Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sebenarnya aku mula melepasi ketika yang membosankan. Internet yang bermasalah serta blog yang gagal di akses. Jadi mood untuk berblogging dan melawat blog rakan-rakan lain kembali pulih seperti sedia kala.
Ada banyak cara untuk tunjukkan rasa gembira tidak terkata. Gembira tidak terkata bermaksud terlampau gembira hingga tidak mampu mengeluarkan kata-kata yang sesuai untuk diluahkan. Biasanya hanya aksi sahaja yang mampu mengambarkan betapa gembiranya si pelaku ketika itu.
Mungkin di bawah adalah antara aksi apabila Gembira Tidak Terkata.
1) Melakukan Sujud Syukur
Babak diambil semasa pemain bolasepak berjaya menjaringkan gol.
2) Tepuk tangan sorang-sorang, angkat tangan kemudian peluk insan tersayang
Babak semasa ending filem Pursuit Of Happyness berdasarkan kisah besar Chris Garder (seorang broker saham) lakonan Will Smith
3) Atau melakukan aksi seperti Fizz Fairuz semasa beliau memenangi Anugerah Pelakon Lelaki TV Popular Berita Harian baru-baru ini.
4) Menangis kerana terlalu gembira
Aksi gembira tak terkata sebegini sememangnya buat kepada yang melihatnya bukan sahaja turut tumpang gembira. Tetapi juga akan menerbitkan rasa terharu hingga mampu menitiskan air mata.
↓




Perasaan gembira memang ajaib
Sampai menangis tu
itulah gunannya air mata. bukan setakat guna waktu bersedih sahaja. time gembira pun boleh digunakan
berbagai cara digunakan untuk meluahkan kegembiraan yang teramat sangat
itu belum lagi yg melompat-lompat macam orang bikin stunt kung fu
Air mata yang terbit adalah daripada hati yang ikhlas kerana kegembiraan yang dicapai.
perasaan yang tidak mampu nak dibendung lagi. air mata menjadi perantaraan
kalau ko gembira..aku pun gembira jugaklahh..
syukur pada Allah.
macam tu lah yang sebetulnya
Assalam..
Kegembiraan memang akan terpancar di wajah..
walaupun cuba disembunyikan..ianya tetap boleh diperhatikan melalui gerak badan dan reaksi.
dh tgk pursuit of happyness…mmg terharu bila kejayaan dpt dicapai..
this little part of my life..is called happiness.. :)
saya sebenarnya masih belum berkesempatan menonton habis cerita ni. tapi part last tu mmg saya tonton. mmg terasa sayu hingga boleh menitiskan air mata bila kita tgk Chris tu gembira tak terkata
kene tgk bro..mmg struggle gile die nk hidup..pnah skali dok dlm tandas ngn anak die..sedih juga..
Saya gembira bila semua orang gembira ;) * Bila gembira sangat akan jadi kelu lidah nak berkata, kadang-kadang keluar air mata je sambil senyum huhu*
bila lidah tidak mampu berkata apa2 lagi..masa itulah perasaan gembira berada di tahap optimum. samada nak menangis kegembiraan atau bersorak sakan. kena buat pilihan
sllu sy akn mula senyum2 sdri klu gmbra..tidak lupa ucpkan syukru jua
ucapkan syukur satu kewajiban. cara nak rayakan sahaja berbeza ngan semua pihak
30/4/2012 jam 12.57am blog ini dha ok kan..sepenuhnya?
Alhamdulillah.. semuanya berkeadaan baik setakat ni.
Hehe..saya selalunya kalau gembira sgt, sengih je memanjang..haha.. tak over sgt tunjuk perasaan..haha
bila sengih memanjang.. orang yg biasa berada di sekeliling kita akan perasan ngan sengih kita tu..
mesti diaorag tanya..
baru menang loteri ke or dapat pakwe/makwe baru?
memang terbaek sujud syukur nie
Nikmat yang tak terkata perasaan gembira ni