Aku Dapat Masuk Universiti Malaya

 

assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku Dapat Masuk Universiti Malaya (picture kredit to http://khalilullah.comze.com/)

Aku nak kongsi berita baik pada hari ni, aku dapat masuk Universiti Malaya. Memang aku teruja sangat dapat peluang macam ni. Maklumlah umur aku dah semakin lanjut, anak pun dah masuk dua orang barulah aku berpeluang masuk Universiti Malaya.

Bukan senang untuk seseorang itu dapat masuk ke Universiti Malaya melainkan mereka yang terpilih untuk menyambung pelajaran di situ. Sapa yang tidak teringin masuk Universiti Malaya memang tahap sakit kronik barangkali. Universiti Malaya memang diakui sebagai unversiti terbaik di Malaysia.

Keputusan peperiksaan SPMV aku pada tahun 1992 tidaklah bagus sangat tapi aku berpeluang melanjutkan pelajaran di Politeknik Ungku Omar kemudian Universiti Teknologi Malaysia. Keinginan untuk menyambung ke peringkat ijazah masih lagi terbantut sehingga kini. aku dah rasa malas nak sambung belajar.

Peluang masuk ke Universiti Malaya sebenarnya menimbulkan kembali keinginan untuk aku menyambung pengajian, tapi entah bila aku belum buat keputusan lagi.

Sebenarnya korang jangan tertipu dengan cerita aku ini. Memanglah aku berpeluang masuk ke Universiti Malaya pada waktu pagi tadi, tetapi cuma sekadar menemani isteri tersayang aku  menghadiri taklimat UMCEED ( University of Malaya Centre For Continuing Education).

Balik berkerja shift malam, aku terus menemani isteri aku yang sebenarnya kepingin untuk melanjutkan pelajaran. Waktu dia mendengar taklimat, aku singgah di Kafe di bawah hostel pelajar Universiti Malaya. Aku minum Kopi Jantan untuk menghilangkan rasa mengantuk walaupun aku memang sudah tertidur tersengguk-senguk di situ.

Tak cukup dengan itu, aku berjaya melepaskan hajat aku di situ. Tiba-tiba pula sakit perut.

Itulah cerita yang sebenarnya. Jangan marah ye. Aku tidak dapat snap gambar kerana handphone cikai aku kehabisan baterinya. Curi picture kat google aje.

 

 

Post Popularity 25.05%  
Popularity Breakdown
Views 17.34%  
Comments 32.76%  

Comments

Aku Dapat Masuk Universiti Malaya — 19 Comments

    • @tengkorak emas,
      ikutkan ni kali ke2 aku berpeluang ke UM. dulu2 masa masih belajar, ada rakan sehostel yg study di UM. dia bawak rakan2 sehostel ke karnival UM masa konvo UM

      teruja dapat melangkah semula ke situ

    • @PakarBuahPinggang,
      w’salam
      insyaAllah. mmg keinginan nak smb belajar ada lagi. tapi biarlah wife dulu smb belajar.

      aku cuma smb belajar mcmmana nak menjaga blog dgn betul je

  1. Pingback: Bergelar Mahasiswi Universiti Malaya |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge