Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam selepas aku pulang dari tempat kerja, aku sampai di rumah sekitar pukul 8 malam. Sibuk-sibuk ingin membersihkan diri dan solat, Buliten Utama mendedahkan satu lagi berita panas iaitu video lucah salah seorang pemimpin pembangkang.
Ketika itu aku cuma mengagak sahaja akan gerangan pemimpin tersebut kerana Buletin Utama tidak menyebut namanya secara khusus. Tetapi selepas aku menyendel-yendel dengan pakcik Google, begitu cepat pakcik Google memberikan jawapan kepada aku.
Realitinya aku pun sudah bosan dengan perkembangan irama politik di negara kita. Satu pihak merasa difitnah, satu pihak lagi menafikannya.
Memang satu lagi drama sedang dipersembahkan untuk semua rakyat Malaysia
Arus media perdana juga hanya condong kepada satu pihak menyebabkan kita semua tidak mendapat sumber jawapan yang betul dan tepat melainkan setelah bertanya kepada pakcik Google. Itupun akan menambah kekusutan dan kebingungan.
Kenapalah idealogi politik di negara kita semakin membosankan dan merimaskan….
Di sini aku tidak mahu menyokong sesiapa pun hatta si pemimpin negara mahupun pemimpin pembangkang. Cuma aku nak meluahkan pendapat aku sedikit tentang isu yang berkaitan. Sekadar pendapat aku..ok
1) Isu panas ini timbul bila si Ketua Pembangkang ini tidak mahu menyerahkan DNA nya untuk dianalisis untuk dijadikan bahan bukti kes Liwat. Kononnya satu lagi kospirasi untuk menjatuhkan beliau setelah kes Liwat nampaknya sudah nampak seperti beliau tidak bersalah.
2) Isu Lelaki Y masih lagi menimbulkan tanda tanya dan ramai pihak berkeras dan memaksa Ketua Pemimpin Pembangkang ini menyerahkan DNA nya. Isu panas iaitu rakaman video seks ini akan mengalih perhatian rakyat sedikit sebanyak daripada terus mencetuskan isu DNA.
3) Pihak mana yang cuba mengalihkan cerita lama ke cerita baru. Allah sahaja yang mengetahui. Seperti biasa, memang berlaku penafian di kedua-dua sudut samaada pihak kerajaan mahupun pihak yang dituduh.
3) Kisah ini berlaku pada 21 Februari yang lalu. Jika dikira pada tarikh, ianya sudah cukup sebulan. Dalam masa sebulan, banyak perkara yang boleh diubah serta di edit. begitu jugalah dengan video lucah ini.
Samaada ianya satu rancangan jahat untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang tersebut ataupun pihak pembangkang yang mencipta viedo ini untuk tujuan pengalihan dan mencari simpati yang paling pasti ianya satu teknik yang memalukan dan mendukacitakan.
Ianya seolah-olah menjadi tugasan untuk program Gelanggang Raja Lawak. Jika anda suka cerita ini, anda boleh mengundi. (begitulah lebih kurang maksudnya). Jika tidak suka cerita ini, anda boleh undi pihak lain.
4) Asal ada pilihan raya, akan ada cerita baru yang mengemparkan berkaitan si Pemimpin Pembangkang tersebut. Aku malas nak tahu siapa yang betul atau tidak. Yang pastinya, aku dah bosan dengan isu-isu sebegini. arilah topik lain pulak korang oit…
5) siapa yang betul atau salah, bukanlah sesuatu yang penting dalam hidup aku. Biasalah, mana-mana negara pun pasti ada pembangkang. Tiada pembangkang, hidup ini tidak syok. Betul tak?
Ironiknya, isu politik di negara kita seolah-olah sudah tiada lagi isu yang boleh dijaja selain isu mengaibkan pemimpin lain (sebenarnya kerajaan dan pembangkang pun sama).
Samalah dengan media. Kalau isu sebegini..cepat korang update ye.
Itu lebih kurang pendapat aku yang semakin bosan, rimas dan meluat dengan suasana politik sekarang ini. Sapa yang salah dan betul, bukan perkara penting dalam hidup aku. Bukannya drama politik macam ini yang aku nak ambil tahu.
Keutamaan aku sekarang adalah lebih menumpukan perhatian mencari rezeki pemberian Allah dalam suasana yang semakin mencabar dan memakin membuatkan aku tersepit.
Harga barangan semakin naik. Ayam naik, ikan naik , susu naik, minyak akan naik, bil api akan naik, tol akan naik juga..semuanya naik. Apa yang turun?
Golongan mana pun yang jadi pemerintah. Ingatlah, negara kita kaya dengan minyak dan gas asli, kenapa kita tidak semewah negara-negara di Teluk. Kenapa kita semakin kelihatan miskin? Jawablah kalau korang berani…


selagi pemimpin ini tidak rebah kalah, semakin byk cubaan utk menjatuhkan beliau..
@adele, macam2 kan..nak cari yg terbaik tapi tak semua org blh lakukan yng terbaik utk sesebuh ngra huuu..
@suri,
politik tetap ada di mana2 serta tak kira zaman.
@adele,
mungkin pemimpin ni terlalu banyak rahsia yg sgt2 berbahaya jika dibongkarkan.
setujuu..smalam buletin utama tv3 bertubi2 siar crita ni..pasal bonda AGONG mangkat buat x penting plak..langsung x hormat intitusi raja..
@jimie86,
betul tu. di sebabkan aku sibuk ngan urusan aku ..curi2 tgk berita. sebenarnya, aku puntak tahu bonda Agung mangkat. keesokkannya baru tahu
politik dan perselisihan itu sebenarnya boleh bawa rahmat dan perubahan serta muhasabah ke atas mana2 pemimpin..
tapi malangnya politik kotor berleluasa..
@tengkorak emas,
politik ni umpama peperangan. pasti ada yg menang dan kalah.
tp..teknik kotor tu lah yg paling kita tak suka nak dgr
semakin jemu dengan kes-kes begini.. tak habis-habis
@Mus, suri rasa bgtu…baik kita jaga diri kita..klga kita bro mus tu kagi baguh!
@Mus,
mmg betul Mus. sejak aku masih belajar smplah dah eranak pinak. tak habis2 ngan isu boring sebegini
ada juga mendegar..rasa muak dgr khbar begini..
dunia plitik seolah di pandang cam dunia utk megejar pangkat dan darjat..
@suri,
politik mmg macamtu. akan wujud smp bila2. cuma topik yg dibicarakan adalah topik yang membuat kita muak dan bosan
apalah ada pada fintah sb ia tak mmpu mendatangkan apa2..
kembali padaNya.. SELAGI PINTU MASH TERBUKA..
@suri,
dah malas nak layan cite mcmni.dah boring la
Cerita ahli politik bercakaran ibarat cerita ketam didalam tong. Bila ada ketam lain hendak keluar tong ada ketam lain menarik ketam tadi supaya jatuh didalam tong
@akubiomed,
itu memang sudah kemestian. mana boleh tgk lawan menang dengan mudah. mesti kena timbulkan cabaran yg sengal
drama king betul lah.. memang dah tak tengok berita tv3 pun… ban2!!!
@Zik,
berita di tV3 memang kejam.. ikutkan aku kalu cite politik je..mmg aku tukar. paper perdana pun sama..semuanya sokong satu puak je
@Zik, haha… aku pun dah jarang tgk berita kat tv… :-)
blogwalking je…
adus.. saya pun x peduli..
@donny,
aku tak kisah apa pun isu…
@donny, Yang pasti tak pedulu bukan bemaksud tak tahu.. betul tak Don :D
Walau pun hang bosan.. hang tetap baca juga psl politik kan? That’s good. In the end kita kena buat pilihan juga nak undi sapa atau tak undi langsung. Cuba ambik yg positif dari semua yg berlaku… sure ada.. :D
@Ismail N,
mmg betul bro.tetap kena ambil tahu gak. walaupun meluat ngan isu pasal salah laku ni.
tapi pilihan aku kalu mengundi telah ditetapkan sama sejak dulu lagi
Yang pasti banyak kemungkinan…
tunggu dan lihat, nilai dan pilih…
Aku masih belum dapat buat keputusan selagi tak tengok sambungan drama bersiri ni….
Ps : adakah kita dah terpilih ahli Politik untuk jadi wakil rakyat ????? sapa nak jawab :D
@dnoBiz,
politik tetap politik. tipu muslihat tu mmg dah lumrah. tapi aku menolak budaya seks dalam budaya politik ni
bila difikirkan,rasa jijik pun ada dengan politik kat Malaysia ni..kotor yg teramat2..
@khairolghani,
inilah perkara yg sememangnya memalukan tambah2 pula ngan status negara islam di negara kita
Inilah yang akan terjadi apabila politik dan Islam dipisahkan.Apabila sekular diamalkan,akhirnya rakyatlah yang akan menderita dan tersepit.
@PakarBuahPinggang,
dunia politik sudah mengalami perubahan yg ketara. kebajikan rakyat walaupun nampak kelihatan, tapi blm memadai nampaknya.
rakyat pun dah bosan ngan isu sebegini
Assalamualaikum,
Sy berpendapat dunia semakin ke penghujung…
Manusia khusunya umat Islam semakin cetek ilmu agama tp ilmu pengetahuan setinggi gunung bukan!
Sy berharap, jgnlah generasi sy akan datang sprt itu… :-)
@bEe,
w’salam
dunia mmg sudah menghampiri penghujungnya. gempa bumi semakin banyak. mmg masa akhir zaman, mereka yg tahap cetek ilmu agamanya akan diangkat sebagai pemimpin
makin bosan dengan dunia politik~ aduii…ntah la
@aimannajmy,
semakin lama makin menjadi2 nampaknya
erm… betul tu bosan tgk drama politik Malaysia… bosan…
@Mana-Mana,
bosan kerana takde isu lain yg dipertengahkan.
dah jadi trilogi lak nampaknya
bila mana hati – hati mereka itu rakus pada harta dan pangkat.. mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat dan mempertahankannya walau perlu melanggar Hukum Tuhan. nauzubillah minzalik.
@Freak Tips,
tak salah kalu kejar pangkat dan harta. tapi gunakan cara yg betul dan terhormat. jgn lupakan juga tanggungjawab kepada rakyat
lepas video, puak2 ni buat komik pulak..baru baca smlm nurul izzah buat report polis..
@alamonline,
betul tu bro..
mula2 movie..pastu komik lak. dah mcm cite Adnan Sempit lak..
mula2 movie, pastu drama bersiri lak
salam;
pihak PR dituduh dan diberi bukti, seadilnya jika pihak PR mengemukakan tuduhan dan buktinya sekali kenalah disiarkan dalam semua media secara penuh. kalo satu pihak jer disiar – ni macam niat jahat je! politik sampah kot!
@mms,
media cetak dan media siar lebih condong ke satu sudut sahaja. itulah yg tidak best jadinya.