Masalah Ladfeamir.com

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 

 

Sebenarnya blog aku ini sering sahaja berlaku masalah seperti di dalam gambar. Bukan ladfeamir.com sahaja yang berkeadaan begini, blog aku yang satu lagi juga sering bermasalah yang sama. Ianya berlaku setiap kali aku ingin update blog. Ada masa dan ketika ianya boleh diakses seperti biasa. Tetapi bila ia mula gagal diakses, ia akan terpapar seperti gambar. Aku bukan sahaja gagal untuk login ke ruangan admin, bahkan aku gagal menjenguk blog aku sendiri.

Ada masanya aku berjaya akses, tetapi bila nak update entri ataupun update plugin, masalah akan hadir seperti dalam gambar.

Aku tidak pasti masalah ini berpunca daripada mana. Ini cuma andaian yang sedang bermain di minda aku yang ada masanya tersalah target dan maklumat.

1) Antara sebab kemungkinan adalah berpunca dari server hosting yang aku langgan. Kedua-dua blog aku menggunakan perkhidmatan hosting di syarikat yang sama. Maka tidak hairan jika pada satu-satu masa ianya memang gagal untuk diakses. Pun begitu ini cuma andaian nakal dalam kepala otak aku sahaja.

2) Firewall dan masalah talian internet juga aku andaikan menjadi punca masalah. Aku pernah 'reset' butang modem, masalah ini berjaya diselesaikan sekejap. Kemudian ia bermasalah kembali.

Jika menggunakan prepaid internet melalui smartphone, aku boleh melawat blog aku sendiri tanpa ada masalah. Tetapi jika menggunakan wifi melalui modem rumah, masalah akan berulang.

Jadi, aku nak minta pendapat atau sekadar bantuan pembaca blog ladfeamir.com, semasa korang membaca entri di blog aku….

1) adakah susah nak akses ke blog aku?

2) adakah berlaku masalah laging atau proses untuk masuk ke blog aku slow macam siput?

3) ada tak sesiapa dikalangan anda yang menghadapi masalah yang sama?

 

terima kasih

Post Popularity 27.59%  
Popularity Breakdown
Comments 27.59%  

Comments

Masalah Ladfeamir.com — 16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge