Terima Kasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terima Kasih

Terima kasih membawa maksud rasa syukur,

Berterima kasih memberi maksud mengucap syukur; melahirkan rasa syukur atau membalas budi setelah menerima kebaikan.

Terima kasih diucapkan oleh semua penduduk dunia dengan bahasa dan dialek masing-masing. Dianggarkan terdapat lebih 400 terjemahan kepada perkataan terima kasih. Ada antaranya memang sudah pernah didengar oleh kita semua seperti Thank You (terjemahan English), Gracies (terjemahan Perancis), Pounsikau (terjemahan Dusun, Sabah), Shukran (terjemahan Arab), Arigato (terjemahan Jepun). TERIMA KASIH dalam bahasa yang lain boleh dirujuk di sini

Walaupun ia membawa maksud melahirkan rasa syukur, perkataan keramat ini biasanya berada di bawah ucapan SYUKUR atau Alhamdulillah. Ini kerana SYUKUR diucapkan hanya kepada Allah sebaliknya TERIMA KASIH boleh diucapkan kepada Allah mahupun hamba-Nya iaitu manusia.

Memang TERIMA KASIH adalah perkataan keramat yang boleh menyatupadukan serta menimbulkan rasa rendah hati mahupun mewujudkan rasa persahabatan dalam diri. Mereka yang biasa mengucapkan perkataan TERIMA KASIH akan sering berada dalam keadaan yang bagus dan indah. Jarang sekali mereka yang rajin berTERIMA KASIH memiliki wajah dan perwatakan yang buruk.

Selalunya ucapan TERIMA KASIH diucapkan dengan nada yang lemah lembut dan disertai dengan raut wajah yang selesa ataupun disertai dengan senyuman yang ikhlas. Tidak rugi jika kita membiasakan diri mengucapkan TERIMA KASIH apabila ianya perlu untuk diucapkan walaupun ianya bermula daripada perkara yang kecil. Jangan jadi insan yang tidak berperasaan tanpa mengucapkan rasa TERIMA KASIH bila kita diberi pertolongan ataupun sekadar menghargai usaha orang lain yang membantu.

Terima Kasih kerana korang sudi menjenguk blog aku

Terima Kasih Untuk Ayah dan Ibu yang membesarkan aku

Terima Kasih kepada Isteri Tercinta

Terima Kasih buat anak-anak yang sering buat aku senyum dengan gelagat mereka.

Terima Kasih rakan-rakan yang sudi bersahabat dengan aku

Terima Kasih kepada guru-guru dan cikgu-cikgu yang mendidik aku selama ini

Terima kasih atas senyuman manis yang ikhlas

Terima Kasih untuk semua…….

Ikutkan memang akan penuh dengan ucapan terima kasih kerana ianya memang perkataan keramat. Rajin-rajinlah ucapkan TERIMA KASIH. Ianya memang sesuatu yang hebat dan bagus. InsyaAllah


Blogged with the Flock Browser
Post Popularity 17.99%  
Popularity Breakdown
Views 11.83%  
Comments 24.14%  

Comments

Terima Kasih — 14 Comments

  1. terima kasih kerana berkongsi idea
    terima kasih kerana berkongsi kata
    terima kasih kerana berkongsi nada
    terima kasih kerana berkongsi rasa

    terima kasih bunga keladi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge