Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Istinsyaq ialah memasukkan atau menyedut air ke dalam hidung dan selepas itu istinsyaq mengeluarkannya semula.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya : “Sesiapa berwuduk hendaklah menyedut air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya semula .” (HR Muslim) .
Baru-baru ini ada seorang doktor pakar hidung dijemput ke MHI berceritakan tentang pembedahan hidung untuk merawat sakit resdung. Turut disertakan gambar-gambar hidung pesakit serta gambar selepas pembedahan. Yang dikeluarkan melalui pembedahan tersebut adalah lendir (barangkali hingus) serta ulat rendung yang menyekat laluan udara dalam rongga hidung.
Ada satu petua yang boleh digunakan bagi mengelak penyakit resdung mengikut sunnah Nabi s.a.w.
Kita terlupa untuk praktik sunnah Nabi s.a.w yang satu ini iaitu melakukan Istinsyaq. Memasukkan air ke dalam lubang hidung serta menghembusnya kembali bukan sahaja akan membuang kotoran dalam lubang hidung, tetapi juga akan membuatkan aliran nafas kita kembali stabil seperti bayi yang baru dilahirkan. Nafas kini boleh disedut lancar dengan menggunakan hidung.
Pada permulaannya, kesan akibat memasukkan air ke dalam rongga hidung akan membuatkan otak seperti dilanda gelombang. Agak menyakitkan. Tetapi jika biasa diamalkan, ianya mampu menyembuhkan sakit selsema. Rasa sakit juga sudah tidak dirasai lagi.
Sunnah Nabi sememangnya bagus untuk dilakukan kerana ianya sememangnya banyak mendatangkan kebaikan untuk kita semua. Namun semua kesembuhan tersebut adalah berlaku atas keizinan Allah. InsyaAllah.
↓







Pernah dengar juga petua dan amalan sunnah ni
Insya-Allah kita sentiasa siahat
@tehr,
kesihatan adalah salah satu rezeki yg Allah berikan kepada kita
Pernah dengar. Mari kita sama-sama amalkannya.
@akubiomed,
sunnah nabi s.a.w mmg kita patut laksanakan.
yap, aku pun pernah dengar. memang selalu buat. biar hidung clear..
@titan,
lagi elok daripada korek hidung..
baru beberaoa bulan saya ada mmbaca di lama sensawang. in case masa tu hiding saya asyik persin nd gatal2, secara total mmg saya tak der resdung sy sllu pengidp resdung gatal2 tu.
sampi satu tahap penar bersin saya cuba petua sebegin atas saran lama google tu..syukur alhamdullah bersin saya pun kurnag dan lama2 kedaan kembali pulih.
@suri,
beringat sebelum kena. mencegah sebelum parah
sekarang walau terkadang buat masa nak angkat solat tapi bila suri rasa tak selesa kt dlm hidung hok semasa menumis ker atau bersin suri akan buat kaedah ini..
@suri,
bila rajin dipraktik , hidung mmg bersih sentiasa
ini khazanah lama dari Rasul kita cuma ada yg terlepas pandang.. ayuh buat akan rasa lubang hidung kita akan sejuk, lapang dan rasa lega..
suri dh buat buat apa rasa malu nak bgthu heeee
@suri,
ramai org yg lebih suka utk sakit drpd ikut sunnah nabi saw
mesti ada sebab kan bila buat sesuatu perbuatan tu.. kdg2 kita je tak tau..
@fiezaradzi,
sebab tu kita kena belajar utk ambil tahu. kalu tak nanti menuntut ilmu yg salah
resdung nei orang kata nk bersin tapi x boleh nk bersin.
@fauzi,
mmg banyak tanda2 rendung, tapi ramai yg tak tahu mereka ada penyakit ni
patut kita disuruh masukkan air dalam hidung masa wuduk…