ASRAPOL Asrama Anak Polis, Pulapol

“Budak-budak pergi sekolah

Orang tua pergi ke kedai

Polis sedia tunjukkan jalan, semuanya selamat sampai

Polis sedia berkhidmat…..” antara bait lirik lagu rasmi Polis -Polis Sedia Berkhidmat.

Namun pihak Polis juga tak melupakan warga sanak saudara keturunan Polis. Ada sahaja kemudahan yang disediakan.  Korang pernah tengok atau naik Feri Sekolah. Ianya Trak Polis yang diubahsuai menjadi pengangkutan untuk menghantar anak-anak polis pergi ke sekolah.

Yang aku nak ceritakan kat sini, adalah pengalaman aku tinggal di ASRAPOL (Asrama Anak Polis) di Pulapol (Pusat Latihan Polis) Kuala Lumpur semasa aku belajar di Universiti Teknologi Malaysia cawangan Jalan Semarak.

ASRAPOL sememangnya khusus untuk anak-anak Polis serata Malaysia yang belajar sekitar Kuala Lumpur (Lembah Klang). Aku tak pasti sejak bila ianya diwujudkan dan juga masih wujud lagi atau tak, tetapi dengan adanya asrama ini, anak-anak Polis tak perlu menyewa dengan kadar sewa yang tinggi di tempat lain.

Waktu aku tinggal dulu, sewanya cuma rm30 sahaja, itupun ianya dimasukkan ke dalam tabung peruntukan Asrama yang dijaga oleh pihak Pulapol. Dulu dalam akaun tu, ada lebih kurang rm15,000. Sekarang ni student pasti dah ramai, tak tahulah berapa duit dalam akaun tu sekarang. Tu pun, kadangkala Rm30 tu pun tak larat nak bayar.

Asrapol Asrama Anak Polis Pulapol

Asrapol Asrama Anak Polis Pulapol

Akaun peruntukan itu gunanya jika penghuni inginkan sesuatu seperti Televisyen baru, mesin basuh ke, nak ubahsuai Asrama. Masa aku stay dulu, belum ada mesin basuh..tetapi bila aku melawat balik, dah ada mesin basuh. Seluar dalam pun diaorang basuh sekali.

Masa aku mendaftar dulu, cuma ada 6 orang pelajar yang tinggal di ASRAPOL kerana kebanyakan senior yang lain bertukar ke Skudai. Aku cuma sempat berjumpa dengan senior aku sekejap sahaja. Cuma kursus Diploma sahaja yang kekal di Jalan Semarak. Tetapi, Diploma Kejuruteraan Awam juga kena transfer ke Skudai.

Teringat aku kat sorang awek (student Awam) tu, dah siap bagi no telefon kampung (waktu nak bercuti balik kampung). Cute siot. Memang aku nak mengorat, tup-tup dia kena transfer ke Skudai. So..putuslah cerita jiwang. Kalau tak cepatlah mak ayah aku dapat menantu.

Sewaktu aku konvo kat Skudai, aku bertemu mata dengannya secara kebetulan. Aku tak lupa saat tu sampai sekarang. Tapi, disebabkan aku sudah lupa namanya, jadi kami cuma bertentang mata jaelah tanpa tegur menegur.

Aku harap dia hidup bahagia sekarang ini, InsyaAllah kebaikan akan kekal bersamanya.

Korang boleh tengok lain-lain picture aku kat ASRAPOL kat sini

Saat-saat akhir aku di ASRAPOL, PULAPOL mula terima kemasukkan student perempuan sebagai penghuni hostel. Rumah kelamin berhampiran asrama induk di jadikan sebagi hostel untuk pelajar perempuan. Aku juga dapat tahu, pihak UTMKL dan PULAPOL buat deal yang mana student yang merupakan anak polis akan terus ditempatkan di ASRAPOL

Asrapol Asrama Anak Polis Pulapol

Asrapol Asrama Anak Polis Pulapol

Lupa pulak. Syarat utama untuk masuk kat sini ada 3 sahaja:

1) Wajib..untuk anak-anak polis sahaja. Tak kiralah mak atau ayah yang bergelar polis. Sanak saudara, suku sakat..mak saudara polis ke, datuk polis ke..tak akan dilayan.

2) Bapa atau mak kena sertakan surat bukti pengakuan bertugas sebagai polis daripada ketua kepada pihak Pulapol.

3) Belajar di IPTA atau swasta sekitar Kuala Lumpur. Lembah Klang pun boleh, tapi dah rasa macam jauh.

Syarat lain yang aku kena tulis. Mesti tahan kena maki. Mesti ada rasa berani-berani sikit

sebab………………..

Ada masa-masa tertentu, penghuni ‘darkside’ akan mengaktifkan diri. Masa ni lah suasana yang menyeramkan akan timbul. Mereka benar-benar wujud.

Kalau korang tengok..bangunan ASRAPOL ini memang merupakan bangunan lama pada zaman British lagi.

Faedah tinggal di ASRAPOL pula adalah:

1) Sewa yang agak murah. Mana nak cari rumah dengan kadar sewa bawah rm100.00, Bil api dan bil air tak perlu bayar.

2) Mendisplinkan diri kerana ianya terletak di kawasan PULAPOL. Ada warden berstatuskan polis yang akan turut menjaga penghuni asrama.

3) Jarak dengan UTMKL yang agak dekat. Jalan kaki aje macam aku dulu.

4) Ada kebebasan untuk gunakan kemudahan di PULAPOL yang lain seperti Gym dan kolam renang. Dulu hampir-hampir kami berjaya mintak ajarkan menembak guna pistol.

5)Kalau buat aktiviti luar, akan dapat kemudahan bas dan trak percuma, serta bekalan makanan yang percuma.

Memang nostagia tinggal di ASRAPOL Aku sangat gembira dapat menginap di sini.

Share