Aku Blogger Yang Kental dan Kenyal

Aku masih lagi baru dalam dunia blogging . Orang cakap masih merangkak lagi. Tapi aku belajar dan terus belajar untuk jadi blogger yang kental dan kenyal. Aku tahu aku boleh menulis, tetapi yang aku tidak tahu ialah bagaimana hendak mencari pembaca untuk membaca setiap entri yang ditulis. Bagaimana hendak meletakkan entri di page google pada kedudukan yang bagus.

Semuanya aku masih belajar. Untuk menulis perlukan idea. Idea perlu dicari. Kadang-kala idea datang secara spontan. Kadang-kala ianya berdasarkan pengalaman aku. Dulu aku sangka hasil entri aku tiada sesiapa yang membacanya. Maka aku seolah-olah hilang semangat nak berblog. Tapi pada satu hari aku menaip salah satu tajuk kesayangan aku iaitu LALANG di Google. Alangkah terkejutnya aku melihat artikel aku diciplak bulat-bulat. Pada masa yang sama SEO (Search engine optimization) aku berada di kedudukan yang lebih rendah berbanding tukang punya ciplak. SEO adalah perkara yang penting untuk menjadikan entri anda berada di kedudukan page yang baik di google ataupun yahoo.

Jadi aku belajar SEO sedikit dan pasang plugin All In One SEO Pack. Di sini aku berjaya memintas blog si tukang ciplak. Sekarang ini kebanyakan entri aku berada di kedudukan yang baik dari segi SEO. Ada yang di kedudukan pertama muka surat pertama. Paling teruk pun setakat ini adalah muka surat 3. Syukur pada Allah. Namun aku masih perlu banyak belajar untuk bersaing dengan blogger yang lebih lama di bidang ini dari segi SEO. Aku boleh jadikan mereka sebagai sifu dan pendorong.  Buktinya entri skandal aku iaitu Blogger Yang Tersepit semakin hari semakin jauh ke belakang setelah blogger lain mengedit entri masing-masing.

Juga menjadi masalah utama kepada blogger baru seperti waktu google memasukkan entri ke dalam senarai page untuk dilihat oleh pengunjung ataupun lebih mudah dikenali dengan panggilan index. Blogger yang baru seperti aku  akan mengalami masalah index yang lambat. Paling cepat entri aku diindex adalah entri Blogger Yang Tersepit. Tidak sampai 15 minit sudah masuk ke senarai untuk dilihat pengunjung google. Ada yang memberi pandangan, kita boleh gunakan bantuan social bookmarking seperti digg.com, delicious.com ataupun stumbleupon maupun facebook. Aku biasa gunakan digg.com, sekitar sejam selepas dihantar ke digg.com, entri aku akan kelihatan di senarai pencarian.

Ada juga yang menyarankan penggunakan ping server seperti pingomatic ataupun pingler tetapi aku belum pernah menggunakan cara ini. Barangkali aku akan menggunakan sebentar lagi.

Juga penting kita melakukan backlink dengan entri kita yang terdahulu ataupun berkongsi backlink dengan blogger yang lebih senior. Aku setakat ini belum pernah melakukan backlink dengan blogger lain memandangkan aku ada 2 blog yang berlainan. Aku ada memadankan backlink aku ke entri yang lama ataupun entri di blog satu lagi. Ianya bagus jika entri yang digunakan sebagai backlink itu bagus dari segi SEO, maka entri yang baru dapat menumpang ranking SEO yang baik sedikit.

Penting juga kita melawat blog penulis lain lalu menjalinkan persahabatan dengan meninggalkan komen di ruangan komen. Ianya akan membantu untuk meningkatkan pengunjung ke blog kita. Aku turut memasang plugin Feedjit Live Traffic Feed, di sini aku dapat melihat akan trafic pengunjung yang melihat entri yang aku hasilkan

Itulah sedikit sebanyak info yang boleh digunakan pakai untuk blogger baru seperti aku. InsyaAllah ia boleh membantu. Jika ada salah dan silap aku mohon maaf banyak-banyak. Dan harap boleh diperbetulkan.

Share

Macam mana Bagaimana Pilih Durian Yang Elok

“Ha..inilah orangnya. Encik! Boleh tak bagitau apa yang ada dalam bola emas ini.

Saya nampak percutian percuma menyaksikan piala  dunia…

Last sekali dia bagitau, taklah. tengok kat TV aje”

Korang mesti ingat akan iklan DIGI pasal dua orang spy bertanyakan isi dalam sebiji bola emas kepada seorang tokey durian.Kepakarannya digunapakai oleh spy tersebut, tetapi bab bola emas tu memang dah ada dalam iklan di TV.

Aku tahu ramai orang suka makan durian. Tapi sering ditipu oleh penjual durian yang kononnya cakap bagai nak rak. Ini isi cantik, itu isi lekang. Tetapi bila dibuka di rumah, Ya Rabbi. Macam nak tetak balik muka penjual durian itu sebab kita merasa ditipu. Mana taknya, dapat isi yang lembik, masam, ada ulat. Bahkan ada yang belum cukup umur, tangan kita pasti tersepit kerana menghadapi kesukaran untuk membukanya. Masa tu, mana-mana isi yang boleh dibuat pengat atau kuah durian serta simpan sebagai tempoyak kira baguslah juga. Tetapi, durian yang betul-betul isinya tidak menepati citarasa manusia hatta harimau pun takkan makan, tentu rasa kita merasa sangat rugi. Masa itulah seperti aku katakan tadi , rasa macam nak tetak sahaja muka penjual durian itu.

Macam mana| Bagaimana | Pilih | Durian |Yang Elok|

Macam mana| Bagaimana | Pilih | Durian |Yang Elok|

Tapi bukan semua orang tau pilih durian yang betul-betul miliki isi yang elok. Tak kiralah durian tersebut spesis durian hutan, raja musang, d24 atau durian kampung. Jika dicuba pilih sendiri  kemudian hasil tidak memuaskan dah tentu bukan muka kita sahaja yang muncung, dah tentu muka pasangan kita pun turut sama muncung. Jika disuruh penjual durian yang pilihkan durian yang dijangka isi yang bagus, kita pun memuji dia. Jika tidak, sure rasa nak menetak mukanya sekali lagi. (dah 3 kali ulang ayat yang sama).

Kalau nak harapkan beli kat pasar raya, berapa sangatlah isinya. 4 paket paling koman pun rm10. berbaloi -baloi ke?

Maka, aku dapat tip macammana nak pilih durian yang miliki isi yang bagus (InsyaAllah) menerusi rakan sebilik rumah sewa yang kini kenalan di FB saudara Norazizul Abdul Rahim. Mari kita ulang semula rakam bual saya dengan nya:

Aku : A’salam bro, aku dapat tahu ko terrer pilih isi durian yang cantik-cantik. Betul ke?

Norazizul Abdul Rahim : Mana ada bro, tak de lah terrer mana. Tapi kalau 10 biji tu, 9 dah tentu ok isinya (InsyaAllah)

Aku : Ajarlah aku macammana nak pilih durian yang dalamnya isi kuning.

Norazizul Abdul Rahim : Kacang aje tu. (aku sampai sakit kepala fikir..dia cakap kacang)

Macam ni. Bro tengok-tengok pada tangkai buah durian tu. Kalau tangkainya kekuning-kuningan, InsyaAllah akan kuninglah isinya. Beleklah dengan teliti dan buat bodohlah dengan orang memandang. Bro yang bayar kan. Silap-silap penjual tu pun akan curi trick ini nanti. Kalau tangkainya keputih-putihan, alamatnya putihlah isinya.

Macam mana| Bagaimana | Pilih | Durian |Yang Elok|

Macam mana| Bagaimana | Pilih | Durian |Yang Elok|

Aku : Hebat. Hebat. Saya mesti pilih.

Macammana pulak kita nak tahu isinya padat, tebal dan pekat? Mesti bro pun tahu trick tu.

Norazizul Abdul Rahim: Trick ini lagi kacang (ujarnya sambil makan kacang)

Macam ni. Bro pegang dengan teliti buah durian tu, pastu goncang-goncangkan di tepi telinga. Kalau dengar bunyi berlaga dengan tepian dinding, isinya bergoncang. Confirm isinya akan lekang, padat,tebal dan pekat.InsyaAllah. Tapi kena pastikanlah, jangan goncang terlalu kuat, takut-takut nanti terkena muka atau telinga bro. Tak pun tercampak kena muka penjual durian itu. Lagi haru.

Aku : Macam tu rupanya. Kiranya ini adalah kepakaran bro yang tersembunyilah. Tak sangka pulak selama ini bro pakar part ni. Thank you atas info yang sangat berguna.

Norazizul Abdul Rahim: Taklah, aku belajar dari sorang makcik yang ada dusun durian dan berpengalaman selama 30 tahun.

Begitulah lebih kurang info yang diberikan oleh bro Norazizul Abdul Rahim. Semoga ianya bermanafaat lebih-lebih lagi peminat durian. Lepas ni, aku harap semua pembaca dapat mencuba teknik tersohor ini. Sure lepas ini korang semua akan tersenyum macam Cik Nurul Nadia Safian senyum masa makan buah durian Tangkak.(durian free kot) . Cik Nurul Nadia cakap, belilah. Nasib baik isi baik punya. Tu yang senyum macam madu tu.

Sebenarnya, entri ini memang ditujukan kepada bro Norazizul Abdul Rahim sempena hari lahirnya yang akan menjelang 23 Julai nanti. Tak sangka aku dan dia berkongsi tarikh lahir yang sama. Selama ini berkongsi bilik yang sama semasa menyewa di Shah Alam.

Selamat Hari Lahir Mat Zul. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Share

ASRAPOL Asrama Anak Polis, Pulapol

“Budak-budak pergi sekolah

Orang tua pergi ke kedai

Polis sedia tunjukkan jalan, semuanya selamat sampai

Polis sedia berkhidmat…..” antara bait lirik lagu rasmi Polis -Polis Sedia Berkhidmat.

Namun pihak Polis juga tak melupakan warga sanak saudara keturunan Polis. Ada sahaja kemudahan yang disediakan.  Korang pernah tengok atau naik Feri Sekolah. Ianya Trak Polis yang diubahsuai menjadi pengangkutan untuk menghantar anak-anak polis pergi ke sekolah.

Yang aku nak ceritakan kat sini, adalah pengalaman aku tinggal di ASRAPOL (Asrama Anak Polis) di Pulapol (Pusat Latihan Polis) Kuala Lumpur semasa aku belajar di Universiti Teknologi Malaysia cawangan Jalan Semarak.

ASRAPOL sememangnya khusus untuk anak-anak Polis serata Malaysia yang belajar sekitar Kuala Lumpur (Lembah Klang). Aku tak pasti sejak bila ianya diwujudkan dan juga masih wujud lagi atau tak, tetapi dengan adanya asrama ini, anak-anak Polis tak perlu menyewa dengan kadar sewa yang tinggi di tempat lain.

Waktu aku tinggal dulu, sewanya cuma rm30 sahaja, itupun ianya dimasukkan ke dalam tabung peruntukan Asrama yang dijaga oleh pihak Pulapol. Dulu dalam akaun tu, ada lebih kurang rm15,000. Sekarang ni student pasti dah ramai, tak tahulah berapa duit dalam akaun tu sekarang. Tu pun, kadangkala Rm30 tu pun tak larat nak bayar.

Asrapol Asrama Anak Polis Pulapol

Asrapol Asrama Anak Polis Pulapol

Akaun peruntukan itu gunanya jika penghuni inginkan sesuatu seperti Televisyen baru, mesin basuh ke, nak ubahsuai Asrama. Masa aku stay dulu, belum ada mesin basuh..tetapi bila aku melawat balik, dah ada mesin basuh. Seluar dalam pun diaorang basuh sekali.

Masa aku mendaftar dulu, cuma ada 6 orang pelajar yang tinggal di ASRAPOL kerana kebanyakan senior yang lain bertukar ke Skudai. Aku cuma sempat berjumpa dengan senior aku sekejap sahaja. Cuma kursus Diploma sahaja yang kekal di Jalan Semarak. Tetapi, Diploma Kejuruteraan Awam juga kena transfer ke Skudai.

Teringat aku kat sorang awek (student Awam) tu, dah siap bagi no telefon kampung (waktu nak bercuti balik kampung). Cute siot. Memang aku nak mengorat, tup-tup dia kena transfer ke Skudai. So..putuslah cerita jiwang. Kalau tak cepatlah mak ayah aku dapat menantu.

Sewaktu aku konvo kat Skudai, aku bertemu mata dengannya secara kebetulan. Aku tak lupa saat tu sampai sekarang. Tapi, disebabkan aku sudah lupa namanya, jadi kami cuma bertentang mata jaelah tanpa tegur menegur.

Aku harap dia hidup bahagia sekarang ini, InsyaAllah kebaikan akan kekal bersamanya.

Korang boleh tengok lain-lain picture aku kat ASRAPOL kat sini

Saat-saat akhir aku di ASRAPOL, PULAPOL mula terima kemasukkan student perempuan sebagai penghuni hostel. Rumah kelamin berhampiran asrama induk di jadikan sebagi hostel untuk pelajar perempuan. Aku juga dapat tahu, pihak UTMKL dan PULAPOL buat deal yang mana student yang merupakan anak polis akan terus ditempatkan di ASRAPOL

Asrapol Asrama Anak Polis Pulapol

Asrapol Asrama Anak Polis Pulapol

Lupa pulak. Syarat utama untuk masuk kat sini ada 3 sahaja:

1) Wajib..untuk anak-anak polis sahaja. Tak kiralah mak atau ayah yang bergelar polis. Sanak saudara, suku sakat..mak saudara polis ke, datuk polis ke..tak akan dilayan.

2) Bapa atau mak kena sertakan surat bukti pengakuan bertugas sebagai polis daripada ketua kepada pihak Pulapol.

3) Belajar di IPTA atau swasta sekitar Kuala Lumpur. Lembah Klang pun boleh, tapi dah rasa macam jauh.

Syarat lain yang aku kena tulis. Mesti tahan kena maki. Mesti ada rasa berani-berani sikit

sebab………………..

Ada masa-masa tertentu, penghuni ‘darkside’ akan mengaktifkan diri. Masa ni lah suasana yang menyeramkan akan timbul. Mereka benar-benar wujud.

Kalau korang tengok..bangunan ASRAPOL ini memang merupakan bangunan lama pada zaman British lagi.

Faedah tinggal di ASRAPOL pula adalah:

1) Sewa yang agak murah. Mana nak cari rumah dengan kadar sewa bawah rm100.00, Bil api dan bil air tak perlu bayar.

2) Mendisplinkan diri kerana ianya terletak di kawasan PULAPOL. Ada warden berstatuskan polis yang akan turut menjaga penghuni asrama.

3) Jarak dengan UTMKL yang agak dekat. Jalan kaki aje macam aku dulu.

4) Ada kebebasan untuk gunakan kemudahan di PULAPOL yang lain seperti Gym dan kolam renang. Dulu hampir-hampir kami berjaya mintak ajarkan menembak guna pistol.

5)Kalau buat aktiviti luar, akan dapat kemudahan bas dan trak percuma, serta bekalan makanan yang percuma.

Memang nostagia tinggal di ASRAPOL Aku sangat gembira dapat menginap di sini.

Share