Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Setelah hampir semua pasukan di Eropah diketahui gelaran Juara Liga di negara masing-masing. Aku cuma ingin berkongsi beberapa pasukan yang biasa bergelar juara liga berturut-turut.
Kita ikut jalan cerita seperti teka-teki dalm filem Nujum Pak Belalang.
SATU.. banyak…. banyak -
jadi juara memang senang sangat.
Terlalu banyak kelab di Eropah yang bergelar juara musim selama setahun. Tahun berikutnya pasukan itu mengalami kekalahan. Contoh pasukan, tidak perlu dinyatakan barangkali.
DUA.. Sikit.. sikit..
ada pasukan atau individu yang berjaya mengekalkan kejuaraan. tapi ini belum cukup hebat. Antara pasukan yang berjaya mengekalkan kejuaraan untuk musim kedua antaranya :
Chelsea ( Kelab EPL) – 2004-2005, 2005-2006.
Zenit Saint Petersburg ( Rusia)- 2010-2011,2011-2012
Rubin Kazan (Rusia) - 2008, 2009
Borussia Dortmund (Bundesliga) – 1994-1995,1995-1996 dan juga 2010-2011,2011-2012
Fenerbahçe (Turki) - 2003-2004, 2004-2005
Tiga.. Jarang.. Jarang…
Mengekalkan kejuaraan untuk tahun ketiga berturut-turut agak sukar untuk dilakukan tetapi masih ada beberapa pasukan di Eropah yang berjaya melakukannya.
Antaranya:
Manchester United (English) pada tahun 98-99,99-2000,2000-2001 dan tahun 06-07,07-08,08-09.
AFC Ajax (Belanda) pada tahun 1965-1966,1966-1967-1968 juga pada tahun 1993-1994,1994-1995,1995-1996.
Benfica (Portugal) pada tahun 1966-1967,1967-1968,1968-1969 juga tahun 1970-1971, 1971-1972, 1972-1973 dan tahun 1974-1975, 1975-1976, 1976-1977
Bayern Munich ( Bundesliga) pada tahun 1984-1985,1985-1986,1986-1987
AC Milan (Itali – Serie A) pada tahun 1991-1992,1992-1993,1993-1994
Empat.. Kadang… Kadang..
Masih ada pasukan yang pernah merangkul kejuaraan untuk tahun keempat berturut-turut dan seterusnya.
Juara Liga 4 tahun berturut-turut
Marseille (Perancis) menjadi juara pada tahun 1988-1989,1989-1990,1990-1991,1991-1992 (tahun 1992-1993 juga menjadi juara liga tetapi dibatalkan kerana terbabit dalam skandal rasuah. Tiada juara baru dinobatkan)
Barcelona (Sepanyol) menjadi juara pada tahun 1991-1992, 1992-1993, 1993-1994, 1994-1995
Galatasaray (Turki) menjadi juara pada tahun 1996-1997,1997-1998,1998-1999,1999-2000
PSV Eindhoven ( Belanda ) menjadi juara pada tahun 1985-1986,1986-1987, 1987-1988, 1988-1989 dan juga pada tahun 2005-2005, 2005-2006, 2006- 2007, 2007-2008
Sporting Lisbon (Portugal ) menjadi juara pada tahun 1950-1951, 1951-1952, 1952-1953, 1953-1954
Juara Liga 5 tahun berturut-turut.
Juventus (Itali Serie A) menjadi juara pada tahun 1930-1931,1931-1932,1932-1933,1934-1935,1935-1936
Torino (Itali Serie A) menjadi juara pada tahun 1942-1943,1945-1946,1946-1947,1947-1948,1948-1949 (tahun 1943-1945 Perang Dunia ke2)
Inter Milan (Itali Serie A) menjadi juara pada tahun 2005-2006,2006-2007,2007-2008,2008-2009,2009-2010
-pada tahun 2005-2006, Juventus adalah juara sebenar di atas padang, namun pada tahun tersebut berlaku skandal rasuah dan mengatur perlawanan. Pasukan Juventus dan beberapa pasukan lain disabitkan melakukan kesalahan. Juventus dilucutkan gelaran juara dan disingkirkan ke Serie B, manakala AC Milan yang berada di tempat kedua ditolak mata sebanyak 45mata membolehkan Inter Milan di tempat ketiga bergelar juara pada tahun tersebut..
- Namun Juventus telah menunjukkan bukti bahawa pasukan mereka tidak melakukan kesalahan tersebut dan mendakwa disabotaj. Walaupun kes tidak memihak kepada Juventus, Juventus mengancam untuk menyaman pihak terbabit dengan jumlah saman 444juta Euro.
Porto (Portugal) menjadi juara pada tahun 1994-1995,1995-1996,1996-1997,1997-1998,1998-1999
Juara Liga 6 tahun berturut-turut
Spartak Moscow (Rusia) menjadi juara pada tahun 1996,1997,1998,1999,2000 dan 2001
Juara Liga 7 tahun berturut-turut
Olympique Lyonnais atau Lyon (Perancis Ligue1) menjadi juara pada tahun 2001-2002,2002-2003,2003-2004,2004-2005,2005-2006,2006-2007,2007-2008
p/s : kesemua kejohanan liga adalah berdasarkan liga utama atau divisyen 1 negara masing-masing.
↓






Fakta menarik yang bro kumpulkan mengenai Juara Liga berturut-turut.
rekod macamni lebih seronok untuk dibaca berbanding gelaran juara tahun lepas..tetapi tidak berjaya mengekalkannya.
wah, ada yang sampai 7 kali berturut tu
mesti pasukan lain bengang je
maybe diorg hebat sgt..huhu
walaupun pasukan- pasukan ini memang hebat, tapi masih gagal menyerlah dalam UEFA Champion League
sebenarnya Certic dan juga Ranjer daripada negara Scotland pernah jadi juara liga 9 tahun berturut-turut tetapi disebabkan ketika itu liga negara Scotland blm diwartakan sebagai liga utama, jadi tidak boleh diambil kira.