[Pendapat Aku] Pakai Jessy MU Bila Menonton Perlawanan Liverpool Asia Tour @ Malaysia

Aku pasti korang semua sudah menonton video berkaitan seorang pemuda yang memakai jessey MU sewaktu menonton latihan pasukan Liverpool di Stadium National Bukit Jalil dua hari sudah.

Korang sudah menontonnya lalu apa pendapat korang berkaitan kejadian ini. Lain padang lain belalang, lain orang lain pendapatnya.

Video ini sudah tersebar luas dan jumlah komen yang diperolehi juga bertambah dalam masa yang singkat. Bintang MU, Wayne Ronney turut memberikan komen di laman twitter beliau dengan menyatakan pemuda ini adalah legend.

Continue reading

Pokok – Meet Uncle Hussain feat Hazama Ulasan,Lirik dan Video

Tersesat malu bertanya tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Menyusur di kaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai? luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang belum
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada

Kau masih ada..
Kau masih ada..
Kau masih ada..
Kau masih adaaaaa…… ooooooooo!

Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang belum
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok…

Continue reading

Review Dan Ulasan Filem Transformers 3:Dark Of The Moon

Filem Transformers 3: Dark Of The Mood ini memang sebuah filem yang hebat. Penuh dengan CGI yang mampu memukau mata lebih-lebih lagi apabila menontonnya secara 3D. Ada beberapa plot atau yang membosankan lebih-lebih lagi jika ianya membabitkan Sam Witwicky dan kekasihnya. Babak peperangan di Chicago memang buat semua penonton melekat di kerusi masing-masing.

Saranan aku, jika korang ingin ke tandas, lakukan ia pada babak di mana Sam bergaduh dengan kekasihnya dan pastikan ‘urusan’ korang selesai dengan cepat. Kerana babak yang lain juga adalah penunjuk jalan cerita seterusnya.

Walaupun ianya filem yang hebat, aku masih merasakan ianya masih belum cukup untuk meninggalkan impak yang ketara. Masih ada sesuatu yang hilang dalam filem hebat ini. Babak yang sepatutnya sedih seperti kematian Ironhide dan letupan kapal angkasa yang membawa Autobot ditembak hingga meletup tidak terasa dan nampak kesedihannya. Muka Sam pun selamba aje.

Masuk pawagam, enjoy dengan filem ini kemudian korang akan melupakannya beberapa hari kemudian kecuali bagi aku yang menulis review ini sejak 3 hari yang lepas.

Continue reading

Bukan Kerana Buah Marula

Buah ini rasanya masam-masam manis, berkulit kuning kehijau-hijauan bila masak, isi berwarna putih lemak, vitamin C lebih 8 kali berbanding buah Oren. Bijinya dikatakan sekeras batu dan penuh dengan protein.

Buahnya boleh dimakan begitu sahaja, diproses menjadi minuman, jelly mahupun dijadikan sebagai minuman keras. Bijinya diproses menjadi minyak Marula, satu bahan perasa yang mengandungi antioksida.

Continue reading