Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada malam 22hb yang lepas, aku berkesempatan makan-makan bersama dua orang rakan sekerja iaitu Mr Zul dan Mr Hanipah di restoran Alissara yang terletak di Puchong Intan. Ini adalah kali pertama aku ke sini selepas Mr Zul promote restoran ini berulang kali. Aku hadir ke sana bersendirian tetapi ditemani dengan hadiah daripada isteri tercinta iaitu jam tangan baru.
Aku order Ayam Masak Gajus serta Cendawan Masak Petai, Mr Zul order Siakap masak stim (resepi sebenar aku tidak ingat) manakala Mr Hanipah order Nasi Goreng Ketam dan Tomyam bersantan. Pada masa yang sama, kita turut order Pulut Mangga Bersantan untuk dibawa baik.
Malangnya tiada gambar yang aku snap pada malam itu. Lupa.
Namun….
Aku menebusnya sebentar tadi (selepas solat mahgrib). Aku dating bersama isteri tercinta dan anak-anak di restoran tersebut. Dah lama aku tidak bawa mereka makan-makan di luar. Isteri aku sekarang sudah membiasakan diri untuk pulang awal, jadi tiada lagi masalah kelewatan berlaku.
Aku order jus orange, isteri aku air tembikai dan anak sulung aku air milo ais. Kemudian wife aku order Siakap Masak Masam Manis, Tomyam Campur, Telur Dadar dan Udang Masak Tepung. Baby aku bernama Ladfe Farris meragam sekejap, tapi keadaan masih lagi terkawal.
Ikutkan banyak lagi resepi dan menu yang boleh dicuba. Restoran ini memang betul-betul restoran Thai tetapi diusahakan oleh orang Melayu. Jika ingin pergi ke restoran Alissara ini, perlu pergi sebelum pukul 9 malam, jika tidak ianya padat dengan pengunjung.
Waktu buka restoran ini adalah 5.30petang hingga ke 1.30pagi.
Komen isteri aku, masakan di restoran Alissara ini memang antara yang terbaik pernah dia rasa. Itu juga pendapat aku, Mr Zul dan Mr Hanipah. Aku bagi 4.5 daripada 5 bintang untuk masakan di restoran ini.
Jangan lupa berkunjung di sini jika korang nak makan masakan Thai ataupun seafood. Memang ada menu khusus untuk ayam, daging, udang, ikan (pelbagai jenis), ketam, udang dan sotong.
Oh ya..kami hanya membayar sebanyak rm57 untuk semua juadah tersebut.
selamat mencuba











Komen Yang Singgah