Assalamualaikum dan Sejahtera.
Apa khabar korang semua? Semoga korang semua sihat waafiat di minggu pertama tahun 2013.
Minggu ini selain dari entri Contest Cikai, aku akan postkan entri ini bersama sambungannya setiap hari sehingga habis cerita.
Amaran..kisah Lagi RM20 Sahaja ini adalah kisah benar yang berlaku kepada aku pada tahun lepas (minggu lepas). Sekiranya korang rasa suspen dan berdebar-debar, sila bertenang seketika. Sebab ianya memang suspen.
Korang pernah tidak cukup duit waktu hantar kereta ke pusat servis? Itulah yang berlaku kepada aku baru-baru ini.
Terkejut Dengan Bil.
Kereta Viva aku sudah lama tidak di servis. So, Isteri aku pun kasi sedikit duit dengan dua kupon diskaun untuk aku servis kereta Viva itu dengan temujanji ditetapkan selepas Solat Jumaat. Aku menyangka bayaran yang bakal dikenakan tidaklah banyak mana tetapi nampaknya tekaan aku dan isteri meleset sama sekali. Petugas khidmat pelanggan membuat sedikit pemeriksaan ke Viva aku sambil menyatakan banyak benda yang perlu ditukar. Aku bersetuju juga agar kesemua tayar Viva di selaraskan kembali kerana pemanduan sudah tidak begitu lancar.
Selepas petugas khidmat pelanggan berbicara dengan aku, dia pun menconggak jumlah bayaran yang bakal dikenakan. Lantaran kereta Viva sudah lama tidak diservis, ada banyak benda yang perlu ditukar dan di selaras semula. Sistem komputer berada dalam situasi OFFLINE menyebabkan petugas terbabit menulis kesemua data pemeriksaan dengan cara manual. Kemudian dia mengeluarkan kakulator lalu mula menconggak jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh aku.
Aku sedikit terkejut lagi terkedu masa melihat petugas ini mengira. Ianya memang sudah diluar budget yang aku sediakan. Bahkan bayaran yang akan dikenakan tersebut jauh lagi banyak berbanding duit yang ada dalam wallet aku. Walaupun terkejut seketika dengan reset bil, aku tetap tandatangani reset untuk servis Viva aku. Macam tidak masuk akal, amaun yang dikira setiap satu cuma berharga belasan ringgit dan puluhan ringgit. Bila dicampurkan kesemuanya ianya sekali ganda dari budjet yang aku dan isteri sediakan
Aku kemudiannya menghubungi isteri aku supaya menghantar bantuan kemanusiaan ke dalam akaun maybank aku. Korang boleh isi borang ‘ Hubungi Saya‘ untuk mengetahui nombor akaun Maybank aku sambil masukkan sedikit wang secara percubaan jika korang tidak percaya . Isteri aku terkejut dengan jumlah yang perlu dibayar tetapi terpaksa mengikut perintah aku walaupun dalam keadaan yang sangat sibuk di tempat dealer.
-bersambung
Ping Blog
WordPress Plugins
Kurang jelas yang ingin disampaikan didalam entri ini. Adakah kos penyelenggaraan kereta melebihi bajet?
akubiomed menulisTahun 2012 tinggal kenangan 2013 buka lembaran baru.
bro @akubiomed
lebih kurang begitulah. tetapi kena tunggu smp part 3, baru lebih jelas. mcm filem LOTR juga
pergh siap bersiri, nak tau gak berapa hengget ni.
ada pengajaran di hujung cerita. total servis memang besar, tp tidak cukup rm20 sahaja
Selalu jadi macam tu bro,.. kadang2 terpaksa menapak ke bank2 terdekat untuk ambik duit.
shraqs menulisiPhone 5, Antara Kelebihan Dan Kekurangan
kat part 2 saya ada bgtau. tiada bank dan tempat cucuk duit.
tak pe bro kena jadikan pengajaran. bagi aku kalau kat SC tu aku servis apa yang aku nak aje. lepas puas hati baru aku sain borang tu
part pengajaran tu. bro yg kena bagitau bila kisah ini habis. kena keluarkan pendapat bro nanti
tak sabar gak ni nak tunggu sambungan…hehe
hari ni saya akan post kesudahannya
aku tak faham ni wehh. haha..
titan menulisMenikmati malam pertama tahun 2013
ini akan jadi tugasan bro bila cerita ni habis. itu pun kalau bro sudi join
Cuba nak faham juga. Tapi tak apa, tunggu sambungan.
memang kena tunggu sambungannya. terima kasih
Dah jadi cerpen bersiri ni tuan. Salam perkenalan!
salam perkenalan dari saya.
entri ni terlalu panjang jika disatukan. sebab tu kena buat bersambung
aku dah hampir2 terkena minggu lepas
mujur sangat
hanya berbaki dua tiga ringgit je dalam poket
huhu
TehR menulisKelantan vs Angkatan Tentera | Piala Sumbangsih 2013
alhamdulillah..bro ada juga baki. tapi kena juga tunggu part penghabisan utk tahu kesudahannya.
ciktom kl pi servis selalu bawah bajet sbb biasa terus letak bajet tinggi..bila kena ek murah dr tue..hehe :)
cik tom menulisFelinna Inchloss dan Pure Marine Collagen Vitamin C By Felinna
saya dan isteri betul2 salah budjet.
wah macam cite ain maisarah la pulak… hahaha nanti marah en titan :)
peristiwa ni benar2 terjadi pada saya, tapi dihuraikan supaya boleh dijadikan pengajaran
Kena tanya dulu sedang online atau offline. Masa offline lah banyak customer tertipu atau duit tersebut disalahgunakan (guna dulu)