Nabi Musa a.s Dan Syukur

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Syukur - picture kredit to http://se1saat.blogspot.com

Berikut adalah kisah Nabi Musa a.s bersama umatnya yang berbeza pendapat tentang erti syukur. Ia juga mengajar kita cara yang mudah untuk menjadi seorang yang kaya raya.

 

Nabi Musa a.s dalam perjalanan untuk mengadap Allah swt yang dirindui. Namun dalam perjalanan ke Gunung Tursina, baginda ditahan oleh seorang umatnya yang sangat miskin. Umatnya yang miskin ini merayu simpati agar Nabi Musa a.s sudi mendoakan dan mengadu kepada Allah swt akan kesusahan hidup yang di hadapinya.

Nabi Musa a.s hanya tersenyum lalu menjawab,

 

"Hendaklah kamu sentiasa bersyukur kepada Allah setiap masa. Kesenangan akan datang jua akhirnya"

 

Umatnya yang miskin marah dengan cadangan baginda. Mana mungkin dia bersyukur kepada Allah swt. Allah tidak pernah memberikannya kesenangan dan kekayaan yang dinginkan dan diidamkan. Allah seolah-olah tidak berlaku adil kepadanya (Umat yang miskin). Akhirnya si Miskin tadi berlalu begitu sahaja.

 

Pada hari yang lain sewaktu baginda ingin mengadap berbicara dengan Allah swt, baginda ditahan pula oleh seorang umatnya yang kaya raya. Namun si Kaya ini sudah merasai kebosanan menjadi orang kaya. Beliau meminta simpati agar Nabi Musa a.s sudilah berdoa dan mengadu kepada Allah swt agar beliau (si Kaya) menjadi miskin.

Nabi Musa hanya tersenyum lalu menjawab,

 

"Jangan sesekali kamu bersyukur lagi kepada Allah swt. Ianya sudah tidak bermanafaat untuk kamu"

 

Terkejut umatnya yang kaya raya itu. Mana mungkin si Kaya tidak bersyukur kepada Allah swt. Bukankah Allah yang menganugerahkan kekayaan dan kesenangan hidup untuknya. Bukahkah Allah yang memberikan dan menjadikan impiannya satu kenyataan. Akhirnya si Kaya tadi berlalu begitu sahaja dengan nada kecewa lantaran Nabi Musa a.s tidak mahu membantunya.

 

Apa yang terjadi seterusnya ialah…

1) Umat Nabi Musa a.s yang miskin menjadi papa kedana miskin pada tahap yang paling kritikal. Ini kerana dia tidak pernah mengucapkan rasa SYUKUR kepada Allah atas apa juga sebab. Dia melupakan Allah dan menjauhkan diri dari Allah serta menyalahkan Allah.

Maka Allah menambah kemiskinannya dan melupakannya.

2) Umat Nabi Musa a.s yang kaya menjadi bertambah kaya raya dengan harta bendanya serta anak pinak. Ini kerana beliau tidak lupa untuk mengucapkan rasa SYUKUR kepada Allah atas apa juga sebab. Dia sering mengingati Allah dan berterima kasih kepada Allah.

Maka Allah menambah kekayaan dan menjadikannya kekasih Allah.

 

 

wallahualam

 

Post Popularity 19.38%  
Popularity Breakdown
Views 16.34%  
Comments 22.41%  

Comments

Nabi Musa a.s Dan Syukur — 13 Comments

  1. Pingback: Rahsia Panjang Umur |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge