Lelaki Kacak Salah Target

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Ini adalah sambungan kisah  Si Hitam Manis. Pun begitu jalan cerita di olah supaya bersesuaian dengan jalan cerita untuk menimbulkan suasana yang berbeza.

       Lelaki Kacak sebenarnya adalah agen rahsia yang ditugaskan mendekati si Hitam Manis. Setelah membuat semakan dan pantauan, akhirnya Lelaki Kacak membuat kesimpulan Si Hitam Manis sebenarnya masih belum berkahwin. Masih bujang dan masih lagi anak dara.

       Timeline Facebook Si Hitam Manis sudah memberikan bukti yang sangat jelas. Antara bukti yang boleh disertakan ialah:

- Jarang sekali lelaki berkahwin memberikan isterinya hadiah Teddy Bear. Lebih baik kasi barang kemas . Lepas tu pula, gambar si Hitam Manis bergambar dengan Teddy Bear di luar rumah, bukannya di dalam rumah.

- Masih membeli barang hantaran untuk perkahwinan.
Ada rakan Si Hitam Manis bertanya " Kau beli barang hantaran untuk kahwin ke Si Hitam Manis?"

- Si Hitam Manis menghabiskan masanya cutinya dengan kembarnya lebih kerap berbanding dengan pasangannya. Jika ada pun berdua-duaan pun cuma untuk makan malam.

Ternyata Si Hitam Manis melakukan penipuan tetapi disebabkan Lelaki Kacak adalah agen rahsia yang berguru dengan Jason Bourne. Penipuannya itu hanya memakan dirinya sendri.

 

Adakah dengan status bujang membuatkan Lelaki Kacak terus mencuba nasib? Tentu korang akan fikirkan ya. Pada mulanya memanglah Lelaki Kacak ingin terus mencuba nasib tetapi ada kesilapan yang sangat besar diketahui oleh pihak atasan Lelaki Kacak (agen rahsia tahap bos).

 

Salah Target

 

Walaupun Lelaki Kacak tergolong dalam golongan agen rahsia paling pakar dan unggul, ternyata Lelaki Kacak tidak lekang dari membuat kesalahan. Bahkan kesalahannya kali ini sangat besar. Semasa membuat laporan harian kepada pihak atasan. Pihak atasan berkata sesuatu yang mengejutkan…

 

"It not Si Hitam Manis we want. You target a wrong person"

 

"What ?!!" terkejut beruk Lelaki Kacak

 

"So.. who is the right person???" Lelaki kacak bertanya dengan mata yang terbeliak.
 

" Whose Know ? She already in your's facebook friend list"

 

Rasa seperti kena tembak dengan sniper pada jarak 2 kilometer.

Rasa macam nak lari jauh-jauh pergi ke Pulau Terpencil tidak berpenghuni. Begitulah yang Lelaki Kacak rasakan.

 

Target Baru

Setelah membuat penyemakan data semula. Barulah Lelaki Kacak sedar akan kesilapan yang berlaku. Memang benarlah Lelaki Kacak tersalah target. Siapakah sebenarnya target Lelaki Kacak yang sebenarnya jika bukan Si Hitam Manis. Kita gelarkan sahaja Si Target Baru

Antara data yang disemak dan dipastikan betul

- Target Baru ini sudah menjadi rakan Facebook Lelaki Kacak sejak dua tahun lamanya. Hubungan hanya biasa-biasa sahaja pada awalnya. Bahkan Target Baru itu sendiri yang memulakan perkenalan (add Lelaki Kacak dahulu).

- Semasa ingin mengganggu Si Hitam Manis , Lelaki Kacak sebenarnya terlebih dahulu meletakkan Si Target Baru dalam list 'close friend'. Close Friend membawa maksud Lelaki Kacak boleh memantau pergerakan Si Target Baru dengan berkesan tanpa menyedari Si Target Baru adalah orang yang dicari selama ini bukannya si Hitam Manis.

- Si Target Baru memiliki watak dan ciri kawan yang sememangnya dicari-cari oleh Lelaki Kacak. Si Target Baru penuh dengan motivasi, berfikiran positif, seorang yang menitik beratkan soal agama. Lelaki Kacak sebenarnya sudah tertarik hati dengan setiap tulisan yang ituliskan di wall Facebook Si Target Baru.

- Jika Lelaki Kacak dapat anak perempuan, Lelaki Kacak ingin namakan anak perempuannya sempena nama Si Target Baru sebagai penghormatan kepada Si Target Baru atas dasar persahabatannya.

- Hubungan antara Lelaki Kacak dan Si Target Baru sebenarnya semakin baik sejak akhir-akhir ini sebagai sahabat. Bahkan Lelaki Kacak sudah menganggap Si Target Baru sahabatnya dunia dan akhirat lebih awal sebelum mengenali Si Hitam Manis.

- Lelaki Kacak sukakan Si Target Baru tanpa mengetahui paras rupanya kerana Si Target Baru tidak pernah meletak dan berkongsi gambar peribadi dengan rakan-rakan yang lain. Lelaki Kacak hanya berkesempatan melihat Si Target Baru kerana ada rakannya TAG namanya pada gambar dalam satu percutian. Pun begitu, TAG tersebut sudah diremove. Lelaki Kacak tertarik hati dengan sikap yang ditunjukkan pada setiap tulisannya di wall. Paras dan rupa bukanlah satu ukuran sebenarnya pada waktu itu dan kini.

- Paling mengejutkan. Si Target Baru sebenarnya berada dalam bangunan yang sama dengan Lelaki Kacak dan juga si Hitam Manis.

 

Dengan ini, Lelaki Kacak terus mengabaikan Si Hitam Manis tanpa ada ucapan Selamat Tinggal. Bahkan Lelaki Kacak batalkan keahlian untuk menjadi rakan Facebook Si Hitam Manis.

Harap korang semua faham dengan situasi getir Lelaki Kacak.

Harap korang semua sudi doakan kesejahteraan Si Target Baru. Agar dia sentiasa berada dalam jagaan Allah. Agar dia sentiasa menjadi wanita yang cemerlang. InsyaAllah. Amin

 

 

Post Popularity 27.59%  
Popularity Breakdown
Comments 27.59%  

Comments

Lelaki Kacak Salah Target — 16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge