Sudah Setahun Usianya

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

Setahun yang lalu, pada tarikh inilah isteri aku bersabung nyawa ketika melahirkan anak kedua aku iaitu Ladfe Farris.  Benar, waktu itu aku memang tengah blur dengan sesuatu yang membinggungkan aku. Tetapi waktu yang semakin hampir, aku mula menumpukan sepenuh perhatian kepada isteri aku dan anak yang bakal dilahirkan.

Aku juga terpaksa bercuti lama kerana wife aku takut aku lambat pulang ke rumah jika wife aku terdesak ingin bersalin walaupun ibu aku berada di rumah aku menemaninya. Maklumlah, aku berkerja shift. Terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan kebenaran untuk pulang ke rumah.

Sepanjang dua minggu adalah masa yang kritikal tetapi aku masih sempat mengabaikan isteri aku untuk ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC sekitar bulan Mac. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku kepada wife aku sepanjang waktu itu hinggalah hari terakhir dia mengandungkan si Ladfe Farris.

Aku ingat, pada tarikh inilah pada tahun lepas di waktu petang wife aku mula merasa ingin bersalin. Kami terus bertolak ke Hospital Putrajaya dan terus mendaftar untuk mendapatkan katil di wad.  Syukurlah, masih ada katil untuk wife aku dan sesudah dia mendaftar, semua katil pun penuh.

Wife aku terus dimasukkan ke dewan bersalin selepas melapurkan diri. Memang sudah ada tanda-tanda kelahiran. Sebelum pukul 9 malam, petugas wad bersalin mula memanggil aku untuk bersama wife aku . Wife aku masih lagi ceria dan mampu berbual dengan baik dengan aku. Tetapi ubat yang dimasukkan mula mendatangkan kesan.

Wife aku mula merasa sakit, dan nurse mula bersiap sedia untuk menyambut anak kami. Aku berada di sebelah wife memberi kata-kata semangat dan penguat semangat. Hanya satu sahaja permintaan wife aku yang kesakitan semasa meneran. Khabarkan kepadanya jika kepala bayi sudah kelihatan kerana dia ingin menyentuhnya.

Sebaik sahaja merasa kepala bayi (Farris) sudah dapat dirasa. Wife aku meneran sekuat hati hinggakan baby mula keluar dan tidak sempat disambut oleh nurse. Baby keluar dan terus terbaring di katil.

Terbayang kesakitan wife aku semasa berusaha melahirkan Farris. Terbayang kepuasan semasa selamat melahirkannya. Aku juga terlupa pada waktu-waktu aku blur sebelum ini. Syukur pada Allah kerana wife dan Ladfe Farris berkeadaan sihat dan selamat.

Ladfe Farris sudah setahun usianya

Kami menyambut ulang tahun kelahirannya semalam di Restoran Alissara. Makan Siakap Masam Manis, Daging Matahari dan juga tomyan serta udang bersalut tepung. Kos cuma rm69.00 sahaja,

 

Makan Malam di Alisarra

 

Pagi tadi kami membawa Farris ke klinik untuk cucuk umur setahun. Semuanya berjalan lancar.

Syukurlah, aku ada kehidupan yang bahagia bersama wife aku dan Ladfe Ali Ridha dan Ladfe Farris. Ini adalah harta yang terbaik untuk aku. Memang aku sayang pada mereka.

Post Popularity 36.12%  
Popularity Breakdown
Views 17.07%  
Comments 55.17%  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

    • @tengkorak emas,
      thank bro atas ucapan tu.

      daging matahari tu daging yg digorang agak special sedikit, dagingnya lembut dan sedikit berempah. tu just nama menunya

    • @Zik,
      terima kasih atas ucapan. mmg tak terasa masa berlalu. dulu kecil kematut aje..skrg ni dah lincah dan aktif.

      makanan mmg sedap, dan berbaloi dgn harga yg dibayar

  1. Selamat hari lahir kepada Farris, semoga lebih kacak dan lebih bijak dari ayahnya ,… hahahaha… bergurau je jangan marah … semoga dah banyak yang farris pelajari dan akan cepat panadai membaca A,B,C … Semoga keluargamu bahagia selamanya … Tahniah dan terima kasih.

    • @benjy
      thank kerana sudi singgah di sini.
      InsyaAllah..Farris akan lbh bijak, lbh kacak berbanding anaknya bila dewasa nanti n kami sekeluarga akan mendidiknya menjadi lelaki yg berguna

  2. Salam ladfeamir.
    Seronok baca kisah seorang suami yg menunggu detik2 kelahiran anak2nya. Selalunya yg rajin tulis kisah2 pengalaman mcm ni adalah si isteri.
    Anyway, tahniah atas anugerah yg dikurnia buat kamu itu
    mekar menulisKolestrol oh Kolestrol

    • @mekar,
      terima kasih juga kerana sudi singgah di sini.
      sekadar memberi penghargaan kepada isteri atas kesusahan yg ditanggung waktu bersalin dulu.

      ada benda yg baiik utk dikenang, elok dikongsi bersama2

  3. oh mahalnya nak dekat rm70 tu huu..

    slu suri makan ada telur, siakap, kalian ikan masin atau sayur kangkungatau daging masak merah, tomyam, 2 air buah nasi kosng sllu rm 40 ke 50..heeee

    ek…msti masakan dia sedap nihh..

    • @suri,
      kat lembah klang, harga tu dah kira murah dah dan berbaloi.
      selalu kalu menu macam ni..boleh cecah hampir seratus ringgit gak di tmp lain.

      restoran ni mmg beri khidmat dan masakan yg best.

    • @PakarBuahPinggang,
      wanita mmg ada kekuatan yg mengatasi lelaki bila cerita pasal kesakitan.

      ttg nama Ladfe.. bro boleh rujuk di entri ‘cerita pasal Ladfe”