Terlebih Pandai Atau Memandai-mandai

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Terlebih Pandai Atau Memandai-mandai

Korang yang biasa melawat blog aku tentu perasan akan perubahan ketara pada Theme baru yang aku gunakan. Ikutkan aku, aku memang sayangkan theme yang sebelum ini sebab ianya nampak berbeza berbanding theme rakan-rakan yang lain.

Pun begitu, disebabkan aku terlebih pandai ataupun memandai-mandai cuba mengolah dan menokok tambah ‘arahan’ pada editor theme, menyebabkan setting terus lari. Tambah tak best, aku memang tidak safe ‘arahan; yang asal.

Kesan yang paling ketara ialah, ruangan komen sudah hilang daripada pandangan mata semua orang. Namun disebabkan aku terlebih pandai serta memandai-mandai, aku install theme yang lain yang InsyaAllah tetap menarik di mata aku.

Aku sebenarnya menitik beratkan theme yang mampu diubah header, backgound dengan mudah. Tak perlu nak edit kembali pada theme template yang disediakan. Jadi kerja menukar header dan warna backgound akan menjadi lebih mudah dan ringkas.Satu lagi ,aku suka theme yang nampak simple di mata aku. Pada mata korang aku tidak pastilah, korang nampak menarik ke atau tidak theme ini.

Theme ini diberi nama Third Style, ia adalah upgrade daripada theme Twenty Ten. Jika korang tidak pandai untuk buat header sendiri, theme ini menyediakan gambar header yang menarik untuk dicuba.

Seminggu dua ini aku agak sibuk dan terlebih pandai sambil memandai-mandai memberikan nasihat kepada rakan-rakan Facebook dan iMesh. Ia memang tidak dipinta oleh mereka. Namun ada di kalangan mereka yang putus cinta atau kebosanan, lalu memerlukan rakan sembang. Pun begitu, dunia chatting adalah dunia yang membosankan untuk aku. Maka aku kembali semula melawat blog rakan-rakan yang aku tinggalkan di tepi.

Namun realitinya, aku memang suka mencuba-cuba lebih-lebih lagi jika ianya masuk dalam perkara yang aku minat. Terlebih pandai atau sebaliknya, memandai-mandai buat ataupun tidak bukan agenda utama. Paling penting ada semangat untuk mencuba. Aku bukanlah manusia yang cuma pandai bercakap dan komplain orang lain, tetapi aku suka memerhati dan mencuba. Kekurangan orang lain boleh dijadikan batas dan pengajaran untuk aku terus melangkah ke depan. InsyaAllah

 

 

Share

Berani Tak Beli Google Nexus Samsung S

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Smartphone Google Nexus Samsung S 

 

Google Nexus Samsung S (Samsung GT-I9020T)adalah smartphone hasil kerjasama antara Google dan juga Samsung. Ini adalah Nexus generasi kedua selepas pada tahun 2010, Google bekerjasama dengan HTC untuk menghasilkan Google Nexus One (HTC Passion). Ini sememangnya smartphone yang berjenama Google.

Yang menarik tentang smartphone Google Nexus Samsung S ini adalah ia dipasang dengan sistem Android 2.3 Gingerbread. Smartphone ini adalah antara smartphone terawal yang menggunakan sistem Android 2.3 selain Sony Ericsson Xperia Arc yang masih belum berada di pasaran.

Ia juga dilengkapi dengan 1 GHz ARM Cortex-A8 processor, PowerVR SGX540 GPU, Hummingbird chipset , Skrin Sentuh seluas 4 inci Super AMOLED WVGA , kamera 5.0MP, video 3G, komunikasi jarak dekat (NFC) dan juga memori dalaman 16GB.

Kamera belakang 5.0MP menyokong auto fokus dan juga memiliki lampu flash LED. Walaubagaimana pun ianya tidak menyokong rakaman video HD.

Berikut adalah spesifikasi Smartphone Google Nexus Samsung S yang diambil daripada laman web Maxis Malaysia.

General
2G Network : GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network : HSDPA 900 / 1700 / 2100
Announced : 2010, December
Status : Available. Released 2010, December
Size
Dimensions : 123.9 x 63 x 10.9 mm
Weight : 129 g
Display
Type : Super LCD capacitive touchscreen, 16M colors
Size : 480 x 800 pixels, 4.0 inches
- Oleophobic surface
- Contour Display with curved glass screen
- Multi-touch input method
- Accelerometer sensor for UI auto-rotate
- Touch-sensitive controls
- Proximity sensor for auto turn-off
- Three-axis gyro sensor
Sound
Alert types : Vibration; MP3, WAV ringtones
Speakerphone : Yes
- 3.5 mm audio jack
Memory
Phonebook : Practically unlimited entries and elds, Photocall
Call records : Practically unlimited
Internal : 16GB storage, 512 MB RAM
Card slot : No
Data
GPRS : Yes
EDGE : Yes
3G : HSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLAN : Wi-Fi 802.11 b/g/n, DLNA
Bluetooth : Yes, v2.1 with A2DP
Infrared port : No
USB : Yes, v2.0 microUSB
Camera
Primary : 5MP, 2560 x 1920 pixels, autofocus, LED ash
Features : Geo-tagging, touch focus
Video : Yes, WVGA@30fps
Secondary : Yes, VGA
Features
OS : Android OS, v2.3 Gingerbread
CPU : 1 GHz ARM Cortex-A8 processor, PowerVR SGX540 GPU,
Hummingbird chipset
Messaging : SMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM, RSS
Browser : HTML
Radio : No
Games : Yes
Colours : Black
GPS : Yes, with A-GPS support
Java : Via third party application
- Social networking integration
- Digital compass
- MP4/DivX/WMV/H.264/H.263 player
- MP3/WAV/eAAC+/AC3/FLAC player
- Organizer
- Image/video editor
- Document editor (Word, Excel, PowerPoint, PDF)
- Google Search, Maps, Gmail, YouTube, Calendar,
Google Talk, Picasa integration
- Flash Player v10.1
- Voice memo/dial/commands
- Predictive text input
- Near Field Communications
Battery
Type : Standard battery, Li-Ion 1500mAh
Stand-by : Up to 713 h (2G) / Up to 428 h (3G)
Talk time : Up to 14 h (2G) / Up to 6 h 40 min (3G

Smartphone ini sudah berada di pasaran Malaysia dengan Maxis menjadi pengedarnya setakat ini. Jika ditanya pendapat aku sama ada ianya berbaloi untuk dimiliki, jawapan aku ada dua

1) Berbaloi jika korang inginkan smartphone canggih dengan aplikasi terkini serta kemudahan lain yang jauh lebih lengkap berbanding smartphone lain yang berada di pasaran. Waktu bercakap dan menunggunya juga lebih lama.

2) Tidak berbolai jika korang mengutamakan fungsi kamera dan video. Smartphone ini hanya dilengkapi kamera 5.0MP dan hanya mampu merakam video tahap biasa tanpa HD. Harga rasminya juga mahal iaitu sekitar rm2400

Selebihnya sila rujuk di laman web Maxis untuk keterangan lebih lanjut

Macammana? Korang berani tak beli Smartphone Google Nexus Samsung S ini? Jawablah kalau berani.

Share

Dahulu Tak Ada Facebook

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dahulu Tak Ada Facebook

Kesempatan yang aku boleh ambil waktu kilang tempat aku bekerja shutdown adalah update blog serta buat blogwalking. Tidak lupa juga untuk mengemas rumah (tapi nanti-nanti baru aku buat).

Ada satu kenangan yang aku ingat watu zaman remaja dulu. Ketika itu hormon mengatal dan waktu ‘cukup umur’ telah melanda diri aku. Waktu ini adalah masa aku mula-mula nak mengatal mengacau anak dara orang. Dah cukup umurkan.

Sekitar tahun 1991, aku ada jiran yang cantik orangnya. Tapi kira tahap kakak lah. Sudah punya anak sorang. Walaupun si kakak ini sudah 20an usianya, aku memang tertarik hati dengan wajahnya yang cantik itu. Jiran aku ini juga ada seorang lagi adik perempuan yang jugga melebihi usia aku. Penampilannya agak ‘tomboy’ sikit, tapi masih ada kecantikan yang terserlah padanya.

Tapi ini bukan isu yang aku ingin pertengahkan. Bukan mereka yang buat aku terpaut hati.

Rupanya jiran aku ini ada lagi seorang adik perempuan yang lebih kurang sebaya usianya dengan aku. Yang ini memang aku jatuh hati terus. Kelibatannya hanya ada apabila cuti sekolah panjang bermula.

Selepas solat asar, aku kebiasaannya akan berada di luar halaman rumah. Ketika ini juga gadis manis ini akan keluar sama sambil mendukung anak saudaranya.

Rumah jiran dan rumah ibu bapa aku selang 2 biji rumah, tetapi aku memang perasan gadis manis ini akan usha ke arah aku. Aku pun usha samalah. Apa lagi nak buat kan. Sesekali kami akan duduk mengadap satu sama lain walaupun rumah berselang beberapa rumah. Gadis manis ini kelihatan berbual dengan anak saudaranya sambil kadang kala menuding jari ke arah aku.

Aku memang tertarik hati padanya tetapi aku memang tidak berani untuk menghampirinya. Takut kantoi dengan kakaknya ataupun kantoi dengan ahli keluarga aku yang lain. Jadi aku simpan ajelah perasaan ingin mengenalinya sepanjang hidup aku. Walaupun ada respon yang baik punya daripada si gadis manis, aku gagal memanafaatkannya sebaik mungkin.

Last sekali, jiran aku ini berpindah rumah ke tempat lain. Sejak itu aku tidak pernah lagi melihatnya di mana-mana. Walaupun ada kenangan untuk diingati, tetapi aku dah lupalah wajah manis si gadis manis ini.

Dahulu tidak ada facebook , tidak ada juga handphone, tidak ada mirc, tidak ada twitter. Waktu dan kesempatan baik untuk berhubung hanyalah menggunakan warkah sahaja. Disebabkan rasa takut dan segan untuk mencuba nasib. Gadis manis ini nyatalah bukan hak milik aku.

Tapi syukurlah, rasa takut untuk mencuba sudah pun hilang semasa aku meluahkan isi hati aku kepada isteri aku. Nyatalah ini yang terbaik sebenarnya untuk aku. Kenangan baik untuk dijadikan pengalaman yang berguna, bukannya dijadikan beban untuk gagal ke peringkat seterusnya.

Share