Review Dan Ulasan Filem Transformers 3:Dark Of The Moon

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Review Dan Ulasan Filem Transformer 3:Dark Of The Moon

 

Hari minggu aku berkesempatan menonton filem Transformer 3:Dark Of The Moon bersama anak sulung aku iaitu Ali Ridha. Tiket sudah ditempah pada hari jumaat, tanpa diduga tiket pada hari ahad sudah hampir penuh. Yang tinggal hanyalah barisan depan sahaja. Namun aku meminta penjual tiket tersebut menyemak setiap waktu tayangan, hasilnya hanya pukul 8:30 malam sahaja yang aku dan Ridha mampu menonton di barisan tengah dari skrin.

Kami tepat sampai di pawagam pada waktunya, parking kereta juga senang. Aku beli makanan dan minuman ringan dan terus berbaris bersama Ridah untuk mengambil cermin mata 3D.

Ini adalah ulasan dan komen peribadi aku. Diharapkan ianya tidak menjejaskan niat korang untuk menonton filem ini

 

Jalan Cerita

- Peperangan antara Autobots dan Decepticon berlarutan di Cybertron dengan kemenangan hampir berpihak kepada Decepticon yang lebih ramai ahli anggota. Dalam keadaan terdesak, Autobots berjaya melancarkan sebuah kapal angkasa bernama Ark meninggalkan planet Cybertron dengan membawa satu benda yang mungkin menjadi harapan baru untuk Autobots.

- Malangnya Ark berjaya ditembak oleh kapal angkasa milik Decepticon menyebabkan hampir kesemua penumpang Ank terbunuh kecuali pemimpin Autobots bernama Sentimel Prime, Sentimel Prime berada dalam keadaan lemah ataupun sleep mode akibat menggunakan tenaganya untuk menjaga Pillars iaitu alat yang mampu mengubah nasib Autobots.

- Ark terhempas di permukaan gelap bulan pada tahun 1961. Perkara ini diketahui oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan juga pihak berkuasa Rusia. Pihak Rusia berjaya melancarkan roket ke bulan terlebih dahulu tanpa penumpang dan berjaya merakam dan menangkap gambar Ark serta mengambil sampel.

- Amerika Syarikat pula berjaya mendaratkan manusia pertama di bulan iaitu menggunakan Apollo II dan turut menyiasat kejadian tersebut.

- Perkara ini dianggap sulit oleh kedua-dua pihak sehinggalah pihak Rusia kantoi kerana cuba menggunakan serpihan Ark untuk menjana kuasadi stesyen nuklear Chernobly lalu menyebabkan berlakunya bencana.  Ketika pihak Autobots menjalankan siasatan mencari musuh, mereka terserempak dengan Shockware dan cacing raksasanya.

- Berang kerana rahsia Ark tidak diberitahu oleh pihak Amerika Syarikat kepada Optimus Prime memaksa Optimus Prime pergi ke bulan bersama Ratchet  membawa balik Sentimel Prime dan juga 5 Pillars bersamanya. Dengan menggunakan kuasa Matrik yang dimilikinya, Optimus Prime berjaya menghidupkan kembali Sentimel Prime.

- Sentimel Prime memberitahu kepada Pengarah Charlotte Mearing tentang kemampuannya untuk menghidupkan teknologi teleport dengan menggunakan Pillars tetapi hasrat Sentimel Prime ditentang keras kerana menggunakan Pillars untuk ‘teleport; Cybertron akan mengundang bahaya kepada bumi.

- Sementara itu (part yang boring dalam filem ini), Sam Witwicky menganggur setelah tamat pengajian. Menghadiri banyak temuduga tetapi tidak berjaya sehinggalah dia ditawarkan menjadi budak penghantar surat di sebuah filma besar setelah dicadangkan namanya melalui bos teman wanitanya.

- Teman wanita Sam Witwicky bernama Clary sememangnya seksi habis tetapi pada masa yang sama mengundang rasa cemburu di dalam diri Sam Witwicky kerana Clary terlalu rapat dengan bosnya yang bernama Dylan Gloud.

- Seorang pekerja bernama Jerry Wang sempat menyerahkan maklumat berkaitan ‘Dark Of the Moon ‘ kepada Sam sebelum dia dibunuh oleh Laserbeak iaitu sub robot Shockware  Decepticon. Laserbeak kelihatan seperti burung hering ataupun kelihatan seperti naga juga.

- Laserbeak juga membunuh lebih ramai lagi pembekal maklumat terutama mereka yang bekerja dengan Decepticon untuk memerangkap Autobots masuk ke perangkap Decepticon.

Sam diburu oleh Laserbeak tetapi Sam berjaya meminta bantuan Autobots lebih-lebih lagi bantuan Bumblebee tetapi tindakan Sam untuk membantu ditentang hebat oleh Pengarah Charlotte Mearing yang masih mengganggap Sam masih kanak-kanak riang.

- Dengan bantuan Agen Semmour Simmons, Sam Witwicky hanyanya mengetahui helah Decepticon hanyalah untuk merebut peluang bekerjasama dengan Sentimel Prime.

- Sentimel Prime membeloti Autobots dengan alasan dia bekerjasama dengan Decepticon untuk merekacipta kembali Cybertron (dengan menjadikan manusia sebagai hamba). Beliau membunuh Ironhide dan merampas kembali Pillars yang berada dalam simpanan tentera Us.

- Kerjasama antara Sentimel Prime dan Megatron serta Decepticon yang lain memusnahkan bandaraya Chicago termasuklah Menara Trump (boleh bangkap Donald Trump macam ni).

- Pada masa yang sama teman wanita Sam yang seksi tetapi cuma seksi aaje tanpa ada benda best yang lain telah dicolek oleh bosnya Dylan Gloud lalu dibawa ke bandaraya Chicago.

- Tanpa diduga, sebenarnya Dylan Gloud adalah pengikut dan pembantu Decepticon yang setia. Sam Witwicky yang sudah mabuk cinta dengan bodohnya membahayakan dirinya serta rakan komondo yang lain termasuklah Robert Epps yang sudah bersara daripada NEST semata-mata ingin menyelamatkan Carly.

- Mujurlah Autobots yang disangka sudah mati kerana roket yang dihantar ke angkasa ditembak Starcream kembali membantu.

- Perang kembali bermula antara Autobots dan manusia menentang  Sentimel Prime, Megatron dan Decepticon. Askar US dibawah pimpinan LT Kolonel Lennox sememangnya sudah dilatih untuk menentang Decepticon berjaya membunuh beberapa robot termasuklah Starscream dan Shockware.

- Optimus Prime kalah semasa bertarung dengan Sentimel Prime kerana gangguan robot Decepticon yang menembaknya dari angkasa. Pun begitu askar US melancarkan serangan peluru pandu Tomahawk untuk membantu.

- Ketika Optimus Prime hampir dibunuh oleh Sentimel Prime, Megatron mencuri peluang menyerang Sentimel Prime kerana beliau tidak mahu berada di bawah Sentimel Prime.

- Dalam kekecohan begini, Optimus Prime yang kudung tangannya kembali bertarung dengan membunuh Megatron dan juga Sentimel Prime.

-Pillars utama bedrjaya ditemui oleh Sam lalu beliau menghentak kepala Dylan Gloud ke arah pillars utama dan pada masa yang sama , Bumblebee muncul lalu menghancurkan Pillasr Utama. Proses teleport Cybertron telah tersekat, lalu menyebabkan Cybertron mengalami kerosakan sebelum ianya hilang dari langit bumi.

-Seperti biasa dan juga kartun Transformer, Autobots menang juga akhirnya.

 

Perkara Yang korang Nak Tahu

- Optimus Prime berkemampuan terbang dan beliau sudah mempunyai kontena yang mampu bertukar kepada senjata dan peralatan untuk terbang.

- Hampir semua watak utama Decepticon terbunuh kali ini termasuklah Megatron, Shockware dan juga Starscream.Turut terbunuh adalah Sentimel Prime dan juga Ironhide. Jika masih lagi ada Transformer yang berikutnya, sudah pasti Megatron akan muncul dan dihidupkan kembali.

- Megatron masih lagi berkeadaan cedera parah dengan kepalanya  pecah akibat pertempuran dalam Transformers 2.. Pun bergitu, beliau dianggap sebagai raja Savana kerana bersembunyi di Afrika dengan semua haiwan di savana menghormatinya.

-Jika dalam Transformer 1 Megatron bertukar menjadi Cybertronian Jet, Transformer 2 mampu menjadi Cybertronian Flying Tank. Dalam Transformer 3, Megatron menjadi Mack Titan Tank Trak iaitu Lori besar 18 tayar yang kelihatan agak uzur rupanya.

-Walaupun Sentimel Prime belot kepada Autobots, beliau menolak untuk menjadi ketua Autobots dan menganggap Optimus Prime sebagai gurunya dan ketuanya di bumi.

-Wheelie dan Brain adalah robot kecil peliharaan Sam Witwicky. Mereka membantu dalam peperangan dengan melakukan kerosakan kapal perang Decepticon setelah mereka disedut masuk ke dalamnya. Nasib mereka tidak diketahui samaada masih hidup atau tidak. Mereka berjaya menyelamatkan Bumblebee dan Autobots lain daripada dibunuh setelah ditawan.

-Semasa penaklukan Chicago oleh Sentimel Prime dan Decepticon, pemantauan mengunakan peralatan tentera gagal sama sekali. Agen Seymour Simmons mencadangkan agar pihak tentera menggunakan kamera di lampu isyarat, CCTV di bangunan mahupun kamera di ATM. Cara ini mengingatkan aku trilogi Bounce (lakonan Matt Damon) yang turut menggunakan pendekatan yang sama.

- Bilangan Decepticon terlalu ramai merangkumi seluruh dunia untuk memacak Pillars namun perang ini dimenangi oleh manusia dan Autobots yang tidak banyak mana bilangannya.

- Agen Seymour Simmons menjadi seorang yang kaya raya, dibantu dengan seorang pembantu bernama Dutch yang bijak dalam banyak perkara termasuklah melakukan pencerobohan komputer.

- Agen Seymour Simmon menjadi seorang yang cacat selepas beliau ditarik keluar daripada kereta mewahnya oleh robot Decepticon. Agen Seymour Simmons mengenali Pengarah Chotlette Mearing , mungkin mereka kekasih lama.

- Ada sedikit kemuskilan atau kekeliruan. Ark jatuh terhempas ke bulan pada tahun 1961, tetapi Megatron sudah mendarat lebih awal iaitu pada tahun 1897 (rujuk Transformer 2007). Megatron terhempas dalam usahanya mencari All Sparks lalu ditemui oleh moyang kepada moyang Sam Witwicky. Semasa Ark meninggalkan Cybertron, perang masih berlaku. Mungkin Megatron berada dalam kelajuan tinggi dan Ark pula rosak lalu berlayar tanpa haluan dan memakan masa untuk sampai ke bulan.

- teman wanita Sam Witwicky memang seorang yang tak berguna pada mata aku, tetapi beliau berjaya meracun Megatron dengan ayat yang power untuk membuatkan Megatron menyerang Sentimel Prime secara curi-curi.

- Robert Epps sudah bersara daripada menjadi ketua USAF lalu menjadi salah seorang jurutera yang membantu Autobots di belakang tabir. Untuk ingatan, beliau hanya berpangkat sarjan semasa Transformer 2007.

- Kalau tidak silap aku, Mercedes Benz turut sama ada dalam kalangan robot  Aotobots dan Decepticon. Mercedes Benz E550 biru adalah robot Autobots bernama Que ataupun WheelJack manakala Soundware Deception adalah Mercedes Benz SLS AMG Silver.

- Kematian robot dibuat dengan lebih drastik. Kepala jatuh tergolek, serta minyak bertaburan ke atas jalan seakan-akan darah.

- Shockware mampu bertukar menjadi meriam gergasi. Sekali tembak jika terkena manusia, manusia akan hancur terus menjadi tulang belulang.

 

Senarai Robot (diambil menerusi wikipedia)

Watak                                     Mode Tukar

Optimus Prime Peterbilt 379 tractor trailer
Sentinel Prime Rosenbauer Panther Airport crash tender fire truck
Bumblebee 2011 Chevrolet Camaro
Sideswipe Chevrolet Corvette Stingray Convertible
Ironhide GMC Topkick C4500
Ratchet Hummer H2 Search and Rescue
Dino Ferrari 458 Italia
Wheeljack Mercedes-Benz W212
Wheelie RC Ford F-Series Monster truck
Brains Lenovo ThinkPad Edge
Leadfoot Chevrolet Impala Sprint Cup Series stock car
Topspin Chevrolet Impala Sprint Cup Series stock car
Roadbuster Chevrolet Impala Sprint Cup Series stock car
Megatron Mack M915 Tractor Trailer
Soundwave Mercedes-Benz SLS AMG
Starscream Lockheed Martin F-22 Raptor
Sideways Audi R8
Laserbeak Flatscreen TV/Photocopier
Shockwave Cybertronian self-propelled cannon
Barricade Saleen S281E police car
Crankcase Chevrolet Suburban
Crowbar Police Car
Hatchet Attack Jet

 

Review

Filem Transformers 3: Dark Of The Mood ini memang sebuah filem yang hebat. Penuh dengan CGI yang mampu memukau mata lebih-lebih lagi apabila menontonnya secara 3D. Ada beberapa plot atau yang membosankan lebih-lebih lagi jika ianya membabitkan Sam Witwicky dan kekasihnya. Babak peperangan di Chicago memang buat semua penonton melekat di kerusi masing-masing.

Saranan aku, jika korang ingin ke tandas, lakukan ia pada babak di mana Sam bergaduh dengan kekasihnya dan pastikan ‘urusan’ korang selesai dengan cepat. Kerana babak yang lain juga adalah penunjuk jalan cerita seterusnya.

Walaupun ianya filem yang hebat, aku masih merasakan ianya masih belum cukup untuk meninggalkan impak yang ketara. Masih ada sesuatu yang hilang dalam filem hebat ini. Babak yang sepatutnya sedih seperti kematian Ironhide dan letupan kapal angkasa yang membawa Autobot ditembak hingga meletup tidak terasa dan nampak kesedihannya. Muka Sam pun selamba aje.

Masuk pawagam, enjoy dengan filem ini kemudian korang akan melupakannya beberapa hari kemudian kecuali bagi aku yang menulis review ini sejak 3 hari yang lepas.

.

 

 

 

Post Popularity 17.59%  
Popularity Breakdown
Views 11.04%  
Comments 24.14%  

Comments

Review Dan Ulasan Filem Transformers 3:Dark Of The Moon — 14 Comments

  1. review yangsanat mantap bro… aku dah tengok jugak.. tapi masih agak samar2.. sebenarnya… berguna jugak awek si sam nih… kalau tak mati lah si optimus prime… last2 kopek jer…. si megatron datang tembak …

  2. cukup teliti bro, tak sangka pula sentinel prime akan belot, ingatkan dia mentor optimus prime,

    biasala bro, sedikit selalu menang, agaknya dorang nak tiru contoh kemenangan tentera Islam kot, nak tunjuk mereka juga hebat

    banyak robot tu, siapa yg obses boleh dapatkan semua model robot tu he

    • @tengkorak emas,
      Sentimel sanggup berpakat dgn megatron semata-mata ingin membentuk kembali cybertron.

      ulasan terpaksa di buat panjang lebar supaya pembaca dapat membaca dari sumber yg berbeza. takdelah bila baca, isu dan ayat yang sama di copy n paste.

      jika dilihat pada watak transformers, boleh penuh satu bilik kalu mengumpulnya sebgai koleksi

  3. mmg best citer nie,,,,!!! aku mmg fan giler kat transformers nie sejaj dr kecik lg…. bg aku jln citer yg ada kematian ironhide tu mmg tak dpt nak sedih… kalau sedih tak robot….

    • @zul,
      jika dirujuk pada komik n kartun, jalan cerita transformers ni mmg panjang n banyak versi.

      tapi kematian ironhide di buat sepintas lalu, tu yg nampak tak menarik tu

    • @akubiomed,
      heroin baru ni lemah lembut orangnya, nampak kurang sesuai berlakun dengan jalan cerita.

      pada pendapat aku, babak cinta tak perlu diadakan kerana penonton nak tgk transformers, bukannya adegan jiwang2. lagipun penonton juga ada dikalangan kanak2..

      tapi CGI mmg tip top

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge