Bagaimana Tenaga Elektrik Dihasilkan Melalui Geothermal

Air sejuk akan disalirkan ke dalam menggunakan saluran yang menghubungkan permukaan bumi dengan bahagian dalam bumi yang telah digemudi. Air sejuk ini akan menjadi panas kerana bersentuh dengan batuan panas di dalam lapisan dalam bumi lalu air ini akan naik kembali ke permukaan bumi selepas ianya mencecah suhu dan kepanasan tertentu.
Ianya mungkin sudah bertukar menjadi wap panas yang sesuai digunakan untuk memutarkan turbin janakuasa. Turbin yang berputar akan menghasilkan tenaga elektrik untuk disalurkan ke grid elektrik yang berhampiran. Sebenarnya ada beberapa cara yang popular yang biasa digunakan untuk mendapatkan air panas yang mampu memutarkan turbin bagi menghasilkan elektrik.

Continue reading

Geothermal-Sumber Tenaga Boleh Baharu

Geothermal adalah satu bentuk tenaga yang dihasilkan dan disimpan di dalam perut bumi. Ia kemudiannya dilepaskan ke ruang permukaan bumi apabila telah mencapai pada tahap suhu tertentu. Ia terhasil samaada melalui aktiviti kerak bumi atau tindakan balas perebutan radioaktif mineral di perut bumi. Aktiviti dalaman kerak bumi boleh menyebabkan terhasilnya haba sehingga mencecah 4000 celcius di sempadan teras-mantel jauh di perut bumi. Aktiviti ini kemudiannya akan menyebabkan batu dan air di sekitar kawasan tersebut dipanaskan sehingga mencecah suhu 370 Celcius.

Continue reading

Perkembangan Solar PV di Malaysia

Negara kita terletak di garisan khatulistiwa yang membolehkan matahari memancar hampir setiap masa di waktu sebelah pagi. Keadaan ini cukup sesuai untuk memaksimakan penggunaan Tenaga Solar sebagai medium penghasilan tenaga elektrik.
Walaupun tiada janakuasa solar yang besar dibina di mana-mana kawasan di Negara kita (atau Negara lain). Namun kini, Tenaga Solar sudah boleh dijana dengan menggunakan kawasan yang agak terhad atau terbatas.
Solar PV (Solar Photovoltaic )boleh dipasang di bumbung bangunan samaada ianya melibatkan bangunan kediaman, bumbung bangunan kilang mahupun bumbung lot parking kereta. Dari satu panel yan menjana jumlah watt yang kecil sehinggalah apabila ianya digabungkan boleh mencecah sehingga 10Mwatt tenaga elektrik.

Continue reading

The Diamond Building – Lambang Bangunan Mesra Alam

The Diamond Buiding boleh dijadikan contoh terbaik untuk mereka yang ingin membuat satu bangunan yang mesra alam lagi selamat diduduki saamada sebagai tempat tinggal mahupun sebagai pejabat. Ianya bukan sahaja bangunan mesra alam tetapi juga bangunan yang cantik untuk dijadikan contoh.

The Diamond Building telah dianugerahkan dengan anugerah ASEAN Energy Awards 2012 untuk kategori Energy Effivient Building – New and Existing Category, Sijil Platinum dari Malaysian Green Building Index (GDI) dan Singapore BCA Green Mark.

Semoga bangunan The Diamond Building menjadi contoh untuk mewujudkan lebih banyak bangunan yang mesra alam serta mampu mengurangkan pengunaan tenaga elektrik dan mengurangkan pencemaran alam.

Continue reading

Pelancaran Smartphone Samsung Galaxy Note 3 LTE dan Samsung Galaxy Gear

Harga Smartphone Samsung Galaxy Note 3 LTE adalah RM2399

Harga Samsung Galaxy Gear pula adalah RM999

Kedua-dua Garget ini akan berada di pasaran pada 25 September 2013.

Continue reading