Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru aku terpaksa menolak motor kapcai aku daripada rumah aku ke kedai motor yang terletak dalam anggaran 5km. Motor aku sebelum ini direpair di kedai tersebut tetapi berlaku lagi masalah yang berulang. Atas rasa ingin kedai itu bertanggungjawab,kerana itu aku menolak motor aku semula ke kedai tersebut..
Letih tidaklah terasa sangat, cuma disebabkan aku menolak motor tersebut sekitar jam 11 serengah, matahari sudah terpacak di trngah langit. Aku sampai di kedai tersebut hampir pukul 1 petang, berhenti berehat sesekali sekala. Berehat pun cuma sekadar mengesat peluh.
Namun itu bukanlah perkara yang ingin aku pertengahkan. Sebagai salah seorang penunggang motosikal yang tegar, memang selalu aku terserempak dengan penunggang motorsikal yang kerosakkan motosikal mereka. Ada yang bersendirian, ada yang disertai dengan pasangan. Tetapi setakat ini, aku belum pernah berjumpa dengan penunggang motorsikal yang rosak bersama anak kecil.
Dalam hati memang ada rasa simpati, namun memang belum pernah lagi aku berhenti menawarkan bantuan kepada mereka. Dalam kes aku, ada dua orang yang sudi memberikan bantuan kepada aku. Mereka bertanya kepada aku lalu menolak motorsikal aku bersama-sama.
Hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa baik mereka.
Bagaimana dengan korang? Pernah tak melalui perkara yang sama? Adakah korang juga sudi memberikan bantuan atau sekadar melihat dengan rasa simpati?
↓




Kalau motor Kapcai rosak akan ada yang hulurkan bantuan tetapi Superbike mungkin tidak ada kot
@akubiomed,
superbike jarang yg rosak tepi jalan sbb kos senggaranya mmg mahal
pernah gak angkat motor naik atas van
lagi senang
@tehr,
tapi jarang pemandu seperti van ataupun lori yg membantu..tapi mmg ada.
salam..
jika susuh kena bantu..tapi hrus ikhlas…
sabar bro moga2 ada yg mmls jasa2 mra bila tlog bro heeee
@suri,
di hati ingin membantu, tp kerisauan kena pau ataupun dlm urusan yg lbh penting membuatkan hanya berlalu dgn simpati
bila ringan mmbantu baik juga,tapi klu bhti depan kita niat baik ok klu niat sebaliknya risau gak kan bro huhu..btw ke hati..
ps:smoga mtornya akan sedia pulih utk berbakti pada tuannya heee
@suri,
selalunya penunggang motorsikal akan membantu kerana mereka juga pernah melalui situasi yg sama.
Syukur, motor dah kembali pulih cuma tak boleh lagi nak pecut2 mcm dulu lagi
depend pada mood gak.. hehe.. kalau ok.. mungkin akan bantu..
@laici,
mmg betul, tapi di hati mesti ada rasa ikhlas
pernah tolong… dan pernah terjadi kepada diri sendiri… kadang2 ada yang tolong.. ada juga yang tak tolong… terpaksa tawakal sorong motor.. tapi kadang2 kena hati , takut ada yang memang geng2 samun….
@zik,
semua tu pengalaman. paling penting kena doa2 agar urusan kita dipermudah. mmg risau adanya geng2 samun.. moga dijauhkan