Sony Ericsson Xperia Arc Mengecewakan

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Smartphone Sony Ericsson Xperia ARC

 

Minggu lepas satu lagi Smartphone Android telah dilancarkan di Malaysia di bawah ‘tajaan’ Maxis. Siapa yang tidak kenal akan jenama Sony Ericsson Xperia yang sudah masuk ke dalam pemikiran peminat-peminat Smartphone. Kali ini pihak Sony Ericsson telah melancarkan salah satu Smartphone paling nipis iaitu Smartphone Sony Ericsson Xperia Arc.

Harga permulaannya adalah sekitar rm2099.00. Jika anda melanggan pakej Maxis, korang akan dapat pemotongan harga yang jauh lebih baik tetapi aku tidak masuk review tentang perkara tersebut di sini. Korang boleh rujuk laman web Maxis untuk keterangan lanjut.

Aku tidak nafikan Xperia Arc pernah memasuki carta yang ingin aku miliki namun ianya sudah tersingkir daripada senarai. Ada beberapa perkara yang membuatkan aku tawar hati untuk memilikinya.

Untuk spec penuh korang boleh rujuk di sini.

Biar aku buat perbandingan Smartphone Sony Ericsson dengan beberapa model smartphone lain. Termasuk dalam senarai adalah Samsung Galaxy S II i9100, LG Optimus 2X serta LG Optimus Black.

Smartphone Sony Ericsson Xperia Arc dijana kuasanya dengan 1GHz Scorpion processor, Adreno 205 GPU Qualcomm MSM8255 Snapdragon. Ia dilengkapi dengan Android OS 2.3 Gingerbread. Berskrin 4.2 inci yang menggunakan teknologi Sony Mobile BRAVIA.

Kenapa aku kecewa…? Ini adalah antara sebab-sebabnya.

Bukan Dual Core Smartphone.

Xperia Arc muncul ketika semua orang menantikan kemunculan LG Optimus 2X yang menggunakan Dual Core Processor dan juga pesaingnya iaitu Motorola Atrix dan juga Samsung Galaxy S II i9100 .

Memang tidak akan terlawan jika satu engin untuk mengejar dua engin yang digerakkan serentak. Xperia Arc pasti kalah jika dibandingkan dengan smartphone Dual Core Processor.

Mahal Tak bertempat

Pada harga rm2099.00 Xperia Arc masih lagi mahal. Dengan LG memberi aras harga Optimus 2X pada tahap rm1900.00. Sudah pasti Motorola akan meletakkan harga Motorola Atrix pada aras yang tidak jauh berbeza.

Samsung Galaxy S II i9100 pasti diletak pada aras yang lebih tinggi kerana ia disasarkan untuk mengantikan Samsung Galasy S i9000 yang merupakan pencabar utama kepada iPhone4.

Mungkin pihak Sony Ericsson menyatakan alasan teknologi skrin yang digunakan serta saiz kenipisannya. Namun ianya masih boleh disaing oleh Smartphone yang lain.

1) Skrin Sentuh

Xperia Arc menggunakan LED-backlit LCD, capacitive touchscreen, 16M colours diimbang dengan teknologi Sony Mobile BRAVIA ianya menghasilkan skrin yang terang serta cantik dipandang.

LG Optimus Black menggunakan IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors diimbang dengan LG NOVA  yang memberikan kecerahan walaupun di bawah panas terik sang suria. Bahkan ianya menjimatkan kuasa sehingga 50 peratus berbanding pesaing lain.

Samsung Galaxy II i9100 menggunakan Super AMOLED yang turut memberikan persembahan yang baik jika bersaing.

 

2) Kenipisan

Samsung Galaxy II i9100

125.3 x 66.1 x 8.5 mm dan berat cuma 116gram.

Sony Ericsson Xperia Arc

125 x 63 x 8.7 mm   dan berat cuma 117gram

LG Optimus Black

122 x 64 x 9.2 mm dan berat cuma 106gram

Paling nipis adalah Samsung Galaxy II i9100 dan paling ringan adalah LG Optimus Black.

 

Tiada kamera 3G

Kamera 8.1 Mp sememangnya tiada tandingan. Memang Xperia Arc adalah pemenangnya. Tetapi korang tidak mampu mencermin muka korang dengan smartphone ini kerana ianya tiada kamera 3G.

Diletakkan dalam kategori High End User, tanpa kamera 3G memang merupakan satu kekurangan yang sangat besar.

 

Memori Yang Kecil

Sony Ericsson Xperia Arc cuma dilengkapi dengan memori dalaman 512MB dan perlukan penambahan memori dengan menggunakan kad memori. Ini satu lagi berita yang menyedihkan. Pun begitu ia disertakan dengan kad memori bersaiz 8GB secara percuma.

 

Tiada Pengambaran Full HD

Cuma dilengkapi dengan funsi pengambaran HD 720p sahaja.

 

Pada masa yang sama. smartphone ini juga dikatakan memiliki daya ketahanan bateri yang rendah. Ramai juga yang mengandaikan, ianya akan jatuh harga dengan cepat seperti mana berlaku kepada Xperia X10.

Jika korang masih juga berminat dengan jenama Xperia. Akan muncul di pasaran Xperia Pro, Xperia Neo dan juga Xperia Play (berasaskan Sony PSP)

 

Post Popularity 69.69%  
Popularity Breakdown
Views 82.47%  
Comments 56.9%  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

  1. Mak i ! … mahal benro tu … cangih terover-over pula … rasa tak mampu nak beli HP ni … sekarang ni saya guna hp nokia basic .. 14 kali jatuh pun masih ok … (bukan apa ada pengalaman beli HP mahal bila jatuh terus kondem … rasa nak nangis pun ada juga) sekadar meminati blackberry tunggu hingga cukup duit … Tima kasih info ICT terbaik …

    • @adele,
      saya pun teruja gak masa Sony bagitau pasal Xperia Arc ni. tapi bila kuar review kena lak waktu yg sama pelancarannya dgn Optimus 2x. bye2 la Xperia Arc,

      cakap kat kawan2..Xperia cepat jatuh harga. lagi berbaloi tunggu sampai bulan 6, lagi byk smartphone baru yg akan kuar.

  2. Looorrrr, nmpk mcm canggih aje Tak sangka rupanya ada kekurangan!
    Nasib bEe tak tertipu setelah membaca info ni. Haritu dah usha dgn hubby kat kedai. Mak aihhhh!

    • @bEe,
      part memori yg kurang serta takde kamera 3G lah yg akan buat orang cancel nak beli. tak berbaloi dgn harganya.

      kalau nak smartphone saiz nipis, tunggu LG Optimus Black dilancarkan secara rasmi la. tak kurang hebat gak model ni

  3. saya msh pakai hp lama lagi bro..

    bagus juga ada perbandingn hp bgni nnti kita nak bli mudah uk kita buat perbandigan harga dan kelebih @ kekuragan yg ada pada satu2 hp tu..

  4. sekarang dah byk hp dipasaran. smpi suri tak tahu nak ikut jejak mana satu hp keluaran yang terbaharu..

    rasanya bro mula2 mmg harga dia mahalkan tapi alam2 dua ktiga empat bulan msti turun punya :)

    • @suri,
      terlalu banyak pilihan sebab tu kita kena buat perbandingan dgn hp lain. tgk apa kelebihan dan kekurangannya.

      ada masanya, hp takde brand berjaya kalahkan spec hp jenama popular

    • @hafizmd,

      silap tu bro. smartphone ni mmg support 3G, cuma ianya tidak ada kamera depan utk buat panggilan video (panggilan 3G).

      sllnya kalu hp takde kamera depan dah masuk level medium rare. tp kes xperia ni, masih masuk dlm level high end. tu yg tak berbaloi tu.

  5. saya ni jenis tgk camera je .
    y plg tinggi m , tu y sy beli .
    sblm ni guna sony W995 ,
    nak angkat satio ok x ?
    cancel xperia arc !

    • @sara,

      jika dlihat pada kamera. nokia N8-00 sebenarnya jauh lebih cemerlang diikuti oleh Samsung Pixon12. keduanyajuga 12MP seperti Satio.

      Xperia Arc sebenarnya cemerlang juga dari sudut camera nya, cuma ianya 8MP sahaja

  6. hi..b4 bce entry niyh da berangn2 nk beli xperia arch.. skrng harge RM1200 je… bile da tau kekurngn arch, da xnk beli…