THE GREAT HONDA HYBRID DISCOVERY

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

The Great Honda Hybrid Discovery merupakan satu kempen yang dianjurkan oleh Honda Malaysia dalam memperkenalkan Engin Hybrid untuk pengguna kereta di negara kita. Pada masa yang sama, memberitahu bagaimana teknologi Engin Hybrid dapat mengekalkan ekosistem dan mengelak bumi dari terus mengalami pencemaran alam.

 

Untunglah dapat bawa kereta Honda CR-Z Hybrid.  Aku dan Yvonne Sam kemudiannya memandu menuju ke Jalan Hang Jebat atau lebih dikenali dengan nama Jonker Walk Street.

Apa yang menarik di Jalan Hang Jebat atau Jonker Walk Street ini? Hampir keseluruhan bangunan di Jonker Walk Street ini terdiri dari bangunan lama yang ada sudah berusia hampir 300 tahun. Ada bangunan yang sudah dibaik pulih , ada juga yang masih seperti keadaan asal.

Reka bentuk bangunan yang ada seperti di Jonker Walk Street ini sudah sukar untuk dilihat di mana-mana lagi. Jika ada pun, kebanyakan bangunan yang mempunyai reka bentuk sama seperti di Jonker Walk Street hanya berada di pekan kecil atau bandar yang ditinggalkan.

Jalan Hang Jebat atau Jonker Walk Street sememangnya menjadi tumpuan para pelancong bukan sahaja kerana reka bentuk bangunan lama tetapi juga kerana aktiviti yang dijalankan disekitar kawasan ini.

Ada pelbagai kedai menjual barangan antik, butik menjual kebaya nyonya, menjual kasut, kedai menjual kopi, kafe , bar serta tidak lupa bangunan untuk beribadah.

Aku sempat juga snap beberapa gambar yang menunjukkan aktiviti di Jalan Hang Jebat atau Jonker Street ini. Kebanyakannya aku snap sepintas lalu. Ada kedai yang melarang pengambilan gambar, jadi aku sekadar snap dan lari.

 

Jalan Hang Jebat atau Jonker Walk Street bermula dari papan gerbang dan berakhir di tugu kapal Laksamana Cheng Ho

 

 

Salah satu Restoran yang masih mengekalkan identiti asal bangunan

 

 

Kedai Kasut Wah Aik yang sangat popular di Jonker Walk Street

 

 

 

Kedai Kopi Aik Cheong dan Kedai Kopi Sing-Sing. Sudah ada sejak tahun 50 an lagi

 

Antara bangunan yang sudah lama. Ada papan tanda kedai sejak tahun 1885 dan tahun 1935 lagi.

 

Tang House. Sebuah Hotel dengan harga penginapan yang berpatutan. Lukisan di dinding bangunan itu memang cantik dan menarik

 

 

Bar tempat pelancong asing selalu singgah dan lepak

 

Jonker 88 adalah kedai yang menjual pelbagai jenis Cendol. Tapi aku tidak singgah kerana terlalu ramai yang berbaris.

 

 

Antara makanan yang dijual di tepi lorong. Durian Udang Merah pun ada

 

 

Jalan Hang Jebat atau Jonker Walk Street sememangnya memberikan pelbagai kelainan dan kepuasan kepada pengunjung yang datang ke Melaka. Satu destinasi wajib untuk dilawati jika korang datang agensi pelancongan.

Kerana itulah kesemua bangunan yang ada di sini patut dikekalkan sampai bila-bila untuk menjadi tatapan anak cucu kita nanti. Jalan Hang Jebat (Jonker Walk Street ) telah diwartakan sebagai Taman Warisan Dunia pada tahun 2010.

 

 

Peranan Hybrid Dalam Mengekalkan Jalan Hang Jebat (Jonker Walk Street)

Honda telah memperkenalkan beberapa buah model Honda Hybrid yang telah berada di pasaran seperti Honda CR-Z (manual dan auto) , Honda Jazz , Honda Insight serta Honda Civic . Kesemuanya menggunakan engin Hybrid yang sudah semestinya dapat mengurangkan pencemaran alam.

 

Penggunaan Engin Hybrid dapat menggunakan penggunaan Petrol sebanyak 54% setahun. Bila sebanyak ini petrol tidak digunakan untuk tujuan pembakaran. Sudah pasti bumi akan kurang tercemar. Bertambah hijau dengan tumbuhan. Bla tumbuhan bertambah, oksigen juga bertambah, udara semakin bersih.

Penggunaan Engin Hybrid juga dapat mengurangkan pengeluaran Carbon dioxide (CO2) yang dihasilkan oleh kenderaan ataupun kilang bahan kimia sebanyak 48% . CO2 sudah sedia maklum boleh mencemarkan alam persekitaran dan boleh menipiskan lapisan ozon. Tumbuh-tumbuhan juga tidak mampu memproses CO2 ini.

 

Apabila pencemaran alam berjaya dikurangkan, sudah pastilah bangunan antik atau bangunan lama di Jalan Hang Jebat (Jonker Walk Street) dapat dikekalkan untuk tempoh masa yang lebih panjang. Mungkin sampai ke zaman anak cucu cicit kita.

 

Berbaloikah Beli Kereta Honda Hybrid ?

Aku dan Yvonne Sam telah memandu uji Honda Hybrid CR-Z klac Manual.Di sepanjang pemanduan dari Dengkil ke Melaka dan sekitar Melaka. Yvonne Sam awal-awal lagi telah setting pemanduan kereta pada pemanduan Economy. Tiada masalah untuk memandu pada kelajuan yang sepatutnya di lorong kanan Lebuh Raya. Kereta boleh memecut dan memotong kereta lain tanpa ada banyak songeh.

Kereta tidak semput apabila kita terlupa untuk menukar gear, lebih-lebih lagi apabila terpaksa memperlahankan kereta secara tiba-tiba waktu memandu laju.

Terasa seperti masih memandu kereta klac Auto.

Pemanduan Economy akan menggunakan teknologi Hybrid semasa kereta bergerak.

 

 

Memang harga kereta Engin Hybrid agak mahal untuk jangka masa permulaan. Tetapi dengan penjimatan penggunaan mikyak petrol sedikit sebanyak boleh membuatkan kita teruja untuk memilikinya.

Kita juga akan menjadi penyumbang dalam mengekalkan alam persekitaran yang bersih dan sihat.

 

Peluang Untuk Memandu Uji Kereta Honda Hybrid

Honda Malaysia bukan sahaja menganjur Honda Hybrid Family Road Trip 2013 mengeliling Semenanjung Malaysia. Honda Malaysia juga memberi peluang kepada mereka yang bertuah untuk memandu uji model Honda CR-Z  Hybrid atau Honda Jazz Hybridselama 3 hari – 2 malam.

Apa yang perlu dilakukan adalah klik like pada laman ini

 

http://hybrid.honda.com.my/

 

ikut arahan serta isu borang. Nah..korang nanti boleh memandu uji Honda Hybrid secara percuma.

 

Jangan lupa juga untuk melihat aktiviti Facebook-Honda-Malaysia di Facebook

https://www.facebook.com/hondamalaysia


 Sudah pasti korang akan dapat melihat pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleh Honda Malaysia sempena Honda Hybrid Family Road Trip 2013. Pulau Pinang sudah. Melaka juga sudah.

Sila lihat kalendar agar korang tidak terlepas lagi peluang untuk mengalami sendiri pengalaman memandu kereta Honda Hybrid.

 

 

 

Gambar kenangan di Honda Hybrid Family Road Trip 2013

 

 

 

 

Post Popularity 13.79%  
Popularity Breakdown
Comments 13.79%  

Comments

THE GREAT HONDA HYBRID DISCOVERY — 8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge