Nabi Musa a.s Dan Syukur

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Syukur - picture kredit to http://se1saat.blogspot.com

Berikut adalah kisah Nabi Musa a.s bersama umatnya yang berbeza pendapat tentang erti syukur. Ia juga mengajar kita cara yang mudah untuk menjadi seorang yang kaya raya.

 

Nabi Musa a.s dalam perjalanan untuk mengadap Allah swt yang dirindui. Namun dalam perjalanan ke Gunung Tursina, baginda ditahan oleh seorang umatnya yang sangat miskin. Umatnya yang miskin ini merayu simpati agar Nabi Musa a.s sudi mendoakan dan mengadu kepada Allah swt akan kesusahan hidup yang di hadapinya.

Nabi Musa a.s hanya tersenyum lalu menjawab,

 

"Hendaklah kamu sentiasa bersyukur kepada Allah setiap masa. Kesenangan akan datang jua akhirnya"

 

Umatnya yang miskin marah dengan cadangan baginda. Mana mungkin dia bersyukur kepada Allah swt. Allah tidak pernah memberikannya kesenangan dan kekayaan yang dinginkan dan diidamkan. Allah seolah-olah tidak berlaku adil kepadanya (Umat yang miskin). Akhirnya si Miskin tadi berlalu begitu sahaja.

 

Pada hari yang lain sewaktu baginda ingin mengadap berbicara dengan Allah swt, baginda ditahan pula oleh seorang umatnya yang kaya raya. Namun si Kaya ini sudah merasai kebosanan menjadi orang kaya. Beliau meminta simpati agar Nabi Musa a.s sudilah berdoa dan mengadu kepada Allah swt agar beliau (si Kaya) menjadi miskin.

Nabi Musa hanya tersenyum lalu menjawab,

 

"Jangan sesekali kamu bersyukur lagi kepada Allah swt. Ianya sudah tidak bermanafaat untuk kamu"

 

Terkejut umatnya yang kaya raya itu. Mana mungkin si Kaya tidak bersyukur kepada Allah swt. Bukankah Allah yang menganugerahkan kekayaan dan kesenangan hidup untuknya. Bukahkah Allah yang memberikan dan menjadikan impiannya satu kenyataan. Akhirnya si Kaya tadi berlalu begitu sahaja dengan nada kecewa lantaran Nabi Musa a.s tidak mahu membantunya.

 

Apa yang terjadi seterusnya ialah…

1) Umat Nabi Musa a.s yang miskin menjadi papa kedana miskin pada tahap yang paling kritikal. Ini kerana dia tidak pernah mengucapkan rasa SYUKUR kepada Allah atas apa juga sebab. Dia melupakan Allah dan menjauhkan diri dari Allah serta menyalahkan Allah.

Maka Allah menambah kemiskinannya dan melupakannya.

2) Umat Nabi Musa a.s yang kaya menjadi bertambah kaya raya dengan harta bendanya serta anak pinak. Ini kerana beliau tidak lupa untuk mengucapkan rasa SYUKUR kepada Allah atas apa juga sebab. Dia sering mengingati Allah dan berterima kasih kepada Allah.

Maka Allah menambah kekayaan dan menjadikannya kekasih Allah.

 

 

wallahualam

 

Share

Surah Al-Fatihah: Antara Allah Dan Hamba-Nya

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

al-fatihah:antara Allah dan Hamba-Nya

Surah Al-FatihahPembukaan – surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran ( Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

(rujukan melalui wikipedia)

 

Rasulullah saw bersabda, " Allah telah berfirman (dalam sebuah hadis qudsi):

Aku bagi surah Al- Fatihah antara Aku dan hamba-Ku. Dan akan Kukabulkan apa-apa yang dipohon oleh hamba-Ku.

1) Apabila hamba-Ku berkata,

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,"

maka Allah swt menjawab,

"Hamba-Ku  telah memulai dengan menyebut nama-Ku. Dan kerananya Aku berhak untuk menyempurnakab segala perkaranya serta memberkati seluruh keadaannya"

2) Apabila hamba-Ku berkata,

"Segala puji bagi Allah, Tuhan Alam Semesta,"

Maka Allah swt berkata,

"Hamba-Ku telah memuja-Ku, dia tahu bahawa nikmat yang ada di sisinya adalah dari-Ku dan bencana yang dijauhkan darinya adalah lantaran kasih sayang-Ku. Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku tambahkan nikmat-nikmat akhirat di samping nikmat-nikmat dunia dan akan Kujauhkan darinya bencana-bencana akhirat sebagaimana Kujauhkan darinya bencana-bencana di dunia. "

3) Apabila hamba-Ku berkata,

" (Allah) Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,"

Maka Allah swt berkata,

"Hamba-Ku telah menyaksikan -Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan penuhi nasib hidupnya dengan rahmat-Ku dan akan Kukurniai hayatnya dengan pemberian-pemberian-Ku.

4) Apabila hamba-Ku berkata,

"Yang Menguasai hari Pembalasan,"

Maka Allah swt berkata,

"Kupersaksikan kepada kalian sebagaimana yang diakuinya bahawa Akulah yang bekuasa pada hari pembalasan itu, dan akan Kupermudah hisabnya pada hari hisab kelak serta akan Kumaafkan segala kesalahannya.

5) Apabila hamba-Ku berkata,

"Hanya Engkaulah yang aku sembah’"

Maka Allah swt berkata,

"Hamba-Ku benar ketika dia menyembah-Ku. Kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan berikan kepadanya ganjaran kerana ibadahnya sehingga orang-orang yang tidak sama sepertinya akan merasa iri hati kepadanya"

Apabila hamba-Ku berkata,

"dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,"

Maka Allah swt berkata’

"Hamba-Ku telah meminta pertolongan dari-Ku dan kembali kepada-Ku, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan menolongnya dalam setiap urusannya. Aku akan membantunya dalam kesulitan-kesulitannya dan akan Kuhulurkan tangan-Ku kepadanya pada saat dukanya."

6) Apabila hamba-Ku berkata,

"Tunjukkan kepada kami akan jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukannya (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."

Maka Allah swt berkata,

"Bahagian ini untuk hamba-Ku. Mereka berhak mendapatkan apa yang mereka mohonkan. Aku telah kabulkan permohonan hamba-Ku, Aku telah berikan kepadanya apa yang diharapkan. Aku telah menyelamatkannya dari apa yang dia mohonkan dengan perlindungan-Ku."

 

semoga bermanafaat. InsyaAllah.

wallahualam

 

 

Share

Pengalaman Indah Si Ahli Sufi Abu Yazid Al Bustami

Kisah yang indah ini dipetik daripada untaian kisah Para Wali Allah. Semoga bermanafaat.

kisah yang indah disebalik kisah yang indah

picture kredit to google. kisah yang indah di sebalik kisah yang indah

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.

Ketua paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”

Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.

Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawapan Abu Yazid Al-Bustami

1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah SWT

4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan
Subuh.

6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut didalam Kitab-kitab suci juga.

7. Yang tujuh tiada delapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8. Yang delapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam
Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat)
itu adalah delapan Malaikat.

9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadikan kerosakan bumi Allah,
sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajiban puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana
firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji)
berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah kembali ke negerinya.
Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusuf as.

12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.

13. Yang tiga belas

Mimpi Nabi Yusuf as yang tersebut di dalam Kitab Suci:
Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya
tiga belas.

14. Orang yang berdusta, kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusuf as. Mereka memberitahu
ayah mereka Nabi Yaakob as bahawa Yusuf telah di makan serigala.
Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15. Orang yang benar,  tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani,  sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : telah berkata, Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mau tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka yaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw sebagai penyempurna agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17. Al Zariyati Zarwa.
Nama empat macam angin.

18. Al Hamilati Wakra.
Awan gemawan di dada langit.

19. Al Jariyati Yusra.
Perahu-perahu yang belayar di laut.

20. Al Mukassimati Amra.
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21. Yang empat belas.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah
Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala
langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap
perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat.”

22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus as. Nabi Yunus as
di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai
dengan izin Allah Taala.

23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (artinya): demi subuh apabila ia
bernafas.

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman as di dalam botol yaitu air peluh kuda.

25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan
daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril as sebagai korban ganti Nabi Ismail
as, unta Nabi Salleh as yang disembelih kaumnya,
Nabi Adam as dan Siti Hawa .

26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keledai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keledai

27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
Muslihat kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu
muslihat wanita adalah suatu tipu muslihat besar atau berat.

29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa as

30. Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

31. Gunung yang paling utama.
Gunung Tursina

32. Binatang yang paling utama. Kuda.

33. Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.

34. Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.

35. Tentang Atta’mah.
Hari Kiamat.

36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun,  setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.

37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji. Bahtera Nabi Nuh as.

38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

39. Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40. Sabid dan Labad.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41. Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam as.

42. Maksud keldai nguaknya.
Keldai nguak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

43. Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari
kemurkaan Allah yang Maha Berkuasa.

44. Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud: Maha Suci Allah yang memeliharaku ketika tentara
berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

Unta dan Solat. Kisah Yang Indah Di Sebalik Kisah Yang Indah

Unta dan Solat. Kisah Yang Indah Di Sebalik Kisah Yang Indah. Kredit To Google

45. Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila
(ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan
diriku.

46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu
petang.

47. Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja
ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48. Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam!
Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?

49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan
dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebah seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan
kamu telah mewahyukan kepada lebah.

50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.

Kata Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?”
Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “beritahu saya
kunci Syurga dan Neraka langit.”

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku
bahwa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak
dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka
meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.

Katanya, “bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semua
tidak sependapat.”

Mereka hairan dan tersepit setelah mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.

Kemudian ketua Paderi menjawab “Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH.” Tegas ketua paderi.
Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi mesti memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.

“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahwa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”

“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.

“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.

“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.

“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

Dengan hidayah Allah Taala, kesemua paderi itu memeluk agama Islam. Gereja ditukarkan menjadi masjid, salib yang dipakai di leher mereka dilemparkan ke dalam laut. Selesailah sejarah para paderi yang selama ini diambang kesesatan, lantaran hadir seorang yang ikhlas dan benar dalam kata-katanya untuk berkhidmat kepada Islam, maka kesemua kumpulan paderi tadi telah melihat cahaya kebenaran dan memeluk Islam.

Abu Yazid Al- Bustami, setelah berhari-hari bersama teman-teman yang baru Islam kemudian memohon untuk beredar dari situ.

Dalam perjalanannya, Abu Yazid kedengaran lagi suara lama itu, Katanya kali ini:’ Wahai Abu Yazid! Engkau keberatan untuk memakai salib itu untuk Aku, dan kerana itu Aku memutuskan lima ratus salib untuk kamu’

Moga mereka semua dirahmati Allah. InsyaAllah. Wallahualam.

Share