Berfikir Panjang

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

image

Disaat ada rakan-rakan yang sudah pakai kamera DSLR membuatkan hati aku cemburu. Waktu mendaki Puncak Broga tempoh hari, ramai yang menggunakan kamera DSLR untuk mengabadikan kenangan penat lelah mendaki membuatkan aku rasa sedikit bengang.

Di ketika aku kembali tenang, aku fikirkan kembali yang aku masih lagi makan gaji serta bekerja shift di sebuah kilang terkemuka di Lembah Klang. Aku memang teringin nak juga kamera DSLR namun mengambil kira waktu yang sering aku peruntukkan di tempat kerja membuatkan aku berfikir lebih panjang.

Pada waktu yang sama, aku masih merasa bertuah kerana aku berpeluang menggunakan kemudahan internet secara percuma selama setahun dengan adanya YES Broadband. Bukan semua rakan-rakan berpeluang seperti aku.

Ya, aku berkira-kira akan Pro dan Kontra untuk memiliki kamera DSLR dan juga setelah berpeluang menggunakan internet percuma. Boleh menjenguk blog rakan-rakan lain. Boleh update blog di mana sahaja. Boleh mencari info dan bahan di internet secara percuma. Sebenarnya itu adalah nikmat dan anugerah yang besar sebenarnya.

Aku boleh beli kamera DSLR, mengusungnya ke sana-sini sambil menggunakan internet percuma. Ada satu masalah. Kamera DSLR tidak disertakan dengan Wifi. Smartphone Samsung Galaxy Ace yang aku gunakan pula terhad penggunaannya dan teknologi yang disertakan masih lagi belum cukup untuk bikin hati aku puas. Lalu aku membuat keputusan yang baru. Aku membatalkan niat untuk memiliki kamera DSLR buat sementara waktu sebaliknya bercadang menukar Smartphone.

Ada dua pilihan dalam kepala otak aku ini. Samsung Galaxy Note ataupun Samsung Galaxy S3.

Samsung Galaxy Note memang bapak besar bagi kebanyakan Smartphone manakala Samsung Galaxy S3 adalah antara smartphone paling canggih ketika ini. Beza harga tidak begitu ketara.

image

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk memiliki Samsung Galaxy S3 kerana tertarik dengan beberapa kelebihan yang ada pada Samsung Galaxy S3. Walaupun gambar yang diambil tidaklah sehebat gambar yang diambil menggunakan kamera DSLR, terdapat banyak sebab untuk aku membeli Samsung Galaxy S3 berbanding memiliki kamera DSLR.

Review Samsung Galaxy S3 akan menyusul tidak lama lagi setelah aku menilainya dari pelbagai sudut.

Post Popularity 2.59%  
Popularity Breakdown
Views 0.01%  
Comments 5.17%  

Comments

Berfikir Panjang — 3 Comments

  1. betul2 dalam dilema ni…aku pon sekarang sedang menimbang tara unutk beli DSLR sebijik…tapi sebab niat baru nak berlajar nak angkat yang second je satu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge