Soo Wincci, Bukan Cinta Biasa. Usah. Terus-teranglah. Cinta Abadi

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

 

Umum mengetahui Dato' Dr Fazley menjadi Johan Musim Pertama Masterchef Selebriti Malaysia. Pada pandangan aku pula, ada seorang lagi pemenang iaitu people's champ Soo Wincci. Manakan tidak, bermula daripada tidak dikenali oleh rakyat selain berbangsa Cina kini Soo Wincci mula dikenali selepas menyertai pertandingan Masterchef Selebriti Malaysia. Walaupun hanya sampai di peringkat separuh akhir, tidak dapat dinafikan aura jelitawan Bekas Ratu Cantik Malaysia ini cukup berkesan dalam rancangan Masterchef Selebriti Malaysia. Ramai juga yang sedih kerana beliau tersingkir di separuh akhir.

Aku dapati ramai yang menjadi peminat beliau samaada di Facebook, Twitter mahupun Intragram sejak beliau menjadi Selebriti di Masterchef Selebriti Malaysia. Walaupun gagal ke pertandingan akhir, Astro memberi membuka cabang rezeki untuk beliau apabila beliau dilamar menjadi Hos "Hello Bro, Tolong Masak" yang akan ke udara di Astro di bulan Ramadan ini. Bahkan kalau tidak silap, satu Telemovie sempena Hari Raya bertajuk "Lemang Sebatang" turut dilakoni oleh beliau.

Soo Wincci yang cantik sangat ini sememangnya peminat Datuk Siti Nurhaliza. Boleh menyanyikan lagu Datuk Siti Nurhaliza dengan baik dan bagus sekali.

 

Soo Wincci juga ada merakamkan lagu Melayu berjudul Usah dan juga Cinta Abadi sebelum ini. Sedap lagunya. Suaranya merdu dan bagus.

 

USAH – Soo Wincci

 

Cinta Abadi – Soo Wincci

 

 

 

Untuk pengetahuan korang semua, Soo Wincci baru sahaja melancarkan mini album 'Terus Terang' pada hari semalam. Difahamkan ini adalah mini album yang mengandungi 4 lagu berbahasa Melayu keseluruhannya melibatkan komposer Ajai dan Joe Flizzow. Akan berada di pasaran pada bulan September nanti.

Selepas berlakon Telemovie dan menjadi pengacara rancangan masakan. Aku harap adalah pengarah filem Melayu yang sudi menyunting Soo Wincci menjadi heroin untuk filem arahan mereka. Jangan dipandang rendah akan bakat lakonannya, nanti disambar oleh pengarah filem Hong Kong baru korang rasa rugi.

Oh ya. Soo Wincci pun ada blog peribadi . Mari kita terjah dan ucapkan selamat berjaya untuknya. Yang menariknya, setiap update beliau samaada di blog ataupun di Facebook akan disertakan dengan tiga bahasa. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Ya.. Aku pun peminat Soo Wincci gara-gara Masterchef Selebriti.. Good Luck To You..Wincci.

Post Popularity 10.34%  
Popularity Breakdown
Comments 10.34%  

Comments

Soo Wincci, Bukan Cinta Biasa. Usah. Terus-teranglah. Cinta Abadi — 6 Comments

  1. susah sikit nak naik ni…tetapi respect la dkt dia sbb nak nyanyi dalam bahasa melayu walaupon berbangsa cina…sedangkan orang melayu berlagak nak nyanyi dalam BI plak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge