Mungkin aku adalah orang terakhir yang memperkatakan tentang berakhirnya Piala Dunia 2010 (World Cup 2010). Tetapi aku tidak fikir ianya berakhir di sini, artikel ini masih boleh dibaca untuk tempoh masa setahun lagi ataupun 4 tahun lagi menjelangnya Piala Dunia (World Cup) 2014.
Kita sedia maklum, juara edisi kali ini adalah menjadi hak milik pasukan Sepanyol yang berjaya mengalahkan pasukan Belanda menerusi jaringan emas Andres Iniesta. Ini menjadikan Sepanyol sebagai negara ke8 yang berjaya menjulang piala dunia 2010 (World Cup 2010). Negara lain yang pernah menjulang piala dunia ialah Brazil, Itali, Jerman, Uruguay, Argentina,Perancis dan England.
Berikut adalah antara fakta tentang Piala Dunia 2010 (World Cup 2010 fact).
- Ini adalah kali pertama pasukan Sepanyol melangkah ke perlawanan akhir, dan kali pertama juga menjadi juara dunia.
- Sepanyol kalah dalam perlawanan sulung tetapi memenangi piala dunia.
- Perlawanan akhir kali ini turut dihiasi dengan 12 kad kuning dan satu kad merah (kad kuning kedua) 7 kad kuning untuk pasukan Belanda dan 5 untuk Sepanyol.
- Sepanyol juga merupakan juara Eropah pada tahun 2008, menjadikan negara ini pasukan kedua selepas Jerman Barat memegang status Juara Dunia dan Juara Eropah pada tahun 1974.
- Sepanyol dan Belanda tidak pernah menjulang piala dunia sebelum ini, tetapi Belanda pernah melangkah ke dalam 2 perlawanan akhir sebelum ini menjadikannya tewas untuk kali ke 3 dalam penampilannya di perlawanan akhir.
- Sepanyol turut memenangi FIFA Fair Play Award.
- 4 orang pemain daripada 4 negara berada di senarai pendahului senarai penjaring terbanyak 5 gol iaitu Diego Forlan (Uruguay), David Villa (Sepanyol), Wesley Sneijder (Belanda) dan Thomas Mueller (Jerman). Tetapi Thomas Mueller (Jerman) diundi sebagai pemenang kasut emas Adidas (Adidas Golden Shoe) untuk edisi kali ini kerana lebih banyak membantu serangan.
- Thomas Mueller juga memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik Kejohanan (Best Young Player Award).
- Diego Folan (Uruguay) walau bagaimana pun dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan lalu memenangi Bola Emas Adidas atau Adidas Golden Ball kerana membantu Uruguay mara sehingga separuh akhir.
- Penjaga Gol Sepanyol iaitu Iker Casillas dipilih sebagai penjaga gol terbaik kejohanan (Adidas Golden Glove) dengan hanya melepaskan 2 gol sepanjang penampilannya di kejohanan kali ini.
- Penjaga Gol Ghana iaitu Richard Kingston diuji dan berjaya menyelamatkan percubaan gol sebanyak 24 kali
- Jerman memenangi tempat ketiga untuk kali ketiga berturut dalam penampilannya di piala dunia (termasuk kejohanan kali ini)
- Africa Selatan menjadi pasukan dari Africa yang diundi sebagai Tuan Rumah kejohanan ini tetapi pada masa yang sama menjadi pasukan tuan rumah pertama tersingkir di peringkat kumpulan.
- Hampir kesemua pemain bintang yang terkemuka gagal menyerlah di kejohanan kali ini. Lionnel Messi (Argentina), Kaka (Brazil), Trierry Henry (France), Fernando Torres (Sepanyol) dan Wayne Ronney (England) merupakan bintang yang gagal menjaringkan sebarang gol di kejohanan kali ini. Manakala Robbie Van Persie (Belanda), Ronaldo (Portugal) antara bintang yang menjaringkan cuma satu gol.
- lahirnya lebih ramai bintang baru di kejohanan kali ini seperti Thomas Mueller (Jerman), Diego Forlan (Uruguay) saya menjangkakan dia sememangnya mampu pergi jauh jika Uruguay pergi jauh, Gonzalo Higuain (Argentina), David Villa (Sepanyol), Wesley Sneijder (Belanda), Asamoah Gyan (Ghana), Robert Vittek (Slovakia), Landon Donovan (USA), Keisuke Honda (Japan).
- Luis Suarez (Uruguay) berjaya menjaringkan sebanyak 3 gol tetapi akan lebih dikenang sebagai pemilik “Hand of God 2010″ gara-gara menyelamatkan percubaan pasukan Ghana pada minit-minit akhir perlawanan (minit akhir masa tambahan) dengan menggunakan tangan. Beza beliau dengan Maradona, dia melakukannya dengan berani dan tidak bersembunyi dan dilihat oleh semua pihak termasuklah pengadil dan penjaga garisan.
- Ghana dianugerahkan sepakan penalti kerana tindakan Luis Suarez tersebut (beliau terus dikenakan kad merah), tetapi Asamoah Gyan gagal melaksanakan jaringan (tendangan terkena palang) lalu keputusan perlawanan dimenangi oleh pasukan Uruguay menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke separuh akhir.
- Perancis (France) dan Itali tersingkir awal iaitu pada peringkat awal kejohanan. Ianya dianggap kejutan tetapi juga dianggap sebagai balasan atas kesalahan lampau pemain pasukan. Itali tersingkir awal gara-gaya Marcos Materazzi menganiaya Zidadane Zidane (France) semasa perlawanan akhir tahun 2006. Manakala Perancis tersingkir awal kerana Thierry Henry menggunakan tangan ketika menjaringkan gol kemenangan semasa Play-Off menentang Republik Ireland.
- Benua America Selatan mampu menguasai separuh akhir kejohanan (lalu membawa piala dunia ke benua sana) bila 4 pasukan benua tersebut berjaya mara ke suku akhir iaitu Brazil, Argentina, Paraquay dan Uruguay. Tetapi hanya Uruguay yang sahaja berjaya melepasi suku akhir menerusi penentuan sepakan penalti manakala 3 pasukan yang lain kalah di suku akhir.
- Ghana menyamai rekod Cameroon mara sehingga ke suku akhir sebagai pasukan terbaik Africa pada peringkat piala dunia.
- New Zealand merupakan satu-satunya pasukan yang tidak tewas dalam penampilan mereka di kejohanan kali ini. Seri kesemua perlawanan peringkat kumpulan tidak menjamin kemaraan ke peringkat seterusnya.
- Dua gol yang dianggap sebagai menyusahkan. Gol Frank Lampard (England) dilihat jelas masuk melepasi garisan gol pasukan Jerman tetapi tidak dikira oleh pengadil (penjaga garisaan juga gagal melihatnya). Manakala Carlos Tevez Argentina) menjaringkan gol ketika berada jelas di posisi outside dan golnya dikira pengadil semasa menentang Mexico pada perlawanan peringkat ke2 (kalah mati).
- Wujudnya makhluk Allah yang berjaya membuat ramalan pasukan yang memenangi perlawanan seperti Paul The Octopus. Sotong kurita ini berjaya meramal dengan tepat pemenang 8 perlawanan secara termasuklah kemenangan Selangor Sepanyol ke atas Belanda. Ramalan yang tepat tentang kekalahan Jerman kepada Sepanyol di peringkat separuh akhir menyebabkan si sotong kurita ini mendapat ancaman bunuh memandangkan haiwan ini tinggal di Jerman.
- Paul The Octopus walau bagaimanapun bersara selepas tamatnya kejohanan Piala Dunia 2010(World Cup 2010). Mungkin selepas ini kasanova di Jerman yang punya ramai cewek, boleh meminta bantuan Paul The Octopus tentang cewek manakah yang sesuai dijadikan pasangan hidup. Apa yang aku merepek ni. Anggaplah semua ini adalah kebetulan dan suratan takdir kerana percaya kepada ramalan adalah satu dosa yang sangat besar dalam Agama Islam.
- Akhir sekali, ada pendapat yang menyatakan bahawasanya kejohanan Piala Dunia 2010 (World Cup 2010) ini telah dirancang pemenangnya. Ianya melibat satu pakatan rasuah yang besar pada kejohanan edisi Piala Dunia 2010 (World Cup 2010). Semuanya berada dalam pengetahuan Allah.
Tahniah kepada pasukan Sepanyol atas kejayaan memenangi Piala Dunia edisi kali ini. Semoga kita semua dapat menonton lagi Piala Dunia edisi 2014 nanti. InsyaAllah.








Komen Yang Singgah