
Terima Kasih
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih membawa maksud rasa syukur,
Berterima kasih memberi maksud mengucap syukur; melahirkan rasa syukur atau membalas budi setelah menerima kebaikan.
Terima kasih diucapkan oleh semua penduduk dunia dengan bahasa dan dialek masing-masing. Dianggarkan terdapat lebih 400 terjemahan kepada perkataan terima kasih. Ada antaranya memang sudah pernah didengar oleh kita semua seperti Thank You (terjemahan English), Gracies (terjemahan Perancis), Pounsikau (terjemahan Dusun, Sabah), Shukran (terjemahan Arab), Arigato (terjemahan Jepun). TERIMA KASIH dalam bahasa yang lain boleh dirujuk di sini
Walaupun ia membawa maksud melahirkan rasa syukur, perkataan keramat ini biasanya berada di bawah ucapan SYUKUR atau Alhamdulillah. Ini kerana SYUKUR diucapkan hanya kepada Allah sebaliknya TERIMA KASIH boleh diucapkan kepada Allah mahupun hamba-Nya iaitu manusia.
Memang TERIMA KASIH adalah perkataan keramat yang boleh menyatupadukan serta menimbulkan rasa rendah hati mahupun mewujudkan rasa persahabatan dalam diri. Mereka yang biasa mengucapkan perkataan TERIMA KASIH akan sering berada dalam keadaan yang bagus dan indah. Jarang sekali mereka yang rajin berTERIMA KASIH memiliki wajah dan perwatakan yang buruk.
Selalunya ucapan TERIMA KASIH diucapkan dengan nada yang lemah lembut dan disertai dengan raut wajah yang selesa ataupun disertai dengan senyuman yang ikhlas. Tidak rugi jika kita membiasakan diri mengucapkan TERIMA KASIH apabila ianya perlu untuk diucapkan walaupun ianya bermula daripada perkara yang kecil. Jangan jadi insan yang tidak berperasaan tanpa mengucapkan rasa TERIMA KASIH bila kita diberi pertolongan ataupun sekadar menghargai usaha orang lain yang membantu.
Terima Kasih kerana korang sudi menjenguk blog aku
Terima Kasih Untuk Ayah dan Ibu yang membesarkan aku
Terima Kasih kepada Isteri Tercinta
Terima Kasih buat anak-anak yang sering buat aku senyum dengan gelagat mereka.
Terima Kasih rakan-rakan yang sudi bersahabat dengan aku
Terima Kasih kepada guru-guru dan cikgu-cikgu yang mendidik aku selama ini
Terima kasih atas senyuman manis yang ikhlas
Terima Kasih untuk semua…….
Ikutkan memang akan penuh dengan ucapan terima kasih kerana ianya memang perkataan keramat. Rajin-rajinlah ucapkan TERIMA KASIH. Ianya memang sesuatu yang hebat dan bagus. InsyaAllah
Sudikah hulur bantuan?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru aku terpaksa menolak motor kapcai aku daripada rumah aku ke kedai motor yang terletak dalam anggaran 5km. Motor aku sebelum ini direpair di kedai tersebut tetapi berlaku lagi masalah yang berulang. Atas rasa ingin kedai itu bertanggungjawab,kerana itu aku menolak motor aku semula ke kedai tersebut..
Letih tidaklah terasa sangat, cuma disebabkan aku menolak motor tersebut sekitar jam 11 serengah, matahari sudah terpacak di trngah langit. Aku sampai di kedai tersebut hampir pukul 1 petang, berhenti berehat sesekali sekala. Berehat pun cuma sekadar mengesat peluh.
Namun itu bukanlah perkara yang ingin aku pertengahkan. Sebagai salah seorang penunggang motosikal yang tegar, memang selalu aku terserempak dengan penunggang motorsikal yang kerosakkan motosikal mereka. Ada yang bersendirian, ada yang disertai dengan pasangan. Tetapi setakat ini, aku belum pernah berjumpa dengan penunggang motorsikal yang rosak bersama anak kecil.
Dalam hati memang ada rasa simpati, namun memang belum pernah lagi aku berhenti menawarkan bantuan kepada mereka. Dalam kes aku, ada dua orang yang sudi memberikan bantuan kepada aku. Mereka bertanya kepada aku lalu menolak motorsikal aku bersama-sama.
Hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa baik mereka.
Bagaimana dengan korang? Pernah tak melalui perkara yang sama? Adakah korang juga sudi memberikan bantuan atau sekadar melihat dengan rasa simpati?


Komen Yang Singgah