Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih membawa maksud rasa syukur,
Berterima kasih memberi maksud mengucap syukur; melahirkan rasa syukur atau membalas budi setelah menerima kebaikan.
Terima kasih diucapkan oleh semua penduduk dunia dengan bahasa dan dialek masing-masing. Dianggarkan terdapat lebih 400 terjemahan kepada perkataan terima kasih. Ada antaranya memang sudah pernah didengar oleh kita semua seperti Thank You (terjemahan English), Gracies (terjemahan Perancis), Pounsikau (terjemahan Dusun, Sabah), Shukran (terjemahan Arab), Arigato (terjemahan Jepun). TERIMA KASIH dalam bahasa yang lain boleh dirujuk di sini
Walaupun ia membawa maksud melahirkan rasa syukur, perkataan keramat ini biasanya berada di bawah ucapan SYUKUR atau Alhamdulillah. Ini kerana SYUKUR diucapkan hanya kepada Allah sebaliknya TERIMA KASIH boleh diucapkan kepada Allah mahupun hamba-Nya iaitu manusia.
Memang TERIMA KASIH adalah perkataan keramat yang boleh menyatupadukan serta menimbulkan rasa rendah hati mahupun mewujudkan rasa persahabatan dalam diri. Mereka yang biasa mengucapkan perkataan TERIMA KASIH akan sering berada dalam keadaan yang bagus dan indah. Jarang sekali mereka yang rajin berTERIMA KASIH memiliki wajah dan perwatakan yang buruk.
Selalunya ucapan TERIMA KASIH diucapkan dengan nada yang lemah lembut dan disertai dengan raut wajah yang selesa ataupun disertai dengan senyuman yang ikhlas. Tidak rugi jika kita membiasakan diri mengucapkan TERIMA KASIH apabila ianya perlu untuk diucapkan walaupun ianya bermula daripada perkara yang kecil. Jangan jadi insan yang tidak berperasaan tanpa mengucapkan rasa TERIMA KASIH bila kita diberi pertolongan ataupun sekadar menghargai usaha orang lain yang membantu.
Terima Kasih kerana korang sudi menjenguk blog aku
Terima Kasih Untuk Ayah dan Ibu yang membesarkan aku
Terima Kasih kepada Isteri Tercinta
Terima Kasih buat anak-anak yang sering buat aku senyum dengan gelagat mereka.
Terima Kasih rakan-rakan yang sudi bersahabat dengan aku
Terima Kasih kepada guru-guru dan cikgu-cikgu yang mendidik aku selama ini
Terima kasih atas senyuman manis yang ikhlas
Terima Kasih untuk semua…….
Ikutkan memang akan penuh dengan ucapan terima kasih kerana ianya memang perkataan keramat. Rajin-rajinlah ucapkan TERIMA KASIH. Ianya memang sesuatu yang hebat dan bagus. InsyaAllah
↓





terima kasih kerana berkongsi idea
terima kasih kerana berkongsi kata
terima kasih kerana berkongsi nada
terima kasih kerana berkongsi rasa
terima kasih bunga keladi
@tehr,
terima kasih juga buat bro yang mmg handal berpantun.
p/s:saya tak pandai berpantun
Bersyukur utk segala-galanya…
@dreamlifetips,
bersyukur kepada Allah lbh patut diutamakan
Perkataan Terima Kasih ini susah dilafazkan kalau tidak betul-betul ikhlas.
@akubiomed,
kena jadikan sebagai kebiasaan. lama kelamaan jika kita tidak mengucapkan terima kasih,seolah2 kita kehilangan sesuatu
terima kasih sb bro sudi ke blog saya hee…
@suri,
terima kasih kerana sudi mengomen .
syukur terima kasih sb kita bernafas hrni maknaya kita smpt untk memmperbanyakan amlan padaNYA lgi
@suri,
menambah amalan serta mengucapkan rasa syukur kepada Allah
terima kasih untuk entry ringkas tapi bermakna..
@adamfaiz,
terima kasih bro.
ucapan terima kasih mmg perlu dan harus didik.org yg mendengar pn pasti akan nyaman /suka.
terima kasih sebab kongsi.
terima kasih mmg merupakan perkataan keramat digunapakai seluruh dunia