 lg…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge