Dulu Tiada PTPTN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar korang semua? Semoga korang semua sihat waafiat.

Hari ini aku memang ada banyak idea setelah tidak menulis beberapa hari.  In shaa Allah, umur aku pada tahun ini akan cecah 38 tahun. Aku sudah lama tinggalkan zaman belajar.

Habis SPMV, keputusan aku boleh dikatakan sederhana. Tak power sangat pun. Aku cuma ada satu A2 iaitu Subjek Agama Islam dan dua C3 iaitu Rampaian Sains dan Lukisan Elektronik. Subjek lain cukup-cukup makan. Satu subjek aku gagal iaitu Teknologi Elektronik.

Aku memohon masuk ke Politeknik dan beberapa Universiti. Cuma Politeknik sahaja yang sangkut. Nombor pun cantik iaitu 30 SEP 93.

Aku tidak dapat hostel sebab jarak Politeknik Ungku Omar dengan jarak rumah Orang Tua aku cuma sekitar 16km tapi aku memohon juga masuk hostel. Kerana aku malas ulang alik supaya aku boleh buat join study berkumpulan.

Study berkumpulan memang lebih baik daripada study sorang-sorang. Kalau tak percaya, korang tanyalah Ustazah Cun yang dapat result SPM cemerlang. Sekarang ni Ustazah Cun selalu dapat anugerah Dekan kerana rajin buat study group.

Terus terang aku cakap. Aku tidak dapat loan atau biasiswa mana-mana pun. Aku tidak tahu mana Mak dan Abah cari duit untuk aku belajar dan bayar yuran. Tapi aku tahu mereka gembira kerana aku dapat sambung belajar.

Setiap bulan kalau tidak cukup duit belanja, aku akan mintak dekat Mak. Aku langsung tidak fikirkan kesusahan orang tua aku waktu itu. Kat mana mereka nak cari duit, macammana nak cari duit. Memang aku tidak ambil tahu.

Masa di hostel,ada rakan-rakan yang tidak dapat loan MARA berpakat pergi ke Pejabat MARA di Kuala Lumpur untuk buat rayuan. Mereka sewa kereta dan memandu di waktu tengah malam. Waktu itu Lebuhraya Utara Selatan belum siap sepenuhnya. Mereka ikut jalan lama.Aku cuma tumpang letak nama sahaja. Rayuan mereka diterima kerana Pengarah Mara ketika itu rasa terharu memandangkan mereka datang dari jauh untuk merayu.

Nama aku tidak tersenarai dalam senarai mendapat loan MARA. Abah aku usahakan untuk meminjam dengan Koperasi Polis dan pada masa yang sama aku juga turut buat pinjaman dengan Yayasan Perak. Hampir kesemua loan itu digunakan untuk membayar yuran semesta di Politeknik. Balance sikit-sikit itu aku bagi pada Mak dan Abah untuk cover balik duit yang aku mintak.

Mak ambil upah jaga anak jiran untuk menambah duit perbelanjaan. Selain aku ,adik perempuan aku ambil SPM dan adik lelaki aku ambil PMR.

Masa latihan praktikal Politeknik, aku praktikal di Petaling Jaya. Elaun cuma RM200. RM100 aku bayar sewa bilik. Balance aku buat belanja. Itupun tidak cukup. Masih lagi aku minta duit kat Mak aku. Mak terus terang Mak tiada duit tapi Mak akan usahakan juga.

Aku ingat lagi waktu itu balance duit aku tidak sampai rm4. Kalau aku pergi tempat praktikal naik Bas, memang aku akan habis duit belanja. Mujurlah Arwah Pakcik tempat aku menyewa tumpangkan aku ke tempat praktikal kerana satu jalan ke tempat kerja.

Duit RM4 cukup untuk aku sarapan. Memang tiada balance pun. Aku tak makan tengah hari.Balik kerja aku jalan kaki lebih kurang 8km secara santai dari Seksyen 14 ke Seksyen 24.

Sampai rumah sewa dah petang.Perut lapar gila. Finally aku ambil keputusan petik buah betik yang tumbuh liar di belakang tandas bilik aku. Malam itu barulah duit belanja di transfer ke akaun BSN aku.

Derita aku tidak lama. Dept sebelah tempat aku praktikal memerlukan pekerja untuk O.T kerana syarikat itu terpilih untuk memasang MS Windows 3.1 di keseluruhan bangunan yang menjalankan aktiviti saham seperti BSKL. Banyak tempat kena pergi. Banyak hari yang diperlukan.

Waktu itu disket masih digunakan. Aku dapat berguni-guni MS Windows Original 3.1. Tidak terfikir nak menjualnya. Ada O.T adalah duit sikit walaupun pada mulanya ada sorang technician kerek tidak membenarkan aku tumpang O.T.

Habis belajar di PUO aku dapat pekerjaan di CARSEM Meru. Belum confirm bekerja, Aku dapat peluang bekerja di Maxis. Tidak payah interview, orang Maxis tersebut terus suruh aku melapor diri bekerja.

Malangnya ketika itu aku dapat tawaran sambung belajar ke peringkat Diploma di UTM. Berbelah bahagi perasaan ini. Mak dan Abah suruh aku sambung belajar tetapi tawaran Maxis memang buat aku teruja. Last sekali aku minta pendapat kawan aku yang suka makan yogurt. Dia cakap dengar cakap Mak dan Abah. Hidup berkat. Cikgu Jasmin guru kanan HEM di sekolah aku belajar dulu juga setuju aku sambung belajar.

image

Kena tambah lagi 2 tahun waktu belajar di UTM. Aku dapat kemasukan terus ke tahun 2. Lupa pulak, aku dapat sambung belajar sebab adik perempuan aku tidak mahu isi borang UTM. Jadi, aku lah yang kena isi.

Sekali lagi isu wang jadi masalah. Tidak tahu kat mana Mak dan Abah dapat cari duit, Sebab aku tidak pernah bertanyakan kesusahan mereka. Yang aku ingat, Abah hantar aku mendaftar, kemudian kami ke PULAPOL kerana ada ASRAPOL. Sewa cuma rm30, itu pun ada masanya aku tertangguh-tangguh untuk bayar.

image

Air free. Memasak pakai dapur coin elektrik. Api ,tilam semua free. Sewa RM30 dimasukkan dalam tabung khas ASRAPOL untuk keperluan penghuni. Duit inilah digunakan untuk repair hostel, beli mesin basuh dan sebagainya.

Nak pergi kuliah seberang jalan sahaja. Tak payah naik motor atau naik bas. Jalan kaki sahaja. Sempatlah juga aku kenyit-kenyit mata dengan awek polis yang jadi guard pagar beberapa kali.

Kali ini aku dapat loan MARA. Syukur Alhamdulillah. Duit loan yang pertama aku bagi kat Mak dan Abah. Aku tidak tanya pun mereka buat apa.Sebab diaorang dah tolong aku bayar yuran sebelum ini. Baki yuran yang berikutnya dibayar dengan loan MARA. Jadi aku tidak sesak sangat.

Satu yang paling aku ingat masa aku belajar dulu aku memang tak pasang awek walaupun terpikat hati dengan beberapa orang gadis. Usia aku dengan mereka beza setahun tapi aku ingat pada susah Mak Abah aku cari duit. Takkanlah duit yang diaorang bagi aku perabis belanja perempuan pulak.

Tu serba sedikit kenangan dan pengalaman aku masa menuntut ilmu. Masih minta duit Mak Abah. Waktu itu handphone sudah ada tetapi bapak besar. Tak muat poket seluar.
Komputer dah ada tapi masih lagi pakai MS Windows 3.1 atau Windows 95. Handphone pun masih RM ribu-ribu harganya.

image

Satu lagi. Komputer tiada, pelajar beli mesin taip elektronik untuk taip tugasan. Abah belikan satu untuk aku. Tapi brand aku dah lupa. Mesin taip tu ada lagi, tapi tidak tahu masih elok lagi atau tidak. Memang barang antik.

Zaman aku dulu tiada PTPTN. Korang sekarang ada PTPTN. Jimat-jimat duit pinjaman itu. Jangan beli Samsung Galaxy S3 atau Iphone 5 menggunakan duit PTPTN. Jangan beli desktop canggih untuk main game. Lagi elok korang simpan duit PTPTN dalam ASB. Hujung tahun dapat dividen.

Sorrylah kalau aku mengarut panjang. Entri ini aku taip sekali imbas sebab itu tiada sambungan macam entri-entri sebelum ini.

Post Popularity 37.93%  
Popularity Breakdown
Comments 37.93%  

Comments

Dulu Tiada PTPTN — 22 Comments

  1. Kisah bro tidak banyak beza dengan pengalaman yang dilalui oleh saya kita belajar di kolej MARA dahulu. Teringat naik bas mini bersesak untuk pergi belajar. Ketika itu hostel kami adalah banglo berkongsi beramai-ramai. Kami tidur berhimpit-himpit tak ada yang buat perangai. Nasib baiklah ada pinjaman MARA untuk buat belanja poket. Alhmadulillah kesusahan yang dilalui menjadikan saya insan ‘kacang yang tidak lupakan kulit’

  2. Terbaik ceritanya. Memang orang dulu belajar dengan susah payah dan bersungguh-sungguh. Tersiratnya nasihat yang besar bagi saya dalam kisah ini. Terima kasih tuan.

  3. Serius best baca kisah benar ni. Nasib baik ada loan yang pelbagai tu, kalau tak sampai habis la parents yang tak mampu akan dok pening kepala mana nak cari duit bayar yuran & keperluan lain.
    Untuk orang-orang yang suka merungut tu, Dah pinjam, walaupun tak suka, bayar la balik. Kalau takda duit tu, tak tentu diorang boleh habis belajar.

    Eh..ter’emo’ pulak untuk orang yang tak suka taknak bayar loan pelajaran.. Hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge