Ditipu Gara-gara Produk Key Yang Murah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gara-gara Produk Key Yang Murah

Gara-gara Produk Key Yang Murah

Baru-baru ini aku membeli Product Key untuk Microsoft Windows Ultimate secara murah di internet. Memandangkan aku keberatan untuk menggunakan Windows 7 cap lanun, jadi aku berusaha untuk mencari Microsoft Windows 7 yang baru.

Setelah semak-semak dengan pakcik Google, aku pun berminat untuk membeli Key Produk di laman web www.windows7freedownload.org. Dari pemerhatian aku, barangkali ianya membuat jualan diskaun pada kadar potongan sehingga 90% (harga asal sehingga usd399.00 ) tetapi aku terlupa untuk semak sebarang feedback atau review yang baik. Perkara ini aku sedari dan ingat hanya setelah aku membeli produk key daripada laman web ini.

Ternyata ada masalah selepas aku cuba mengaktifkan ‘activation’ Microsoft Windows 7 tersebut. Berkali-kali aku mencubanya, tetapi masih lagi tidak berjaya activate Microsoft Windows 7 yang aku install.

Masalah aku acukan kepada admin website tersebut dan pada masa yang sama aku turut berusaha mencari jalan penyelesaian dengan bantuan pakcik google. Setelah berhari-hari bercuti (tahun baru dan krismas), barulah ada reply daripada admin website tersebut iaitu beliau memberikan satu lagi produk key untuk dicuba.

Masalah yang sama tetap timbul iaitu Microsoft Windows tetap gagal untuk diaktifkan. Setelah aku semak kembali di google, berikut adalah sedikit sebanyak punca dan penyebab ianya gagal diaktifkan.

Windows 7 activation error: 0xC004C008

If you receive error “0xC004C008″ when trying to use Windows 7 online activation, it could be for one of the following reasons:

Your computer’s hardware has been changed.

Windows 7 was reinstalled on the same computer.

Your Windows 7? product key was transferred from another computer.

The ?Windows 7 product key that you’re trying to use has already been used on the maximum number of computers that your license allows.

Buntu dengan kejadian ini, aku memohon bantuan dengan Microsoft Support Team. Disebabkan tiada punca hala, aku termasuk ke laman web Microsoft negara UK dan terhantar report masalah kepada bahagian Microsoft Support UK.

(Yang terjadi seterusnya akan diceritakan di post yang akan datang)

Share

10 Thoughts on “Ditipu Gara-gara Produk Key Yang Murah

  1. Sudah menjadi masalah apabila ditipu. :-(

  2. Microsoft Windows Ultimate camana xleh nak install,cuba google lagi

  3. kalau aku pun dah pasti buntu ni
    aku tunggu cerita seterusnya

  4. sebab tu aku tak suka beli produk key online ni. Kekadang..aku ragu-ragu dari mana diorang dapat..

  5. Kebanyakan diorang ni beli retail copy, sebab tu jadi camtu. Paling penting dapat pengajaran berguna…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>