Flock Browser Yang Memudahkan Dan Ringkas

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera

Ramai yang lebih gemar menggunakan browser seperti Mozilla Firefox ataupun Chrome. Aku sebenarnya lebih suka menggunakan browser Flock untuk melayari internet.

Ada beberapa sebab kenapa aku menggunakan Flock lebih berbanding browser yang lain. Antaranya ialah

1) Flock lebih lancar dan ringan. Ia dilengkapi dengan shortcut untuk terus ke saluran Sosial Networks seperti Facebook, Twitter, Myspace, Youtube. Bahkan ianya ada shortcut untuk terus ke gmail mahupun yahoo

2) Ada sidebar yang kita boleh pantau jika ada update terkini daripada RSS, status keseluruhan rakan-rakan Facebook mahupun Twitter dan sebagainya. Juga akan ada header jika kita buka ruangan Youtube ataupun Flickr.

Semuanya dipermudahkan jika korang melihat pada gambar yang disertakan.

Flock Browser
3) Satu lagi sebab adalah, Flock membenarkan kita update dan menulis post baru pada blog yang kita miliki samaada ianya WordPress, Blogspot ataupun Hosted Sendiri. Tutorialnya akan disertakan kemudian memandangkan untuk menulis post di sini, hanya kaedah ringkas yang dibolehkan. Tidak boleh letak video rujukan nampaknya.

Itulah antara sebab kenapa aku menggunakan Flock Browser sebagai browser rasmi. Flock Browser memudahkan dan ringkas. Ia lebih kurang mudah seperti melakukan liveblogging menggunakan Makhluk Hitam.

Blogged with the Flock Browser
Share

Dahulu Tak Ada Facebook

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dahulu Tak Ada Facebook

Kesempatan yang aku boleh ambil waktu kilang tempat aku bekerja shutdown adalah update blog serta buat blogwalking. Tidak lupa juga untuk mengemas rumah (tapi nanti-nanti baru aku buat).

Ada satu kenangan yang aku ingat watu zaman remaja dulu. Ketika itu hormon mengatal dan waktu ‘cukup umur’ telah melanda diri aku. Waktu ini adalah masa aku mula-mula nak mengatal mengacau anak dara orang. Dah cukup umurkan.

Sekitar tahun 1991, aku ada jiran yang cantik orangnya. Tapi kira tahap kakak lah. Sudah punya anak sorang. Walaupun si kakak ini sudah 20an usianya, aku memang tertarik hati dengan wajahnya yang cantik itu. Jiran aku ini juga ada seorang lagi adik perempuan yang jugga melebihi usia aku. Penampilannya agak ‘tomboy’ sikit, tapi masih ada kecantikan yang terserlah padanya.

Tapi ini bukan isu yang aku ingin pertengahkan. Bukan mereka yang buat aku terpaut hati.

Rupanya jiran aku ini ada lagi seorang adik perempuan yang lebih kurang sebaya usianya dengan aku. Yang ini memang aku jatuh hati terus. Kelibatannya hanya ada apabila cuti sekolah panjang bermula.

Selepas solat asar, aku kebiasaannya akan berada di luar halaman rumah. Ketika ini juga gadis manis ini akan keluar sama sambil mendukung anak saudaranya.

Rumah jiran dan rumah ibu bapa aku selang 2 biji rumah, tetapi aku memang perasan gadis manis ini akan usha ke arah aku. Aku pun usha samalah. Apa lagi nak buat kan. Sesekali kami akan duduk mengadap satu sama lain walaupun rumah berselang beberapa rumah. Gadis manis ini kelihatan berbual dengan anak saudaranya sambil kadang kala menuding jari ke arah aku.

Aku memang tertarik hati padanya tetapi aku memang tidak berani untuk menghampirinya. Takut kantoi dengan kakaknya ataupun kantoi dengan ahli keluarga aku yang lain. Jadi aku simpan ajelah perasaan ingin mengenalinya sepanjang hidup aku. Walaupun ada respon yang baik punya daripada si gadis manis, aku gagal memanafaatkannya sebaik mungkin.

Last sekali, jiran aku ini berpindah rumah ke tempat lain. Sejak itu aku tidak pernah lagi melihatnya di mana-mana. Walaupun ada kenangan untuk diingati, tetapi aku dah lupalah wajah manis si gadis manis ini.

Dahulu tidak ada facebook , tidak ada juga handphone, tidak ada mirc, tidak ada twitter. Waktu dan kesempatan baik untuk berhubung hanyalah menggunakan warkah sahaja. Disebabkan rasa takut dan segan untuk mencuba nasib. Gadis manis ini nyatalah bukan hak milik aku.

Tapi syukurlah, rasa takut untuk mencuba sudah pun hilang semasa aku meluahkan isi hati aku kepada isteri aku. Nyatalah ini yang terbaik sebenarnya untuk aku. Kenangan baik untuk dijadikan pengalaman yang berguna, bukannya dijadikan beban untuk gagal ke peringkat seterusnya.

Share