Kisah Wanita Tua , Pramugari dan Lelaki Tidak Kacak Berkulit Hitam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

 

 

Sebuah kisah benar yang berlaku di dalam sebuah kapal terbang syarikat TAM.

 

Seorang wanita tua berkulit putih berusia 50an mendapati tempat duduk bersebelahannya diduduki oleh seorang lelaki tidak kacak berkulit hitam. Dia sungguh terkejut lalu menjerit memanggil pramugari yang bertugas. Lalu bergegas seorang pramugari bertugas menuju kepadanya.

Ada apa-apa yang berlaku, Puan?

bertanya pramugari yang manis itu kepada wanita itu.

Tidakkah anda nampak dan lihat? Saya telah diberikan tempat duduk dengan nergo berkulit hitam yang langsung tidak kacak. Anda perlu menukarkan tempat duduk saya sekarang juga ! "  hampir satu pesawat mendengar jeritan wanita itu.

 Sila bertenang Puan, malangnya semua tempat duduk di kelas ekonomi sudah pun penuh. Tetapi saya akan memeriksa sekali lagi jika ada kerusi yang kosong"

Pramugari tersebut berlalu pergi tetapi kembali semula kepada wanita berkulit putih tersebut.

Puan, seperti mana yang saya beritahu sebentar tadi sememangnya tiada kerusi kosong di kelas ekonomi. Malah saya juga telah bertanya kepada kapten, beliau mengesahkan sendiri tiada kerusi kosong di kelas ekonomi. Tetapi kami punyai kerusi kosong di kelas pertama" Pramugari tersebut menjelaskan panjang lebar kepada wanita tersebut.

Sebelum wanita tua berkulit putih itu sempat berbicara, pramugari tersebut menyambungkan baris ayatnya yang seterusnya.

Namun ia adalah sesuatu yang luar biasa bagi syarikat kami membenarkan penumpang dari kelas ekonomi bertukar ke kelas pertama. Walau bagaimananpun, jika terdapat sebarang kesulitan yang ditimbulkan oleh penumpang sebelah. Kami terpaksa mengubah polisi tersebut."

Pramugari yang comel itu kemudian berpaling kepada lelaki tidak kacak berkulit hitam itu lalu berkata…….

Adalah lebih baik untuk Tuan mengemas segala barang-barang Tuan. Kami sudah memindahkan Tuan ke tempat duduk di kelas pertama"

Dan semua penumpang lain yang kelihatan terkejut dengan kejadian itu mula bertepuk tangan dan berdiri menyatakan sokongan kepada lelaki berkulit hitam itu.

Post Popularity 14.96%  
Popularity Breakdown
Views 0.61%  
Comments 29.31%  

Comments

Kisah Wanita Tua , Pramugari dan Lelaki Tidak Kacak Berkulit Hitam — 17 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge