Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebenarnya blog aku ini sering sahaja berlaku masalah seperti di dalam gambar. Bukan ladfeamir.com sahaja yang berkeadaan begini, blog aku yang satu lagi juga sering bermasalah yang sama. Ianya berlaku setiap kali aku ingin update blog. Ada masa dan ketika ianya boleh diakses seperti biasa. Tetapi bila ia mula gagal diakses, ia akan terpapar seperti gambar. Aku bukan sahaja gagal untuk login ke ruangan admin, bahkan aku gagal menjenguk blog aku sendiri.
Ada masanya aku berjaya akses, tetapi bila nak update entri ataupun update plugin, masalah akan hadir seperti dalam gambar.
Aku tidak pasti masalah ini berpunca daripada mana. Ini cuma andaian yang sedang bermain di minda aku yang ada masanya tersalah target dan maklumat.
1) Antara sebab kemungkinan adalah berpunca dari server hosting yang aku langgan. Kedua-dua blog aku menggunakan perkhidmatan hosting di syarikat yang sama. Maka tidak hairan jika pada satu-satu masa ianya memang gagal untuk diakses. Pun begitu ini cuma andaian nakal dalam kepala otak aku sahaja.
2) Firewall dan masalah talian internet juga aku andaikan menjadi punca masalah. Aku pernah 'reset' butang modem, masalah ini berjaya diselesaikan sekejap. Kemudian ia bermasalah kembali.
Jika menggunakan prepaid internet melalui smartphone, aku boleh melawat blog aku sendiri tanpa ada masalah. Tetapi jika menggunakan wifi melalui modem rumah, masalah akan berulang.
Jadi, aku nak minta pendapat atau sekadar bantuan pembaca blog ladfeamir.com, semasa korang membaca entri di blog aku….
1) adakah susah nak akses ke blog aku?
2) adakah berlaku masalah laging atau proses untuk masuk ke blog aku slow macam siput?
3) ada tak sesiapa dikalangan anda yang menghadapi masalah yang sama?
terima kasih
↓





Saya masuk blog tidak ada masalah. Cuba minta bantuan teknikal TM mungkin ada masalah line quality.
blm mintak bantuan TM tapi pada masa yang sama jika guna YES boardband pun akan datang masalah yang sama
xde masalah pape pun, ok je ni.
mungkin server yg problem kot.
Pihak hosting cakap mereka tiada masalah.
aku masuk ni juga tak ada masalah apa
macam biasa je
sy pon tiada mslh..tiap2 hari sy blogwalking ke sini..xder lak kuar error tu..
terima kasih bro kerana sudi jenguk kat sini.
tak tahu nak cakap mcm mana. masalah berulang masa nak buat post baru. setiap kali nak letak gambar atau update plugin..kena restart modem balik, baru ok
yela..rasanya tiada mslah..
mungkin masalah cuma hadir bila login sebagai admin
So far ok je….blog loading pun best….selalu optimize database tak?
tak pernah lakukan optimize database sebelum ni
oke je msok sini… laju je loadingnya…
nampaknya pembaca tiada masalah. hosting juga kata tiada masalah. nampaknya admin yang bermasalah sbb bila pakai streamyx dan YES, masalah akan berlaku
Ok jer. Ada cuba contact hosting tak bertanya khabar. :)
sudah bagitau hosting, tetapi mereka kata tiada masalah. cuma mereka kata ada pelanggan bagitau tmnet yang ada sesetengah blog sukar nak diakses