Juara Liga Berturut-Turut

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Setelah hampir semua pasukan di Eropah diketahui gelaran Juara Liga di negara masing-masing. Aku cuma ingin berkongsi beberapa pasukan yang biasa bergelar juara liga berturut-turut.

Kita ikut jalan cerita seperti teka-teki dalm filem Nujum Pak Belalang.

SATU.. banyak…. banyak -

jadi juara memang senang sangat.

Terlalu banyak kelab di Eropah yang bergelar juara musim selama setahun. Tahun berikutnya pasukan itu mengalami kekalahan. Contoh pasukan, tidak perlu dinyatakan barangkali.
 

DUA.. Sikit.. sikit..

ada pasukan atau individu yang berjaya mengekalkan kejuaraan. tapi ini belum cukup hebat. Antara pasukan yang berjaya mengekalkan kejuaraan untuk musim kedua antaranya :

Chelsea ( Kelab EPL)2004-2005, 2005-2006.

Zenit Saint Petersburg ( Rusia)2010-2011,2011-2012

Rubin Kazan (Rusia)2008, 2009

Borussia Dortmund (Bundesliga)1994-1995,1995-1996 dan juga 2010-2011,2011-2012

Fenerbahçe (Turki) 2003-2004, 2004-2005

 

Tiga.. Jarang.. Jarang…

Mengekalkan kejuaraan untuk tahun ketiga berturut-turut agak sukar untuk dilakukan tetapi masih ada beberapa pasukan di Eropah yang berjaya melakukannya.

Antaranya:

Manchester United  (English) pada tahun 98-99,99-2000,2000-2001 dan tahun 06-07,07-08,08-09.

AFC Ajax (Belanda) pada tahun 1965-1966,1966-1967-1968 juga pada tahun 1993-1994,1994-1995,1995-1996.

Benfica (Portugal) pada tahun 1966-1967,1967-1968,1968-1969 juga tahun 1970-1971, 1971-1972, 1972-1973 dan tahun 1974-1975, 1975-1976, 1976-1977

Bayern Munich ( Bundesliga) pada tahun 1984-1985,1985-1986,1986-1987

AC Milan (Itali – Serie A) pada tahun 1991-1992,1992-1993,1993-1994

 

 

Empat.. Kadang… Kadang..

Masih ada pasukan yang pernah merangkul kejuaraan untuk tahun keempat berturut-turut dan seterusnya.

 

Juara Liga 4 tahun berturut-turut

Marseille (Perancis) menjadi juara pada tahun 1988-1989,1989-1990,1990-1991,1991-1992 (tahun 1992-1993 juga menjadi juara liga tetapi dibatalkan kerana terbabit dalam skandal rasuah. Tiada juara baru dinobatkan)

Barcelona (Sepanyol) menjadi juara pada tahun 1991-1992, 1992-1993, 1993-1994, 1994-1995

Galatasaray (Turki)  menjadi juara pada tahun 1996-1997,1997-1998,1998-1999,1999-2000

PSV Eindhoven ( Belanda ) menjadi juara pada tahun 1985-1986,1986-1987, 1987-1988, 1988-1989 dan juga pada tahun 2005-2005, 2005-2006, 2006- 2007, 2007-2008

Sporting Lisbon (Portugal ) menjadi juara pada tahun 1950-1951, 1951-1952, 1952-1953, 1953-1954

 

Juara Liga 5 tahun berturut-turut.

 

Juventus (Itali Serie A) menjadi juara pada tahun 1930-1931,1931-1932,1932-1933,1934-1935,1935-1936

Torino (Itali Serie A) menjadi juara pada tahun 1942-1943,1945-1946,1946-1947,1947-1948,1948-1949 (tahun 1943-1945 Perang Dunia ke2)

Inter Milan (Itali Serie A) menjadi juara pada tahun 2005-2006,2006-2007,2007-2008,2008-2009,2009-2010

-pada tahun 2005-2006, Juventus adalah juara sebenar di atas padang, namun pada tahun tersebut berlaku skandal rasuah dan mengatur perlawanan. Pasukan Juventus dan beberapa pasukan lain disabitkan melakukan kesalahan. Juventus dilucutkan gelaran juara dan disingkirkan ke Serie B, manakala AC Milan yang berada di tempat kedua ditolak mata sebanyak 45mata membolehkan Inter Milan di tempat ketiga bergelar juara pada tahun tersebut..

- Namun Juventus telah menunjukkan bukti bahawa pasukan mereka tidak melakukan kesalahan tersebut dan mendakwa disabotaj. Walaupun kes tidak memihak kepada Juventus, Juventus mengancam untuk menyaman pihak terbabit dengan jumlah saman 444juta Euro.

Porto (Portugal) menjadi juara pada tahun 1994-1995,1995-1996,1996-1997,1997-1998,1998-1999

 

Juara Liga 6 tahun berturut-turut

 

 

Spartak Moscow (Rusia) menjadi juara pada tahun 1996,1997,1998,1999,2000 dan 2001

 

Juara Liga 7 tahun berturut-turut

 

 

 

Olympique Lyonnais atau Lyon (Perancis Ligue1) menjadi juara pada tahun 2001-2002,2002-2003,2003-2004,2004-2005,2005-2006,2006-2007,2007-2008

 

 

p/s : kesemua kejohanan liga adalah berdasarkan liga utama atau divisyen 1 negara masing-masing.

 

 

Post Popularity 10.34%  
Popularity Breakdown
Comments 10.34%  

Comments

Juara Liga Berturut-Turut — 6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge