Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramai di kalangan kita yang takut untuk try and error. Mungkin kerana rasa gerun pada kekalahan atau gerun untuk merasa malu. Ada masanya aku pun begitu. Tetapi kebanyakan waktu yang terbuang serta terluang membuatkan aku ingin mencuba benda atau perkara-perkara yang baru serta asing.
Sebenarnya aku agak hairan juga bila ada rakan-rakan yang bertanyakan perkara yang aku sendiri tidak tahu. Jadi, waktu ketika itu jugalah aku try and error. Ada masanya aku berjaya, tetapi tidak kurang juga ada kalanya aku mengalah.
Ikutkan cerita, aku memang tidak pandai langsung menggunakan Photoshop. Nampak kompleks walaupun ada panduan boleh dipelajari di youtube. Lalu aku memahirkan diri menggunakan Gimp 2.0 (sama seperti photoshop tetapi ianya percuma). Walaupun tidak boleh dikatakan pakar, sedikit sebanyak aku berjaya menguasai setiap asas penggunaan Gimp 2.0
Jika korang perasan, Ladfeamir.com sudah mempunyai fan page di pagebook. Ini pun aku try and error. Semak menggunakan google dan youtube, akhirnya berjaya juga aku menyiapkannya.
Jika korang perasan juga, Ladfeamir.com juga sudah ada Like Box di Sidebar blog.
Harap korang rajin-rajin lah klik like.
Semuanya aku try and error kerana aku ingin menjenamakan semula Ladfeamir.com setelah terbiar bersawang agak lama.
Banyak perkara baru boleh dipelajari sekiranya kita berani untuk try and error. Tetapi pastikan kita tidak try and error perkara serta perbuatan yang memudaratkan seperti belajar-belajar hisap dadah ataupun belajar-belajar mengorat pasangan orang lain.
Macammana sekarang? Ada berani untuk try and error?



Komen Yang Singgah