Wordless Wednesday (Korang Nak Beli Kereta Baru?)

 

Share

Beza Baru Dan Lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Lumrah kehidupan selalunya begitulah. Ada yang baru pasti ada yang lama. Biasanya bila kita mendapat sesuatu yang baru, barang yang lama pasti akan ditolak ke tepi bagai dibuang serta dilupakan begitu sahaja.

Barang lama biasanya lebih komplek dan sukar untuk diertikan. Samaada cara penggunaannya ataupun cara pengendaliannya.

Manakala barang yang baru lebih mudah dikendali walaupun ianya semakin canggih dan lebih mudah untuk difahami kerana terlalu banyak infomasi atau maklumat yang dikongsi boleh dicari di internet atau melalui tunjuk ajar.

Bayangkan kita menggunakan komputer yang masih menggunakan Microsoft Windows 2000 (sebenarnya memang masih ada ),walaupun ianya mudah, tetapi barang lama tetap barang lama. Ianya tidak mampu untuk melakukan aksi terlampau komplek, jika dipaksa..ianya akan tersangkut-sangkut.

Tetapi bila kita gunakan Microsoft Windows 7, walaupun ianya lebih komplek. Masih mampu difahami dan disayangi kerana mudah untuk dipujuk, dijaga kerana ramai yang pakar berkaitan benda-benda baru ini.

Aku nak ceritakan tentang satu kenderaan yang biasa digunakan di Warehouse. Ianya biasa dipanggil Stacker (sila rujuk gambar ihsan google). Stacker di bangunan tempat aku bekerja agak berusia umurnya. Kendaliannya memang sukar. Terlebih gerak tangan, ianya akan meluncur laju tanpa kawalan. Ada masanya pemegangnya melibas ke kiri atau kanan secara tiba-tiba tanpa kawalan.

Bidang kerja aku tidak memerlukan penggunaan Stacker, namun disebabkan aku terpaksa berurusan dengan pihak wareware dan perlu menghantar barang menggunakan Stacker untuk ke bangunan sebelah. Maka aku belajar sedikit sebanyak cara pengendaliannya kerana ada masa dan ketika rakan yang ditugaskan membawa stacker itu tidak berada di kawasan warehouse ataupun aku perlu selesaikan kerja untuk tempoh masa yang singkat.

Memang mengerunkan bila mengendalikan Stacker Lama ini.  Bimbang aku terlebih mengerakkan tangan. Bimbang juga ianya melibas ke kiri kanan tanpa amaran. Kesannya memang buruk, ianya akan meluncur atau membelok laju secara mendadak. Kalau kena kaki memang seksa. Lagi seksa kalau terkena dinding mahupun barang lain di warehouse.

Berbeza dengan stacker di warehouse utama di bangunan sebelah. Ianya masih baru dan lebih canggih kendaliannya. Lebih mudah dan ringan sahaja bila aku membawanya. Tiada kerisauan di hati walaupun aku berada di lorong sempit dengan barang-barang  di kiri kanan. Kerana ianya barang baru, ianya memang dijaga dengan rapi.

Oh ya…. jika korang nak mengendali dan membawa Stacker, korang kena ada lesen untuk membawanya. Tapi, aku memang tidak ada lesen. Jika berlaku kecuaian, kesalahan memang akan diletakkan atas bahu aku sepenuhnya. Berani buat, berani tanggung.

 

 

Share

[Bolehkah?] Pengurus Hotel Menjadi Pengurus Pelantar Minyak

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wife kesayangan aku akan bergelar sebagai penuntut di Universiti Malaya setelah mendaftar semalam. Walaupun cuma mengambil kelas pada hari minggu, ianya adalah sesuatu yang sangat mengembirakan untuk dirinya.

Bila membaca buku pelajaran yang disediakan, terdapat satu tugasan yang perlu wife aku lakukan nanti.  Tajuknya adalah seperti di atas. Macammana? Agak-agaknya boleh atau tidak pengurus hotel menjadi pengurus pelantar minyak.

 palm springs hotel  california

Pendapat Wife Aku

 

Tidak Boleh

 

Tidak boleh Seorang Pengurus Hotel Menjadi Pengurus Pelantar Minyak. Antara sebab yang wife aku berikan adalah Hotel dan Pelantar Minyak adalah dua dunia yang berbeza. Hotel lebih banyak melibatkan pengurusan dengan pelanggan dan juga perniagaan manakala Pelantar Minyak lebih menjurus kepada pencarian minyak dan kejuruteraan.

 

Pelantar Minyak

 

Pendapat Aku

Aku lebih suka berfikiran terbuka dan fikir positif. Tiada sesuatu perkara pun dalam dunia ini yang kita boleh letak dengan alasan mustahil serta tidak boleh asalkan kita berpegang kepada pegangan InsyaAllah.

Jadi aku akan berkata BOLEH..

Boleh Untuk Seorang Pengurus Hotel Menjadi Pengurus Pelantar Minyak. Walaupun jenis pengurusan agak berbeza iaitu cabang perniagaan dengan kejuruteraan tetapi di mata kasar aku ini telah melihat beberapa persamaan antara hotel dan juga pelantar minyak.

1) Hotel dan Pelantar Minyak memiliki banyak bilik penginapan.

Sudah pasti ianya menjadi satu task yang payah jika berbeza bidang. Tetapi bila melibatkan bilik penginapan, tidak kira ianya untuk pelanggan ataupun untuk pekerja. Ia perlu diuruskan dengan baik supaya kelihatan bersih, kemas dan terjaga. Ini akan dapat mengelak daripada dikritik dan boleh memberikan keselesaan untuk pelanggan mahupun pekerja.

Sudah pasti, pengurus hotel sudah biasa menguruskan dan mengendalikan bilik penginapan. Pengurus Hotel pasti tidak akan mempunyai masalah jika menguruskan Pelantar Minyak

2) Kantin Dan Kafeteria serta Restoran

Kantin , Kafeteria serta Restoran sudah pasti wujud di Hotel dan juga Pelantar Minyak. Ianya masih melibatkan situasi keselesaan dan kebersihan. Pengurus hotel mahupun pengurus pelantar minyak telah diberi kepercayaan untuk menguruskan manusia dalam jumlah yang ramai. Kantin, kafeteria serta restoran pasti akan dipenuhi setiap masa tanpa ada waktu ‘tutup’ yang lama.

Begitu juga dengan pengurusan makanan basah ataupun makanan kering, ianya memerlukan pengurusan yang betul dan tepat. Suasana di hotel dan pelantar minyak sedikit sebanyak ada persamaan dari sudut tekanan dan cabaran.

3) Soal Keselamatan

Isu keselamatan adalah satu perkara yang penting, samaada ianya di hotel mahupun di pelantar minyak. Jika berlaku kecuaian seperti kebakaran ataupun bencana, sudah pasti yang akan dipertanggungjawabkan serta orang pertama yang akan dicari adalah si Pengurus. Soal keselamatan pekerja, peralatan serta bangunan (juga pelanggan) terletak di atas bahu si pengurus bersama orang-orang kuatnya.

4) Soal kebersihan

Kebersihan juga adalah kunci kepada kejayaan untuk Hotel dan juga Pelantar Minyak. Bayangkanlah jika Hotel dan Pelantar minyak tersebut kotor dan tidak terurus, ianya akan menimbulkan suasana yang tidak tenteram, gangguan perasaan serta boleh mengancam keselamatan.

Tandas perlu diuruskan, pengurusan sampah adalah perkara yang wajib supaya sisa pepejal dan kumbahan tidaklah sampai mencemarkan hotel ataupun pelantar minyak.

 

Sebenarnya banyak lagi alasan dan idea yang aku boleh pertengahkan. Itulah pendapat aku,  Seorang Pengurus Hotel tidak ada masalah untuk menjadi Pengurus Pelantar Minyak. Pengurus ini tidak bertindak sendiri tetapi melaluinya semua kerja boleh dilakukan dengan teliti dan tolenrasi.

Apa pendapat korang? Diharapkan korang dapat menyumbangkan idea korang selepas membacanya. Lebih banyak idea lebih bagus. Aku memang mengalu-galukan pandangan dari korang dari sudut yang berbeza.

 

Share