Setelah Lebih Satu Dekad…

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Aku mengenal DIa sekitar tahun 96/97. Waktu itu DIA masih menuntut di sekolah. Aku mengenalinya selepas membaca artikel Taman Negara nukilannya  dalam majalah Remaja tahun 96.

DIA sudi menerima aku sebagai sahabat. Kami berbalas surat bahkan saling bertukar gambar. Zaman itu internet belum lagi menjadi keperluan. Aku ketika itu masih menuntut di UTMKL dan tinggal di ASRAPOL.

Gambarnya memang menjadi pendorong untuk aku. Tak segan silu aku memang meletak gambarnya di atas meja sebagai penguat semangat. Ketika itu aku memang gembira dapat sahabat sepertinya. DIA ketika itu samalah statusnya dengan anak dara Puan Hasnidah, si Ustazah Cun ketika ini.

 

 

Namun hubungan itu terputus tiba-tiba. Ianya langsung tidak dikemaskini. Walaupun aku mengingatinya, aku gagal untuk menghubunginya. Alamatnya dan surat-suratnya sudah hilang entah ke mana. Cuma ada beberapa keping gambar yang berada di tangan aku sekian lama (juga kini telah hilang). Gambarnya yang berposing dengan kimono serta berpakaian pengawas sekolah.

Jujur aku katakan, ada masanya aku memang mengingatinya walaupun ketika itu aku sudah punya orang yang tersayang. Aku tertanya-tanya di manakah gerangannya sahabat aku ini menghilangkan diri.

Namun setelah lebih satu dekad, petang tadi aku mendapat ‘permintaan rakan’di facebook. Namanya memang sangat aku kenali. Tiada duanya nama ini dalam hati aku. Siapa lagi jika bukan sahabat aku yang manis ini. Anehnya, aku mencarinya sebelum ini tetapi tidak bertemu, tetapi dia yang menemui aku dulu.

Kamu memang sahabat saya dulu. Juga kini dan sampai bila-bila. Semoga kamu sentiasa bahagia dengan kehidupan kamu sekarang. InsyaAllah.

jika korang nak tahu siapa Dia yang aku maksudkan. Kenal-kenal DIA di blognya di sini

Post Popularity 19.12%  
Popularity Breakdown
Views 10.64%  
Comments 27.59%  

Comments

Setelah Lebih Satu Dekad… — 16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge