Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Lelaki Kacak yang seorang ini entah macammana berkenan pulak dengan sorang wanita yang rasanya sudah berkahwin. Di sebabkan kulitnya yang hitam manis, kita gelarkan aje dia si Hitam Manis.
Bukan berkenan nak mengatal atau mengorat kerana Lelaki Kacak sudah punyai isteri yang cantik jelita tetapi Lelaki Kacak rasakan Si Hitam Manis ada sesuatu yang berbeza berbanding rakan-rakannya yang di sekeliling.
Disebabkan Lelaki Kacak tidak berminat ingin mengorat Si Hitam Manis yang berkemungkinan sudah berkahwin, Lelaki Kacak cuma simpan hasrat untuk bersahabat dengan Si Hitam Manis. Agak sukar untuk Lelaki Kacak mendekati Si Hitam Manis. Lelaki Kacak kena jaga reputasinya dan juga untuk mengelakkan fitnah. Jadi Lelaki Kacak cuma menunggu saat yang sesuai untuk menyatakan hasrat untuk bersahabat dengan Si Hitam Manis.
Target Lelaki Kacak ialah bersahabat dengan Si Hitam Manis di laman Facebook sahaja. Itu lebih mudah dan lebih terpelihara jika kita mampu mengawal emosi dengan baik. Setelah menanti berhari-hari, akhirnya Lelaki Kacak berani menyahut Cabaran Getir Lelaki Kacak untuk bertanyakan akaun Facebook Si Hitam Manis.
Tanpa diduga dalam perbualan tidak sampai 10 saat itu, Si Hitam Manis menyatakan dia tiada akaun Facebook.
Lelaki Kacak rasa kaget bercampur hairan. Agak aneh bila zaman sekarang ini, ada lagi yang tiada akaun Facebook. Lagi-lagi bagi pengguna Samsung Galaxy seperti Si Hitam Manis. Pun begitu, Lelaki Kacak percaya dan tidak lagi mengganggu si Hitam Manis.
Hari berlalu….. Entah macammana Lelaki Kacak berjaya terpandang Tag Nama Si Hitam Manis. Tahulah sekarang Lelaki Kacak nama sebenar si Hitam Manis. Memandangkan Si Hitam Manis memiliki akaun email, Lelaki Kacak cuba untuk bersahabat melalui email pula.
Walaupun tiada respon yang khusus daripada Si Hitam Manis, Lelaki Kacak peduli apa. Bagi Lelaki Kacak, Si Hitam Manis sudah dianggapnya sebagai sahabat dunia dan akhirat. Ada email yang baik untuk diforward, Lelaki Kacak akan forward kepada Si Hitam Manis kerana Si Hitam Manis tidak mempunyai rakan yang ramai. Makmal tempat Si Hitam Manis berkerja terletak jauh dari kawasan production dan betul-betul hulu hujung dunia kilang. Berbeza dengan Lelaki Kacak yang sudah mengenali ramai pekerja lain kerana Lelaki Kacak antara senior di tempat kerja.
Lelaki Kacak sempat bertanyakan perihal suami Si Hitam Manis. Suaminya berkerja di kilang yang sama tetapi berlainan bangunan.
Beberapa hari sesudah itu, Disebabkan Lelaki Kacak menguasai Ilmu Firasat 7 mata, akhirnya Lelaki Kacak terjumpa akaun Facebook Si Hitam Manis…
Ohh.. Tipu ye, Cakap takde akaun Facebook.
Selepas add Si Hitam Manis, Lelaki Kacak terus memberitahu Si Hitam Manis tentang perkara tersebut.
Masih belum mengaku.. Si Hitam Manis mengatakan dia tiada akaun Facebook. Salah orang katanya.
Tapi ternyata Si Hitam Manis sudah kantoi. Pun begitu Si Hitam Manis masih keberatan untuk accept persahabatan dengan Lelaki Kacak.
Sekarang kita baca alasan Lelaki Kacak mengapa dia ingin bersahabat dengan Si Hitam Manis di Facebook.
-
Setelah tahu akaun Facebook Si Hitam Manis, Lelaki Kacak juga tahu nama suaminya. Setelah mencuba menghantar email kilang kepada suaminya, namun ianya gagal. Tiada insan yang bernama seperti suaminya di kilang mereka berkerja ( tipu lagi ke?)
-
Facebook adalah tempat peribadi bagi kebanyakan orang. Kita tahu dengan siapa berkawan, update status mahupun sanak saudara sahabat kita. Bahkan kita boleh tahu tarikh lahir ataupun tarikh ulangtahun perkahwinanan .
-
Lelaki Kacak ingin bersahabat bukannya nak mengatal. Jika Lelaki Kacak tersasar tingkah laku, Si Hitam Manis boleh report pada isteri Lelaki Kacak, sebarkan kejahatan Lelaki Kacak di wall masing-masing.
-
Lelaki Kacak tidak berminat ingin meminta no handphone Si Hitam Manis jauh sekali nak ajak Si Hitam Manis berbual-bual jika bertemu mata. Lelaki Kacak sebenarnya seorang yang pemalu. Nak ajak keluar lagilah Lelaki Kacak tidak berminat. Si Hitam Manis kan isteri orang. Memang salah untuk jadi pihak ketiga.
-
Facebook boleh menjadi ruang untuk kita berdakwah , berkongsi maklumat serta berkongsi cerita tanpa batas (post ke public wall) ataupun ianya berbentuk peribadi (berbincang melalui message atau chatting).
-
Lelaki Kacak bersahabat dengan sesiapa sahaja tidak kira warna kulit, bangsa ataupun keturunan. Bahkan Lelaki Kacak tidak kisah tentang status sahabatnya yang lain. Ada lelaki yang sudah berkahwin, wanita sudah berkahwin mahupun yang bujang. Asalkan niat kena betul. Bersahabat di Facebook semata-mata kerana Allah s.w.t
Niat Lelaki Kacak hanyalah bersahabat. Sahabat boleh hingga ke akhir hayat. Bahkan ada yang berjanji untuk bersahabat dunia dan akhirat. Jika sampai ke tahap ini, perlu ada usaha dakwah dengan sahabat masing-masing agar tiada yang tercicir ke akhiran hidup yang tidak betul.
Semua niat kita semua dipermudahkan oleh Allah s.w.t dan diperelokkan. InsyaAllah.
↓





Nampaknya lelaki kacak punya niat yg baik =)
p.s-ada sambungan lagi ke ni?
niat kena betul bro. kalu tak kenapa mesti berkawan pulak.
kena tunggu dulu..ada sambungan atau tak.
Kalau kena caranya akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. :-)
itulah yang diharap2kan oleh lelaki kacak.
oh..si hitam manis still ada facebook, nampaknya TE jela yg takde facebook..hehe
bagus niat lelaki kacak tu, tapi kena hati2, fitnah sentiasa menacari ruang untuk masuk
bro TE kena ada FB. ada juga manafaatnya.
lelaki kacak memang berhati2.. supaya tiada sedikit pun ruang fitnah menyelit masuk. agak payah jika org sekeliling berburuk sangka
Si Hitam Manis tu sapa tu?
Rasanya nak kenal juga
hehe
agak payah lah bro. si hitam manis nampaknya sentiasa berhati2
siapakah si kacak tu??
susahlah nak cakap..lelaki kacak masih lagi ingin menyembunyikan identitinya. biar sajalah si Hitam Manis saja yang tau
Wah dah ada main silap mta ar pulak ahaks…
lelaki kacak, kenapa tak kawan dgn suaminya dulu? hehe.. lau betul niatnya, dimaafkan kot.. mungkin si hitam manis takut kot..
kalau saya pun, macam takut gak, wpun niat org tu baik.. entahlah, bila dah jadi isteri ni, banyak hati nak kena jaga.. walau pun suami ok, kadang2 kita takut juga..
ada kemungkinan juga si Hitam Manis menipu statusnya . Lelaki Kacak masih menyiasat
silalah jawab.. hehee..saper tu?
lelaki kacak masih segan untuk membongkarkan identitinya. kena sabar menanti nampaknya
mungkin si hitam manis tu ada alasan tersendiri utk tidak berkawan dgn lelaki kacak..
bhya2..hehe
Lelaki Kacak dah berterus terang utk bersahabat tetapi keputusan semuanya terletak pada si Hitam Manis. tiada paksaan.
dah lama menunggu baik buka kan sahaja tirai d balik langsir tuh ahaks dah cam anak dara pulaksss
Banyak betul lelaki kacak ne !!hee
pertandingan lelaki kacak memang buat ramai lelaki kacak perasan kacak nampaknya.
payah klu ramai yg perasan tapi klu nak tgu org memujia berkurun juga..baik kita ckp dan puji diri sndir sahaja
haha…btoi2 ikhlas llaki kacak2 nk berkawan..hehe
ada sambungan cite ni..tapi kena tunggu lelaki kacak cite dulu.
kac ak dan ctiklah klu seorng tu bkwn melalui fb secara ikhlas bukan tipu2 bagai heee..
mesti ada sebab tersendiri mengapa perlu jadi sahabat. tak semestinya cuma berdasarkan paras rupa sahaja
mesti selongkar ilmu apa yg dia ada.klua da ilmu berblogging bgus juga heeee
agaknya begitu. cite ni ada sambungannya. tunggu ye