Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Di hari jumaat yang mulia dan diberkati ini, ramailah jemaah solat jumaat yang sudi menghulurkan sedekah sama ada menggunakan wang ataupun berupa makanan.Kebiasaan yang kita selalu jumpa adalah sedekah Buah Pisang, kerana Buah Pisang adalah buah yang boleh didapati sepanjang musim.
Buah Pisang jenis Pisang Emas, Pisang Embun ataupun Pisang Berangan sememangnya menjadi kegemaran mereka yang suka bersedekah dan juga para jemaah lain yang memang suka menikmati Buah Pisang.
Aku biasanya akan solat Jumaat di masjid yang berlainan berhampiran dengan tempat aku berurusan ketika itu. Memang Buah Pisang akan menjadi pilihan utama tetapi sejak akhir-akhir ini ada jemaah yang sudah pandai upgrade cara mereka bersedekah selain bersedekah Buah Pisang.
Berikut adalah antara jenis-jenis sedekah lain yang disedekahkan oleh jemaah yang budiman.
1) Air Mineral dan sebarisnya,
Ada jemaah yang budiman yang meletakkan 2 atau 3 kotak yang berisi botol mahupun cawan yang berisi Air Mineral ataupun air lain yang dibotolkan. Bahkan ada juga jemaah yang budiman yang sedekahkan sepapan Air Kotak untuk dinikmati oleh jemaah yang lain.
Kawasan sekitar Puchong penuh dengan pekerja yang berasal dari negara jiran, mereka sering ke masjid dengan hanya berjalan kaki. Air Mineral yang disediakan sudah pasti berharga untuk mereka hilangkan penat lelah dalam perjalanan ke masjid.
2) Nasi Campur Bungkus Dan Sepadannya
Aku pernah perhatikan ada jemaah yang bersedekah Nasi Campur Bungkus yang berlaukkan Ayam Masak Kari berserta sayur. Walaupun jumlah yang disedekahkan tidak begitu banyak (anggaran dalam 15 bungkus), nilainya sudah pasti bukan semua jemaah mahu sediakan dan hulurkan sebanyak itu. Pernah juga ada jemaah yang bersedekah Nasi Lemak bungkus berharga rm1.00
3) Bubur Nasi Dan Sepadannya.
Yang ini sebenarnya salah satu cara baru untuk bersedekah. Tidak dapat dipastikan samaada pihak masjid yang menyediakannya ataupun ada pihak lain yang menyediakannya, kerana terdapat 3 bakul/ raga besar yang berisi Bubur di dalamnya (anggaran dalam 100 lebih). Aku sendiri tidak melepaskan peluang untuk mengambilnya.
4) Hulur duit kepada peniaga untuk menjamu jemaah makan.
Pernah ada seorang hamba Allah yang bersedekah kepada peniaga makanan di masjid untuk menjamu selera jemaah lain.
Sebagai contoh, hamba Allah ini sedekahkan rm400 untuk makanan berharga rm4, maka jumlah jemaah yang boleh makan free ialah sekitar 100 orang termasuklah aku.
5) Buah-buahan Bermusim
Ada juga jemaah yang budiman yang bersedekah buah-buahan yang bermusim seperti Nangka, Rambutan ataupun Manggis.
tiadak kiralah apa juga bentuk sedekah yang dihulurkan asalkan ianya dilakukan dengan ikhlas dan kerana Allah Taala. Semoga Allah menerima setiap sedekah mereka semua. InsyaAllah
↓





Tidak susah untuk beramal denga bersedekah.
yang penting kena ikhlas semata2 kerana Allah. bukan niat nak menunjuk2.
jom2 bersedekah.. :)
sedekah tangan kanan tapi tangan kiri tidak sedari lebih afdal.
sedekah pisang setandan dua pun dah cukup bagus apa..cuma kekadang, pelik dengan orang kita. lepas makan pisang, kulit buang merata..padahal..tong sampah depan mata..
mmg betul tu. padahal tong sampah dan plastik sampah sudah disediakan. tapi macam tak nampak je
Bersedekah hendaklah dengan hati yang tulus ikhlas,,,
insyaAllah , kita semua bersedekah dgn niat kerana Allah dan ikhlas
bermacam2 cara nk sedekah..nak x nak jer.. :)
terpulang kepada idea dan kemampuan masing-masing
salam admin….
yea….. kita bersedekah lah apa saja yg kita ada… wang ringgit, tenaga atau ilmu…
tentu lebih baik sedekah kepada yg sgt memerlukan …
asalkan ianya dilakukan dengan ikhlas dan kerana Allah Taala
Bersedekah baik untuk jiwa ,juga pahala
ramai yang belum faham konsep sedekah. ramai yang takut keluar duit utk sedekah, takut habis duit katanya
ramai orng yng boleh keluar duit untuk beli benda lain..tapi nk bersedekah amatlah susah..
mmg kebiasaan mcmtu. kecendunganutk melakukan kebaikan mmg susah nak dipupuk secara semulajadi
besar pahal sedekah nie…untuk bersihkan hati dan rezeki kita
insyaAllah. setiap pahala Allah akan bagi pulangan paling kurang 10x ganda. belum lagi pahala utk bekal di akhirat lagi tu
kenapa sedeqah tu biasa dibuat pd hari jumaat ek? hari jumaat pahala lbih ker? ;)
bro @sohoque
bukan kerana jumaat ada pahala lebih, tetapi sesuai kerana waktu itu ramai lelaki akan ke masjid berbanding aktu solat yang lain